Entry ini sambungan UMRAH 3 semalam .
Masih dalam lawatan ziarah hari yang sama juga. Selepas dari Ladang Kurma kami ke Jabal Uhud. Kami ditemani oleh mutawif yang diimport khas dari Madinah iaitu pelajar Malaysia yang sedang belajar di Universiti Madinah . Budak negeri Sembilan.
Beliau yang menerangkan sejarah nabi dan para sahabat serta tempat-tempat yang kami singgah di sepanjang lawatan.
Ambil kesempatan bergambar berdua.
Tak banyak pun gambar berdua macam ni.
Pemuda berbaju hitam itu ialah kawan kepada mutawif kami.
Dia yang merakamkan gambar kami berdua di atas.
Mutawif sedang bercerita tentang sejarah Jabal Uhud dan kisah Hamzah yang mati dalam peperangan di sini.
Dulu masa sekolah , ustazah bagi tahu hati Saiyiddina Hamzah dimakan oleh Hindun disebabkan perasaan marah Hindun yang berkobar-kobar.
Tetapi mengikut Mutawif ini, mustahil jika hati penghuni surga akan dibawa bersama Hindun ke neraka.
Cerita sebenarnya, Hindun tidak berjaya memakan hati Saiyiddina Hamzah lalu dimuntahnya.
Kelihatan penjual menjual barang-barang seperti tasbih, sejadah, kurma habatussauda, buah zuriat.
dan macam-macam lagilah.
Di sini semua harga adalah murah berbanding di tempat lain.
Saya borong tasbih untuk diagihkan kepada para sahabat.
Lagi gambar di Jabal Uhud.
Dari Jabal Uhud, kami balik ke hotel sebab zuhur dah nak masuk.
Kami pun bersiap-siap nak ke masjid pula.
Perjalanan menuju Raudah.
Dalam hati memang dah berazam nak mencuba masuk ke Raudah selepas zuhur nanti.
Kalau ikut jadual rombongan , esoknya baru dibawa masuk oleh seorang mutawif wanita dari Indonesia.
Tak tahulah hati begitu meronta-ronta nak ke Raudah juga hari ini.
Bermakna saya akan mencuba masuk seorang diri memandangkan waktu yang dibenarkan jemaah wanita masuk hanya selepas zuhur, Isyak dan Subuh sahaja .Berbanding jemaah lelaki terbuka sepanjang masa.
Masjid dan hotel dekat .
Boleh jalan kaki dan boleh nampak menara-menara masjid dari tingkap bilik kami.
Bila sahaja kaki melangkah ke jalan masuk masjid , mulut tak berhenti berdoa dan meminta supaya Allah mudahkan perjalanan ke Raudah.
Jauh juga nak menapak ke pintu 25 dan 29 (khas untuk wanita masuk) walaupun kaki dah melangkah dalam kawasan masjid.
Besar sungguh Masjid Nabawi ini.
Berdoa dan berdoa.
Sambil melangkah sambil air mata bercucuran keluar.
Bila di sana , permintaan kita cepat makbulnya, tapi dengan syarat kita berserah kepadaNya seratus peratus.
Jangan ada was-was dalam hati.
Mesti yakin sungguh-sungguh dengan pertolonganNya.
Sesudah solat zuhur berjemaah lalu saya buat solat sunat zuhur juga.
Belum sempat rakaat kedua .....terdengar petugas masjid sebut "RAUDAH, RAUDAH" dan beberapa bahasa Arab yang lain .
Berdegup kencang dalam hati.
Adakah peluangku hampir tiba?
Saya pun mempercepatkan solat dan bertanya kepada petugas itu (merka ini juga yang menjaga pintu masuk ke dalam masjid) yang memakai serba hitam.
Raudah?
"I'm from Malaysia" kata saya . "Melayu ? "Tanya dia pula.
Mereka boleh sebut seperti Ibu, ibu , duduk sana, sana.
Lalu dia menyuruh saya duduk di ruang yang dikhaskan untuk orang Melayu . Namun terdapat signboard perkataan Malaysia di situ. Mak-mak Arab disuruhnya ke ruang menunggu yang lain. Mungkin kita berbadan kecil jadi untuk mengelak kejadian yang tidak diingini jika diletakkan dalam kumpulan yang sama.
Walaupun hanya ada signboard Malaysia tetapi ada juga orang Indonesia bersama-sama di situ.
Menunggulah kami dalam setengah jam jugalah.
Bagi saya yang pertama kali nak ke Raudah memang tak tahu apa-apa.
Tiba-tiba pintu kayu yang memisahkan kawasan jemaah lelaki dan wanita dibuka oleh petugas lelaki di sebelah sana. Saya masih ternganga-nganga di situ. Tapi bila melihat semua orang memulakan larian marantonnya ke Raudah , kita pun apa lagi berlari juga .
