Assalamualaikum.
Catatan perjalanan bercuti di Langkawi bersama Ex -RTBK semasa cuti Deepavali .
Ya… semasa menulis ini masih lagi berada di Pulau Langkawi.
Percutian singkat 3 hari 2 malam tapi dapat manafaat di banyak tempat lawatan. Tiada intenery khusus tapi ikut dan sahaja.
Kami menaiki feri pukul 12.30 tengah hari dari Kuala Kedah bertiga. Tiket dibeli secaar online 2 minggu sebelum bertolak.
Tempat lawatan pertama , MAHA .
Kali terakhir ke Langkawi masih dalam pembinaan.
Harga tiket.
Dari tingkat 18.
Boleh keluar ke balkoni.
Di tingkat 18 diberi kudapan 4 jenis kuih melayu.
Serta kerepek- kerepek pelbagai pilihan .
Air minuman sejuk juga disediakan.
Pemandangan dari tingkat 33.
Lantai kaca yang boleh melihat ke bawah.
Dari sini kami ke hotel dulu untuk solat dan mandi sebelum keluar semula sebelah petangnya.
Malam tu , kami singgah ke pasar malam dan terus ke Dayaran Lang sebelum balik ke bilik untuk berehat.
Hari kedua kami ke KILIM.
Harga istimewa dengan Aiman ini.
Ditunjukkan restoran viral suatu masa dahulu.
Paling best melihat helang turun menyambar makanan yang diberi oleh Aiman driver bot kami.
Kilim Geoforest Park tersergam megah.
Di hujung sana ialah Laut Andaman.
Pakej kami dapat singgah ke kolam ikan , tengok helang makan dan ke gua kelawar .Kami tak turun , air dah naik .
Tak bawa kasut yang sesuai.
Dari Kilim kami ke Pulau Tuba .
Bot naik di Pekan Rabu dengan harga RM7 sehala .
Masa pergi rm 3 dibayar untuk pengurusan .
Naik bot ke Pulau Tuba .
Dari jeti kami naik van pula dengan penumpang yang nak makan kenduri.
Singgah la kami makan kenduri.
Kami tersilap jeti…..huhu.
Terbeli tiket ke Jeti Selat.
Dah jadi kawan baru pula dengan group penumpang yang nak makan kenduri tadi.
Bersama tuan kenduri.
Diberi pula goodies sorang satu.
Masa balik kami ke jeti Tuba .
Baru betul….
Jeti Tuba
Menara Maha dari jeti Tuba.
Cantiknya alam.
Bird Nest di Gunung Mat Cinchang.
Kami tak naik pun.
Lokadi ketiga hari ni naik kereta kabel …cantik suasana di gunung . Awan karpet di depn mata.
Alhamdullillah.
Memang nak sangat tengok awan karpet.
Indah nya ciptaan Allah
Keluar dari sini dah maghrib.
Singgah makan malam , melihat pertunjukan api di Pantai Cenang dan terus balik hotel.
Hari kedua yang full aktiviti.
Pagi ni dapat berita kematian ibu sahabat saya dan jiran sekampung .
Salam takziah untuk Wana dan keluarga atas kematian ibunya Hajah Nasirah yang tercinta . Semoga ditemptkan bersama orang- orang yang beriman.
Aamiin.
No comments:
Post a Comment