21 March 2012

Surabaya Part 3 _ Masjid Cheng Ho

Tanda nama masjid Cheng Ho.

Semasa perjalanan kami menuju ke  daerah Batu -Malang, mata terpandang masjid ini. Hati teringin nak singgah tapi pemandu meneruskan perjalanan.

Namun selepas round about kenderaan meluncur laju masuk ke kawasan masjid . Syukur  hajat hati kesampaian juga. Kami bersolat asar dan zuhur jamak dan qasar di sini. Tapi seperti kebiasaan masjid-masjid di Indonesia , ruang  solat lelaki dan wanita berkongsi.
Namun , kebanyakkan restoren ada disediakan ruang solat. Walau pun kecil tapi tetap ada....dan pastirnya berkongsi ruang antara jantina. Di lapangan terbang pun sama . Hanya dipisahkan kayu pemidang sahaja.

 Senibina masjid ini ada unsur-unsur senibina  orang cina.


Di sini juga saya membeli berus gigi yang mereka panggil sikat gigi. Harga yang sangat  murah dan kualiti yang sangat baik.Mereka membina gerai jualan di bahagian belakang masjid menjual barang kecil-kecilan.

Ada penutup sekalian harga dan harganya hanya lebih kurang 90 sen.

Selepas ini kami dibawa makan malam di Restoren Bamboo. Tiada kerusi disediakan . Semua duduk bersila sambil melihat ikan-ikan kap Jepun yang besar-besar berenang -renang. Dan asyik sekali bila ikan-ikan itu berada di bawah meja makan. Sambil kaki kita dihulur dan dicuit-cuit oleh ikan -ikan gergasi itu.
 Auhh ...geli tapi best!


Semua binaan dibuat daripada buluh sebab tu dipanggil Resroren Bamboo.


Lihatlah ikan berenang-renang di bawah meja makan itu.
Tunggu!

8 comments:

  1. murahnya berus gigi tu..siap ada penutup lagi..

    ReplyDelete
  2. bestnya makan kat situ.... pernah buat spa ikan...geli sgt bila ikan tu dtg kuis kaki kita

    ReplyDelete
  3. bestkan dpt jalan2 tgk tempat org:D

    ::Jemputlah ke blog saya::

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Zai pun kalau pergi mana2 suka singgah kat masjid,solat sunat pun jadilah,ambik keberkatan.

      Delete
    2. Betul tu kak zai...nanti masjid tu jadi saksi kita di akhirat kelak.

      Delete
  4. alhamdulillah hajat nieda nak masuk kemasjid tu tercapai dan dapat menunaikan solat lagi.

    ReplyDelete