15 October 2016

Anjung Keli , Perlis.



Assalamualaikum.

Ini cerita semasa lawatan ke Perlis hujung bulan lepas bersama rombongan sekolah.
Kami tiba di sini sedang elok dalam pukul 12 tengahari gitu. Orang pun tak berapa ramai lagi . Meja kami telah direseved. makanan murid juga siap
 dipolisterinkan , tinggal , duduk dan makan .

Makanan untuk guru pengiring pilih sendiri ikut selera masing-masing. Sebelum turun bas, ketua rombongan dah bagi siap-siap sorang RM10 untuk cikgu-cikgi ni. Dalam hati wow ...macam banyak pula kos makan tengahari RM10 mesti ada baki....kih,kih,kih .
Last-last tak cukup kena tambah pula terlebih bajet.

Harga nasi saya makan hari tu RM 12.60 dengan teh ais.
Ambik kau  sebab rambang mato banyak sangat menu masakan yang ada di situ.
Kalau tengok ulam pun boleh sesat dalam daun ulam tau..
Itu tak masuk segala jenis sambal lagi.
Air asam, sambal belacan, tempoyak, budu,  sambal kicap ...macam-macam la.

Boleh  berdiri berjam-jam nak pilik lauk pun.



Barisan lauk pauk... kerabu tauge, kerabu pucuk paku, kerabu sotong.

Gulai lemak, kari, sayur lemak memang rasa cukup santannya.

Barisan ulam-ulaman  yang segar dan rebus .
Ulam yang tak pernah jumpa pun ada.

Kami makan di sini  .
Bila kami bangun , meja ini sekelip mata orang lain dah duduk.
Tetamu ramai datang dan pergi.
Tapi tak sesak sebab ruang makan yang luas.

Ruang makan terbahagi dua.
Di sini bahagian bawah .
Ruang makan di luar pun luas untuk para pengunjung menjamu selera.

Restoren ini besar dan sangat bersih.

Buah-buahan pencuci mulut.
Jagung rebus yang sangat mengoda  selera.


Parking kereta pun luas senang bas nak masuk.

Lokasi berhampiran dengan Maktab Perguruan Perlis , senang nak cari.

Anjung Keli ;
Medan Seri Pulai 
Jalan Bekor Pulai,
01000 Kangar ,
Perlis.



Post a Comment