04 July 2013

Menara Abraj Al Bait, Arab Saudi.


Menara Abraj Al Bait  merupakan bangunan  tertinggi di Arab saudi, 
malah salah satu yang tertinggi di dunia.

Di sinilah terletaknya Safa Tower atau menara jam yang tinggi itu  .

Menjadi impian saya bila menjejak kaki ke kota Mekah, di sinilah salah satu tempat yang akan saya lawati.
Pabila kita berdiri di bawahnya dan memandang ke atas (menara jam) seolah-olah kita berdiri di bawah kaki gergasi.

Sangat besar dan gah senibinanya dengan 4 muka jam yang menjadi penunjuk masa khasnya waktu solat 
yang boleh dilihat  dari seluruh kota Mekah.

Namun hanya beberapa hari terakhir di sana baru saya berkesempatan menjejak kaki di sana.
Dek kerana pada hari itu, selipar suami saya hilang.

Bila kami keluar di gate 10 untuk pulang selepas selesai membuat umrah, kami menuju tempat letak kasut di luar masjid namun yang ada hanya karung kasut saya sahaja. 

Kebetulan selepas itu kami terserempak dengan kenalan suami saya, Cikgu Razak dari Taiping yang juga hilang kasut.
Maka berkaki ayamlah mereka berdua ke Safa Tower mencari selipar baru.
"Kalau sorang-sorang malu juga aku nak menapak", kata cikgu Razak.

Menara Abraj ini mempunyai berbagai kedai dan hotel di dalamnya bagi menampung para jemaah yang semakin bertambah setiap tahun.

Nampak macam eksklusif , tapi terdapat kedai 3 riyal di dalamnya. Semua barang dijual dengan harga 
3 riyal.Pandai-pandailah pilih apa yang berkenan.

Beli selipar 3 riyal.


Semua 3 riyal di sini.

Yang ini bukan 3 riyal ye....ada juga di sini.

Lepas penat berjalan , isi perut dulu .

Bayar bang ...

Safa Tower.
Kerdilnya aku di bawahmu.

Pintu masuk ke sana.

Sebenarnya , hotel kami arah lain .Menara ini arah lain. 
Sesiapa yang tinggal di hotel berhampiran menara ini selalulah dapat masuk ke sini  selepas selesai solat dari Masjidil haram.

Kami pula bila selesai solat terus menuju ke jalan besar menunggu bas   yang pihak hotel sediakan untuk balik ke hotel penginapan.

Suami saya pula bukan jenis nak merayau dan bershopping sangat. Kalau tak kerana selipar dia hilang mungkin impian saya nak ke sana tak berjaya.

Sebelum berangkat pulang sempatlah 2,3 kali ke situ cuci mata.
Jadilah melepas hajat. 
Bukan senang nak pergi pula.




6 comments:

  1. Kat masjidilharam pun ada pencuri selipar...adoiii....

    Bagus juga ada kedai 3 riyal tu...kalau kat Pavillion, jgn harap nak jumpa kedai RM2...hahaha

    ReplyDelete
  2. biasalah orang hilang selipar kat sana tu..seringan ringan ujian lah tu..he..he
    memang cantik kawasan sini...nekcik suka lepas isyak ...beli teh ngan roti dok kat laman tu...suka sangat menikmati keindahan persekitaran rumah Allah ini..masyaallah..rindu rinduan akan suasana itu!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul nekcik, ada org diberi ujian yg agi berat.

      Delete
  3. memang gah sungguh nampak safa tower tu k.nieda...
    nasib baik ilang slipar, dpt gi situ hehe..

    p/s: saya marathon baca entry akak yg banyak tertinggal ni :-)

    ReplyDelete