Bila sampai di Surabaya, pertama kali kaki berpijak di Juanda Airport ...pandangan pertama masih mengharapkan sesuatu yang lebih happening . Keadaan kotor dan pembangunan yang tidak terancang padahal Surabaya adalah kota kedua utama bagi Indonesia.
Rombongan kami dibawa dalam 2 buah coaster dengan 2 pemandu Pak Supri dan Wahab. Mereka berdua ni bercakap jawa saja. Jawa mereka lebih pekat. Berbanding Pak Feri yang menjadi pemandu pelancong di Jakarta.
Kami dan Feri di Taman Mini Indonesia.
Kisah BANDUNG -JAKARTA DI SINI
Kami terus dibawa makan tengahari dulu sebelum meneruskan perjalanan ke daerah Batu- Malang yang mengambil masa lebih kurang 3 jam. Perjalanan selama 2 setengah jam di udara membuatkan perut minta diisi segera .
Wafi dan Hafiz
Jus epal
Budak ni memang lapar sangat gayanya.
Dalam perjalanan ke daerah Batu -Malang hujan lebat dan angin kuat. Di laluan sebelah pokok yang besar tumbang telah menghalang lalu lintas. Selepas tu, pemandu-pemandu Indon ni selamba saja masuk laluan sebelah kami. Ruang yang sempit dan kenderaan yang sesak menyukarkan lagi keadaan.
Kenderaan kami juga pancit tayarnya selepas termasuk lubang yang dalam. Pemandu terpaksa keluar menukar tayar dalam hujan lebat. Lama juga kami terperangkap di situ. Jarak selisih kereta dengan Wahab dan Pak Supri menukar tayar sangat -sangatlah rapat. Ngeri tengok.
Perjalanan ke Batu - Malang , kami melintasi kawasan benteng yang dibina bagi menghalang banjir lumpur melimpah ke jalan raya. Banjir lumpur ini telah meranapkan 16 buah kampung akibat kerja menggali minyak di dasarnya yang dibuat secara tidak sistematik. Tapi kami tak berhenti di sini. Nak tahu cerita boleh klik sini.
Kami berhenti solat di Masjid Cheng Ho. Jauhnya dia mengembara .Kat sini pun dia sampai. Tak sangka dan teruja sebab nama besar ini diabadikan di sini. Di ni ada gerai-gerai kecil. Saya membeli berus gigi Izzat dan Wafi yang terlupa nak bawa. Brand Pepsedent dengan harga 90 sen sahaja siap dengan penutup berus sekali.
Nantikan cerita Masjid Cheng Ho selanjutnya di entry selepas ini.

bila kita pegi negara org, time tu pasti akan terlafaz rasa syukur sbb kita lahir di Malaysia kan kak? sbb itulah yg sy rasa time sy singgah kat Brunei dulu..
ReplyDeleteasslam nieda..sampai jugak kesurabaya kan..
ReplyDeletealhamdulillah akhirnya nieda rasa seronok jugak disana
Ramai yg ckp Surabaya tak berapa best..mungkin dr segi tmpt shopping kot..hehehe
ReplyDeleteBest..best..sambung citer lagi. Tak sabar nak baca
ReplyDelete
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan/Puan.
Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.