Buat Duit

Sunday, January 9, 2011

Bingka Roti Berlauk.



Lama dah teringin nak buat. Malam ni baru menjadi. Dulu dah beli daging nak buat intinya tapi makan begitu saja dengan roti. Tak jadi bingka.  Sekarang baru boleh merasa. Sejak dua mejak , rajin berblog ni , macam-macam dah try resepi baru. Bagus juga ya. Mana taknya, bila singgah kat blog situ ada masak-masak , kat blog sini ada makan-makan. Teringin gak nak  merasakan. Asyik tengok aja , tak boleh jadi. Kena buat sendiri la. Terima kasih kepada  tuan punya resepi "Home Sweet Home" sebab akak tengok kat blog dia resepi ni.

Bahan Bingka Roti.

10-12 kpg roti
800 ml santan
3 sb tepung gandum
3 sb mentega
3 biji telur
garam

Bahan Lauk.

400 gm daging cincang
2 bj bawang besar
1 biji bwag besar
2 ulas bawang putih
1/2 " halia
3 sb rempah kari daging
3 sb sos cili
500 ml air
garam

Bahan hiasan
daun sup,bawang,bawang goreng,cili

Cara
Panaskan oven 190 darjah C. Lensa tin dengan mentega.Rendam roti dengan santan. Masukkan bahan untuk roti kacau hingga sebati. Tuang dalam acuan . bakar 30 minit.


Lauk.
Panaskan minyak utk tumis.Tumis bwg, bhn tumbuk , rempah kari, masukkan daging, tambah sos cili, garam , gula. Masak hingga pekat.Tuang atas   bingka roti dan ratakan. Taburkan bahan hias tadi.Bakar hingga masak.

a

3 comments:

  1. wah kesedapan sungguh..dah la tgh lapar ni...

    ReplyDelete
  2. Ya la Hanis, anak2 semua suka. Bawa kat kawan2 lagi. Sedap tang inti dagingnya tu...Nanti boleh cuba ya..

    ReplyDelete
  3. sedap la...kak nanti nak tryla....,

    ReplyDelete