18 March 2024

Alun-Alun di Surabaya


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Cerita di Surabaya bersambung lagi.
Simpan di sini sebagai kenangan .

Selepas lawatan di kapal selam pertama 🇮🇩 kami singgah di Alun-Alun.
Sebelum ini tertanya-tanya ada apa di Alun-alun. Rupanya bangunan lama tinggalna Belanda yang dijadikan galeri lukisan.
Tiada bayaran dikenakan pada pelawat , gratis sahaja.



Ini ikon Surabaya.
Tapi malangnya , pemandu van berhenti  di bahgian belakang .
Jadi , gambar tak berapa cantik dapat diambil. Lokasinya dekat dengan lokasi kapal  selam tadi.

Dari situ, baru singgah di Alun-Alun melihat apa yang ada.


Bahagian luar  Bangunan Alun-Alun.
Galerinya terletak di bahahian bawah tanah.


Bahagian depan.

Hasil lukisan boleh dibeli. Cantik dan berseni.

Ini juga dijual.

Boleh tempah lukisan wajah sendiri.
Bayaran lebih kurang RM 15 @ 50K.

Maksud tersirat.

Cara tatacara hidangan orang-orang berada. 

Turun ke bawah dengan tangga elektrik ini.


Van kami selama 4 hari di Surabaya.

Alah silap beli baju warna tema raya tahun ni😢


Hari ke tiga singgah membeli sikit sebelum balik esoknya di Atc. Tiga jam tak sedar berada di sini.
Kami yang mula masuk pagi-pagi tu, sampai dipanggil nama melalui pembesar suara sebab berpecah nak cari susah sebab terlalu besar mall ini.

Di sini harga lebih murah berbanding di Royal Mall.

Perjalanan ke hotel terakhir  berhampiran airport.



Macet waktu rakyat pulang

Alfa Mart macam 7E di 🇹🇭 Thailand menjadi tempat anak-anak membeli jajan sebelum pulang.

Esoknya , kami bergerak ke airport pukul 3 pagi waktu sana dengan van hotel Bandara. Awal sungguh Air Asia terbang dari Surabaya ke Penang.


Terima kasih orang Surabaya yang melayan kami dengan baik.

Semua yang manis-manis akan dikenang sepanjang hayat.

Bila lagi dapt terbang semula🫢.



 

6 comments:

  1. cantik senibinanya
    kalau kat sini kompem dah cat merah
    mcm kat melaka tu...
    tinggalan belanda kannn

    ReplyDelete
  2. Surabaya dalam list. Lama dah plan tapi belum kesampaian. Insyaa Allah.
    Ikon Surabaya tu unik.

    ReplyDelete
  3. I appreciate the positive energy and enthusiasm you bring to your writing. Experience Aviator game insights firsthand on our blog.

    ReplyDelete
  4. nnt share details psl pak supir
    mana laa tau ada rezeki sy smpi ke sini nnt..

    ReplyDelete
  5. p/s selamat hari raya
    maaf zahir & batin

    ReplyDelete