Tapi sekerat jalan nafas dah tercungap-cungap......berjalan dengan nafas semput .
Bila sampai ke kawasan karpet hijau(kawasan Raudah) ada ruang yang muat untuk saya bersolat sunat di depan sekali.
Apa lagi saya pun solat sunat di situ dan berdoa bersungguh -sungguh dan menyampaikan salam sahabat-sahabat kepada Rasullullah.Lama juga saya melepaskan hajat saya.
Mudah sungguh saya rasa peluang yang diberi oleh Allah .
Bersyukur sungguh-sungguh.
Saya boleh bersolat dengan aman. Terasa tiada gangguan langsung kiri dan kanan. Tidak ada orang menghimpit dari belakang. Diri terasa selamat .
Di kiri kanan saya wanita-wanita Arab ni menangis sambil memegang skrin yang menghalang antara kawasan
wanita dan lelaki.
Saya ingat skrin akan dibuka tapi tak adanya....di situlah saja kawasan untuk kaum wanita bersolat dan berdoa.
Tahulah saya , di situlah saya akan menyampaikan salam dan sumpah ikrar sebagai pengikutnya.
Dalam taklimat umrah, ustaz berpesan bila berada di Raudah mengucap dulu dan baru memberi salam kepada Baginda Rasul.
Setelah selesai solat dan puas berdoa, hati saya pun terasa nak beredar dan memberi peluang kepada orang lain pula . Masa ini baru terasa kena himpit. Tiada jalan nak keluar. Orang berasak-asak menolak ke depan.
MasyaAllah, baru terasa takut.
Matilah aku.
Dahlah sebatang kara masa ni. Tak nampak langsung orang Malaysia . Apa lagi orang serombongan.
Saya sebut " Allahuakbar " 3 kali lepas tu baru nampak jalan nak keluar.
Saya memegang bahu mak Arab yang berbody besar menuju keluar.
Saya rasa pengalaman ke Raudah ini benar-benar datang dari pertolongan Allah. Betapa senang dan mudahnya saya terdorong ke situ. Allah membuka jalan dengan sebab doa dari kita dan Allah makbulkan doa itu.
Jika anda ke sana, ringan-ringankan mulut . Mintalah apa saja yang baik-baik pasti baiklah akhirnya.
Saya juga selalu berdoa janganlah terbatal wuduk sebab jika nak berwuduk jauh nak ke tandas.
Sepanjang di sana , wuduk saya tak terbatal semasa di dalam masjid dan semasa menunaikan umrah (tawaf dan saei).
Selepas keluar Raudah .
Berkenalan dengan warga Indonesia .
Orang Surabaya.
Datang 3 beranak.
Belanja mereka untuk ke sini Rp24 juta seorang kalau tak silap.
Bersyukur sungguh saya dapat ke Raudah dan hanya sekali ini saja saya
diberi peluang.
Bila nak solat Asar dah datang bendera merah pula.
Tak lama di Madinah , lepas ni nak ke mekah pula. Makanya tiada peluang saya ke Raudah lagi.
Namun suami saya , rezekinya berulang-ulang dapat bersolat di kawasan Raudah berkali-kali.
Mood sedih tapi bersyukur .
Jadilah walau sekali.
Salam Nieda! Selamat kembali dari mengerjakan umrah! Lambat saya datang menziarahi Nieda. Lately ni agak sibuk dengan tugas2 harian tak ada masa nak menjengah blog. Tentu seronok menjadi tetamu Allah!
ReplyDeleteseronok dan dah merindu untuk ke sana lagi.
ReplyDeletemudah-mudahan murah rezeki dan di beri kesihatan yang baik.
seronok sgt baca pengalaman akak kat sana. Memang perjalanan Raudah akak dipermudahkanNYA. Tak semua org dpt semudah tu. Walaupun sekali pasti amat bermakna...
ReplyDeleteakk sye tunggu n3 seterusnye..alhmdulilah..sye gembira tuk akk ..pengalaman akk menginsafkan sye..tq akk
ReplyDeleteAssalamualaikum kak... ya, memang seronok pengalaman di sana. insya Allah, memang rasa nak pergi lagi dan lagi dan lagi dan lagi...
ReplyDeleteassalam Nieda..alhamdulillah syukur
ReplyDeleteAlhamdulillah dapat juga Nieda menjejakkan kaki ke Raudah.
ReplyDeleteKak Zai bersama 2 orang anak masa ke Raudah...syukur dapat masuk juga.
kak, terkesan sungguh cerita akak masa nak ke Raudah tu..
ReplyDeletehanya Allah yg tahu bagaimana perasaan ini setiap kali menjejakkan kaki ke Raudhah.
ReplyDelete