Buat Duit

Thursday, October 27, 2016

KONVO USM ke 54 /2016

Biar ia menjadi memori indah di sini.



Dewan  Tuanku Syed Putra , USM 
Sidang 3 / 9 pagi
25/10/2016


Wajah gembira teman-teman


Senyum ...
2 tahun di USM kemuncaknya pada hari ini.


Teman sekelas .

Jumlah pelajar  kelas kami lebih ramai dari yang ada di sini 
tetapi ada yang mohon extend  di  semester akhir supaya  dapat membuat tesis   akhir yang terbaik.
Giliran mereka akan tiba juga nanti ...good luck friend.
Kalau tidak,  lagi meriah dalam gambar ini.
Jauh di sudut hati sedih juga tidak dapat meraikan bersama-sama kegembiraan ini.


Me dan Hema

Hanim, saya , Hema dan Kevin.


Rapat-rapat nak masuk gambar juga.

Hema , Hasnidar dan Hanim
Kebetulan 3 H.

Solo di depan Masjid USM


Suamiku tersayang.
Dengan  restunya aku berada di sini.

Sauqi and ibu


Bersama keluarga. 
Ibu , suami , ibu mertua , si bungsu Shauqi dan Hanim kawan sepengajian. 
Sayang , anak yang jauh belajar  di perantauan  tidak dapat bersama .


Masih terbayang pada hari pendaftaran  di USM, hati masih berbelah bahagi , mampukah aku menghabiskan pengajian ini ? 

Datang tanpa membuat bayaran yuran  terlebih  dahulu secara online. 
Mata pelajaran pun tak tahu nak pilih yang mana sebab tak hadir semasa taklimat pelajar baru.
Walaupun tiba awal pagi (8.00 pagi)  beratur di hadapan IPS . Waaah...ramainya yang nak sambung belajar  sampai keluar  pintu dah.

 Yang mak ni  datang tak prepare apa.... huhuhu
Masa tu lah kalut nak pilih subjek dengan Wani kawan yang janji nak belajar sama.
Daftar subjek di IPS , nasib baik ada beberapa komputer yang disediakan untuk student yang macam saya ni.

Siap daftar online , print semua  dan  ambil nombor giliran  
dan membuat bayaran secara tunai .  
Bila tak buat bayaran awal  akan mengambil masa yang panjang untuk selesaikan flownya.

Akhirnya , pukul 6 baru selesai dan dapat balik rumah.
Letih seharian di situ.




# Sambung

14 comments:

  1. Kita pun USM jugak! Hi USM buddies. Hehe. Tahniah awak =)

    ReplyDelete
  2. tahniah... Saya pun USM jugak.. Jauh lagi perjalanan saya dalam USM ni..

    ReplyDelete
  3. Tahnia kak nieda! 2 tahun tu x lama janji kaalu nak mesti boleh

    ReplyDelete
  4. Setinggi tinggi tahniah dari nekcik..muaah muaah..alhandulilah
    Kejayaan setelah bnyak berpenatvlelah dan berkorban segala

    ReplyDelete
  5. tahniah tahniah tahniah tahniah!!!!!

    ReplyDelete
  6. Tahniah sis.. rindu plak tgk gambar2 usm..

    ReplyDelete
  7. Tahniah.
    Sambung lagi next year.

    ReplyDelete
  8. Tahniah... segala pahit manis akhirnya berbayar.. tumpang berbangga...rindu zaman2 study:)

    ReplyDelete
  9. Eh... rasanya dah komen kat sini... apsal x de plak nih... iskksss... SS nak wish tahniah sekali lagi!!!

    ReplyDelete