21 May 2024

7/5/2024

 Assalamualaikum.

Tarikh  7/5/2024 yang akan dikenang sepanjang hayat. 

Allahu.

Berat nak menulis di sini….

Pulangnya kekasih hatiku ke kampung abadi.


Last warded bulan Mac di Island Hospital.
Lepas tu , April  sihat Allah bagi  sebelum di ambil kembali.
Tunggu nak balik selesai urusan check out , ambil ubat dan lain-lain.

Anak soleh yang imamkan solat jenazah dan bacaan talqin dengan tunjuk ajar ustaznya.

 Wajib ambil gambar di pintu lif sebelum balik. Kali terakhir di bulan Mac 2024.


Tiada lagi ulang alik ke Penang untuk warded atau follow up di sana .

Tiada lagi ulang alik pagi dan perang ke Penang ke tempat kerja jika dia warded .

Tiada lagi kami anak beranak yang pulang ke rumah tengah malam selepas  follow up dengan doktor sebulan sekali.

Tiada lagi lebam tangan suamiku  lepas ambil darah  atau masuk ubat.

Tiada lagi tidur dikerusi malas sebelah katil suami dengan selimut hospital berlapis-lapis.

Bertahun berulang alik ke Island hospital sampai semua dah kenal , Eh pakcik masuk lagi.

Dari jururawat hingga ke peramu saji. 

Terima kasih kepada semua staff dan doktor yang memberi layanan baik masa kami di sana.

Kini hanya kenangan yang ada sebagai memory 30 tahun bersama.


Al Fatihah untuk suamiku tersayang . Semoga kita berjumpa dan bertemu semula di surga Firdaus tanpa hisab.

8 comments:

  1. Semoga arwah dihimpun bersama orang2 yang Allah sayang

    ReplyDelete
  2. Innalillah wainnailaihirojiun.
    Allahumaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fu'anhu

    salam.takziah buat akk sekeluarga...

    ReplyDelete
  3. Innalillah wainnailaihirojiun... Salam takziah

    ReplyDelete
  4. Innalillahi wainnailaihirojiun. Salam Takziah Nieda

    ReplyDelete