09 December 2015

Puncak , Bogor


Shauqi   berumur 2 tahun pada  8 Disember 2010

Hari ini dalam sejarah.
Sekarang dah tujuh tahun Shauqi .
Gambar di atas keluar  semula di FB pada hari yang sama selepas 5 tahun yang lepas. 
Masa ini, kami  bermalam di Puncak, Bogor.


Mak aihh, bila malam sejuk sampai ke tulang.
Berebut selimut la jawabnya.
Bangun pagi pula , nak mandi macam mandi dengan air ais....sejuk sungguh.
Macam tidur di Cameron Higland .

Pagi bila keluar dari bilik , penuh orang berjualan.
Maklumlah semalam ramai pelancong dari Malaysia yang bermalam di hotel .
Kain batik, beg telekung,  semua ada.
Kalau pandai tawar menawar, harga murah tentu jadi milik anda.


Pengamen nyanyikan lagu Wali Band.

Bila ke Indonesia, pengamen sedia ada menghiburkan kita.
Di trafic light , Pasar Baru, di mana-mana saja boleh berjumpa dengan mereka.
Mula-mula terkejut juga , masa bas bergerak perlahan , kan selalu macet .... pun pengamen boleh melompat naik ke atas  bas untuk menyanyi.
Lepas tu hulurlah sedikit rupiah untuk dia...dia menjual bakat tu.
Tak hairanlah orang Indonesia ramai penyanyi yang bagus sebab mereka bermula dari bawah.
Saya suka momen sebegini, lain negara lain caranya.

Kenangan dulo-dulo  mengusik jiwa.



Post a Comment