Buat Duit

Tuesday, April 23, 2013

Apa ni? Sapa tahu ?


Kejadian hari Ahad lalu.
Di bandar Taiping.

Kebetulan hujan , saya tak turun dari kereta. 
Hanya Alia dan kawannya yang turun ke kedai membeli barang asrama.


Tiba-tiba , lalulah kumpulan (orang cina) yang membawa tandu melintasi kereta saya. 
Saya tak perasan . Walaupun mereka membunyikan gendang .

Bila mereka bergerak ke hadapan baru nampak.
Kalau tahu dari awal boleh bersedia  dan dapat ambil gambar lebih baik.


Mereka berhenti di hujung ( di situlah) dan masuk ke kedai gambar di situ.
Bila kami meninggalkan tempat ini, kumpulan itu masih berada di situ.

Masa  kecil-kecil dulu, kami pernah terperangkap di bandar Taiping , bila orang-orang cina berarak dengan membawa sayur, bakul , tandu ,dan berbagai-bagai lagi barang . Mereka diiringi dengan gendang dan alat muzik cina.

Kumpulan mereka ramai, malah lagi ramai dari apa yang saya lihat pada hari Ahad lepas.
Orang kata cina sayur.

Saya pun tak tahu  betul ke tidak?
Agaknya mereka mendoakan tanaman mereka menjadi  kut.

Bila Alia sampai ke kereta, dia kata mesti mak dah ambil gambarkan?
Kamera kecil ni senang je nak bawa ke mana-mana.
Kamera baru  ceritanya di sini.






4 comments:

  1. uih!!

    kalau tak hujan mesti best tangkap gambar ni!!!

    ReplyDelete
  2. tak pernah jumpa lagi upacara camni

    ReplyDelete
  3. Ada orang ke dalam tandu tu?
    Macam dalam drama pulak hehe.

    ReplyDelete