Sebenarnya mereka nak ke Taiping rumah Maksu untuk bertolak ke Terengganu bagi urusan meminang pada esok pagi.
Semasa menghantar ke kereta mereka tadi terpandanglah pokok anggur di tepi pagar tu. Berbuah semula setelah buah yang dulu dikebas sang monyet durjana. Ada entry tentang anggur yang tak sempat besar tu kat sini.
Hari ini baru perasan bila Kak Nab sepupu saya tunjuk. Kita tuan rumah tak nampak pun walau hari-hari dok lalu lalang kat situ.
Saiznya lebih besar dari yang dulu . Maknanya dia mula berbuah dah lama.
Bila dipotong dahan-dahannya baru nak keluar buah.
Tapi kena bubuh baja juga kalau tak jangan haraplah .
Sebenarnya anggur ni masih kecik lagi tak sesuai untuk dipetik .
Kena tunggu biar besar sikit lagi. Saiznya hari ini kecil sikit dari duit 5 sen.
Sedang dok snap-snap gambar anggur, lalulah pula kapal terbang ni haa..
Kawasan rumah saya memang jadi laluan kapal terbang terutama Air Asia.
Nampak je warna merah kat body k/terbang tu.
Hai anggur, tak tahulah menjadi rezeki siapa pula lepas ni. Tuan tanah atau kera durjana lagi.
waaa...bestnya kat umah akak ada pokok anggur hehee..saya yg kat tempat sejuk ni pun tak tanam anggur :-)
ReplyDeleteLL: Itulah bergantung pada rezeki juga hari tu dah berbuah. Tapi tak sempat nak merasa. Dilarikan monyet pula.Tak ada rezeki.
ReplyDeletetetiba je kan ada anggur plak. nieda ajarlah cik ina cam mana tanam anggur tu, mana tahu dapat anggur besar cam mangga cik ina tu.
ReplyDeletemcm ne nak tanam anggur??nak tanam jugak..huhu
ReplyDeletesalam.Nieda..rajen gak menanam anggur.atie nanam kat Giant jer klu nk mkn anggur..hihi
ReplyDeleteNieda buat la iklan NUFFNANG....sambil blogging dpt gak income.sikit/byk..dapat gak duit.
Best nyer ada anggur depan rumah. Durjana betul kera tu ye. Harap2 kali ni tak delah dia dok mengintai anggur tu lagi.
ReplyDeleteHidayati: Lama tak singgah atau tak tinggal jejak?Apa2 pun tq.
ReplyDeleteAzatie: teringin nak tempek Nuffnang . Tapi cam na ekk?
ReplyDeleteCik Ina dan KAty Tuah: Bukan den yang tanamnye pon . Suami beli anak benih dan tanamnya. Teman hanya tunggu buah masak ja.Hi,hi.
ReplyDelete