19 March 2012

Flipper baru kena sebat


Kesian Ain, selipar baru yang dibeli semata-mata untuk ke Surabaya lesap. Hanya pakai beberapa jam sahaja.Budak remaja ni suka sungguh pakai yang simple-simple. Padahal kasut raya tahun lepas pun tak dipakai lagi. Asyik pakai selipar saja.

Kisahnya bermula apabila kami berhenti solat Maghrib di R&R Ulu Bernam. Masa itu musim puncak , orang ramai singgah sebab Maghrib baru masuk dan time orang berhenti makan malam. Surau pula kecil. Tak tahulah orang yang tersalah ambil tu. Samada betul-betul tak nampak atau sebaliknya. Hanya Allah yang mengetahui.

Bila keluar hanya ada selipar yang sama warna sebijik macam dia punya tapi dah lusuh. Tak ada pilihan sarung jugak buat  sementara waktu . Nasib baik ada lagi sepasang selipar buruk Ain  dalam kereta. Akhirnya , sebelum kami keluar dari R&R selipar itu diletakkan semula di surau.





Post a Comment