10 December 2015

Bila Kita di Dalam Kubur

Nasihat Kubur: 

Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yang gelap, maka terangilah aku dgn TAHAJUD.

Aku adalah tempat yang paling sempit, maka LUASKAN aku dengan ber SILATURAHIM.

Aku adalah tempat yang paling sepi maka RAMAIkanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN.

Aku adalah tempatnya binatang-binatang yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH

Aku yang menyepitkanmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT

Aku adalah tempat untuk merendammu dengan cairan yang sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dengan PUASA..

Aku adalah tempat Munkar dan Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH
"...

Tiap-tiap Yang bernyawa akan merasai mati, d
an bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya." (Surah Ali Imran 3:185) -n.i-


Sumber : FB

* Semoga bermanfaat

11 comments:

  1. Perkongsian yg baik Nieda..
    Jom bersama kita amalkan..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Nieda....terima kasih atas perkongsian...

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Nieda...semuga semua amalan kita dapat keredhaan Allah dan kubur kita menjadi taman taman syurga..amiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn ..nekcik . itulah yang kita harapkan.

      Delete
  4. hanya amal soleh semasa hidup serta doa anak2 yg soleh menjadi peneman...seramnya menanti detik itu..malam pertama di dlm kubur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga malam pertama di taman surga...Allah, Allah, Allah

      Delete
  5. terima kasih Kak Nieda.. peringatan untuk semua..

    ReplyDelete