Buat Duit

Tuesday, February 28, 2012

Makaroni Bakar.


Permintaan anak untuk makan berbuka puasa.  Makaroni bakar. Hanya beli makaroni dan daging cincang . Bahan lain dah ada dalam stok kat rumah. 

Mesyuarat Agung PIBG


Ketibaan YB  Dato' Hamzah b Zainudin - Timbalan Menteri Perumahan.


Guru Besar YM Raja Zainal Hafiz sedang mengiringi YB Dato'.


YDP Tn Hj Abd Mutalib, YB Dato' Hamzah, YM Raja Zainal Hafiz (GB), Wakil PPD dan Ketua kampung.


Ibu bapa dan tetamu yang hadir.

Kenangan sebagai Setiausaha PIBG penggal ini berakhir.
Terima kasih pada Ustaz Azlan sebagai jurugambar.

Bila Shauqi nak potong rambut

 
Mak tok jadi mangsa naik kerusi sama dengan Shauqi.

Monday, February 27, 2012

Roti Garlic

Pertama kali tengok roti garlic di blog ibonda dan Nurnieza. Hati terus tergoda. Terus 
mencuba. Tapi tanpa pasley. Walau pun pasley tak ada, tapi tetap ok . Siap dengan sup sekali.

 
Roti garlic yang diuli 2 kali dengan BM. Hasilnya, sangat gebu.

 

Thursday, February 23, 2012

Ada suka ada duka

Selepas komputer rosak, mood berblog terbantut sikit. Asyik dok pinjam komputer orang lain jadi tak berapa lancar.

Kat rumah pun bukan tak ada komputer. Sebuah laptop yang suami punya dan satu  lagi ayah mertua punya. Baik hati sungguh dia, bila dapat tahu lappy saya rosak dek kerana Shauqi yang buat , langsung dihantarnya laptop dia ke rumah.Terima ksih ayahanda.

Nak BW pun slow sikit. Selalu boleh usung masuk bilik. Boleh baring-baring. Tapi yang ini tak boleh. Satu lagi sebab kena tunggu giliran. Selalunya giliran mak  akhir sekali. Lepas anak-anak tidur baru mak boleh layan blogging.

Tak apalah . Lebih baik ada dari tak ada.

Wednesday, February 22, 2012

Coklat chip cookies


Imej dari Google.

Ada anak dara kat rumah yanga tak ada kerja asyik rajin nak masak-masak.Percubaan kedua buat coklat
 chip cookies pula.

Kalau buat masak-masak sekejap saja habis dimakan. Jangan kata nak berniaga , nak bagi kat jiran sebelah rumah pun mesti simpan siap-siap. Kalau tak , tak sempat  nak hulur.

Tuesday, February 21, 2012

Prosperity Burger



Menumpang selera orang sakit. Orang  sihat pun tumpang sekaki.

Bila tak  sihat nasi bukan pilihan utama. Suami saya asyik minta nak makan burger. Malam memula ke hospital minta dibelikan burger kat stall. Bila masuk wad nak makan burger Prosperity McD pula. Ada kawan yang datang melawat yang baik hati telepon dulu " Hang nak makan apa?" dibawanya burger KFC pula.

Terima kasih pada Cikgu Ghaffar dan Cikgu Sofiah.Cikgu Ghaffar ini  kawan suami  yang posting memula dengan dia. Dari bujang sampai berkeluarga dah kenal.

Bila kawan dan saudara datang melawat rasa gembira. Dapat juga melupakan sakit sekejap.

Sekarang dah sihat dah mula kerja pun. Denggi positif.

Alhamdullillah.