21 March 2012

Umrah Bonda


Tarikh sebenar umrah emak saya ialah pada 10 Mac yang lalu. Kalau diikutkan lagi beberapa hari sahaja nak balik ke Malaysia. 

Namun baru hari ini berkesempatan nak updatekan sebagai kenangan anak cucu..
Sehingga kini dah beberapa kali bertelepon selebihnya berSMSlah.

Nak berskype , tak tahu pula mak saya tu.  Lagi pula tak lama nanti baliklah dia. Biarlah dia beramal ibadat sepenuhnya semasa di sana. Bukan senang nak pergi pula. 

 
Bertolak malam dari rumah. Rombongan dari agensi umrah ni dalam 3 buah bas
pada tarikh yang sama.

 Dikelilingi dengan anak cucu. Yang pegang budak berbaju merah tu ialah
 satu-satunya adik saya. Shauqi asyik menangis nak naik bas yang membawa rombongan umrah ke KLIA. Akhirnya tertidur dalam air mata.

Semoga emak dikurniakan kesihatan yang baik semasa di sana dan dapat mengerjakan ibadat dengan sempurna. Amin.


2 comments:

  1. salam... teringin nak g umrahjugak...

    smg selamat kembali... :) ameeennnn

    ReplyDelete
  2. Smoga dipermudahkan Allah SWT bg mak dia mengerjakan umrah....

    ReplyDelete