10 September 2023

Laksa Siam

Laksa Siam

 Teringin nak makan laksa . Laksa kering beli sebungkus dah lama.

Tiba- tiba rasa nak makan laksa. Laksa  utara atau laksa lemak?

Laksa lemak Siam akhirnya menjadi pilihan.



RESEPI

LAKSA SIAM
BAHAN-BAHAN:
1 kg laksa halus/1 paket laksa kering | rebus dan toskan
5 ekor ikan sardin/kembung/selar | rebus asingkan isi dan kisar halus
5 cawan sanatan cair
3 cawan santan pekat
5 helai daun limau purut| carik-carik
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering | buang biji rendam dahulu
5 biji cili padi | buang biji
1 sudu teh lada hitam
1 inci lengkuas
1 inci halia
2 batang serai | ambil bahagian putih sahaja
3 biji buah keras
BAHAN ULAM (HIRIS):
Kacang panjang
Sedikit kobis
Bunga kantan
Limau kasturi
Telur rebus | jika suka

Cara Memasak:

  1. Rebus ikan dengan sedikit air bersama asam gelurgor. Asingkan air rebusan dan asam gelugor.
  2. Kisar isi ikan dengan air rebusan dan 1/2 dari santan cair hingga halus. Ketepikan.
  3. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau.
  4. Masukkan baki santan cair dan isi ikan kisar dan masak hingga mendidih.
  5. Seterusnya masukkan pula daun limau purut, asam gelugor, biar mendidih seketika.
  6. Kemudian tambahkan santan pekat, perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  7. Pastikan rasa cukup rasa masam, masin, manis dan pedasnya.
  8. Reneh selama 30 minit, tutup api dan kacau hingga wap hilang.
  9. Masukkan laksa ke dalam mangkuk dan hidang bersama kuah dan ulam.

Kredit resipi & foto: resipicitarasawan


4 comments:

  1. waduhhhh sedapnyaaaaa laksaaaaaaa

    ReplyDelete
  2. Sedap ni, thanks kongsi resepi.

    ReplyDelete
  3. SEDAP NYER ... NANTI CIKBUNGA TRY BUAT LAR ..

    ReplyDelete
  4. Mesti sedap ini kerana kamu yg buat :D

    ReplyDelete