Buat Duit

Sunday, November 2, 2014

Jeruk Madu Pak Ali

Jeruk Pak Ali versi campur-campur

Sebungkus 1 kg = RM 13
Ada juga pack yang kecil-kecil dalam RM 4

Bukan jeruk saja , macam-macam ada.


Pati kuah mee goreng . Sebotol RM 4.50.
Produk muslim.

Pati Char Koay  Teow  sebotol RM8.



Lokasi di Taman Wakaf Seetee Aisah.tak di corner lot. Terdapat parking yang luas di bahagian belakang kedai. Kalau bas-bas rombongan nak berhenti tak ada masalah langsung .

Laluannya ialah  jika dari Tol Sungai Dua ke Juru sebelah kiri.
Dari jauh boleh nampak banner kuning kedai Jeruk Pak Ali.

Beli juga roti .

Keluar dari kedai Pak Ali masuk pula  kedai makan pekena roti canai .

Kami singgah di sini dalam perjalanan pulang dari UUM Sintok pagi tadi.
Singgah membeli apa yang patut sebagai buah tangan untuk yang tak ikut berjalan .

Jeruk Pak Ali yang bestya  ialah  bila kita makan tak rasa perit  macam sesetengah 
jeruk  buah yang lain.

Gula yang digunakan ialah gula pasir dan ditambah pula  madu sekali.
Tak seperti pengusaha lain yang menggunakan gula siam atau ibu gula.

Boleh beli ikut timbangan dan pilihan buah pun boleh pilih ikut selera memasing.

Tapi , kami ambil saja yang dah siap packing.Senang cerita.
Kedai jeruk  ini telah  dimodenkan, bersih dan tersusun  barang di dalamnya. 
Ada juga kek , roti dan FM pun dijual juga .
Kalau berhenti memang boleh beli macam-macam bukan sekadar jeruk.

Jeruk Pak Ali ni sinomim dengan Penang .
 Sapa mai Penang tak beli macam tak lengkaplah.
Walau pun Pak Ali dah tak ada anak-anak meneruskan usahanya sekarang.


Ini kedainya -imej dari Google





24 comments:

  1. Replies
    1. kalau di R&R juru boleh dpt RM10. tapi tak pasti berapa kg. agaknya tak sampai 1 kg kut.

      Delete
  2. oohh my favourite tu jeruk pak ali ni..nnt kalau ke penang nak singgah la ..

    Muka ku kena rashes...

    ReplyDelete
  3. Pernah dengar...tapi belum pernah beli lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin sebelah sana tak sampai lagi . tapi sebelah utara femes jeruk ini.

      Delete
  4. Kak zai pun memborong masa pergi Penang tempohari.

    ReplyDelete
  5. Salam Nieda! balik dari Thailand 2 hari lepas saya pun singgah dan beli juga jeruk Pak Ali ni... buah tangan utk kengkawan ofis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. singga di sini ke ?
      saya menunggu entry cruise sweetie

      Delete
  6. sedap nye tgok jeruk tu..tak penah sampai lagi ke sini..
    hihihi pasni setiap tahun pasti akk ke utara je ye jln2 ;p

    ReplyDelete
  7. Dia punya muzium dekat je dengan rumah tapi tak pernah pi..tak tau apa ada kat dalam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hebatlah usahawan melayu, siap ada muzium lagi

      Delete
  8. Assalam haritu pernah nak singgah tapi tengok orang ramai tak jadi nk singgah..kalo boleh beli pes char keau tiaw kan best..huhu

    ReplyDelete
  9. Lama dah tak jalan ke utara.. Jeruk madu pak ali kalau ada kat area selatan kan best.. nak juga merasanya.. =)

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Nieda,

    Teruja tengok kedai Jeruk Madu Pak Ali..
    Teringin singgah suatu hari nnti..
    Thanks for sharing info ni..

    ReplyDelete
  11. jeruk madu pak ali ni mmg femes..sedap pulak tu

    ReplyDelete
  12. Juru tu kedah kan,kak?
    Alahaiii jauhnya cek nak pi sana.
    Tak export ke Seremban ke?
    Memang best cmni..senang nak masak.

    ReplyDelete
  13. perghhh!! Time konvokesyen USM induk... Nahhh... Jeruk Pak Ali mai !! Xmuat meja dibuatnya.. mmg terbaik!

    ReplyDelete
  14. Terbaik Jeruk Madu Pak Ali....
    Jgn lupa singgah bila ke Utara

    ReplyDelete