Buat Duit

Tuesday, January 25, 2011

Masak Pedas Kicap Siakap

Sebenarnya resepi ni resepi hari Ahad  lalu . Tak sempat nak masuk. Konfius ingatkan modem terbakar kena kilat. Rupanya tersilap tekan suis . Siap orang TM datang rumah lagi bawa modem baru .Ayoyo banyak malu ooo.., malu.

Hari tu masak Siakap Pedas, Sayur Kobis lemak dan Masak Pedas Air Betik. Dah selalu masak 3 rasa, dan stim . Tukar pula menu hari ni masak serba ringkas ni.






Resepi Siakap Pedas Kicap.

Siakap Goreng dulu (Kunyit, Garam , tepung beras)

Bahan lain:
6 biji cili kecil -ikut suka kalau nak pedas tambah lagi
1 labu Bawang besar
4-5 ulas bawang putih
1 inci halia
kicap pekat
1 sudu kecil gula
1 sk garam
1 sb air asam jawa

Caranya :
Blend bawang  besar , bawang putih, halia  dan cili kecil. Panaskan minyak , tumis bahan yang dah di blend .
Dah garing , masuk gula, garam ,air asam jawa.  Masuk ikan yang dah siap goreng.Potong bawang besar , sebagai eksesori dalam masakan. Boleh tabur hirisan cili dan daun bawang. Siap boleh makan.
Sempoi aja. Tapi anak-anak dan suami  suka makan.

Resepi betik tu nanti entry lain pulak.

No comments:

Post a Comment