Buat Duit

Saturday, October 15, 2016

Kek Pisang Mudah

Assalamualaikum

Hari ni nak tempek resepi kek pisang pulak.
Resepi senang dan mudah. 
Yang susah-susah letak tepi.


Senget pulak :(


Dah potong.

Resepi
7-8 biji pisang 
4 biji telur gred A
2 cawan tepung gandum(saya guna Blue Key)
1 cawan gula halus/ kastor
3/4 minyak jagung atau mentega dicairkan
esen vanila 
sedikit garam

jika guna tepung gandum 
tambah 
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder


cara-caranya
Panaskan oven dahulu.

Pukul telur dengan gula hingga kembang
Lenyek pisang.Ketepikan .
Masukkan tepung   yang telah diayak bersama soda dan baking powder.
Masukkan pisang dan kemudiannya minyak .
Susun keratan pisang sebagai hiasan di atas adunan tadi.
Gaul sebati. 
Masukkan adunan ke dalam bekas yang telah disapu mentega dan tabur sedikit tepung supaya tidak  kek  tidak melekat apabial sudah masak.

Bakar hingga masak dengan api atas bawah.





6 comments:

  1. Senget tak pe.. Yang penting rasanya. Hihi :)

    ReplyDelete
  2. ni br betul kek pisang sbb nmpk pisang bkn mcm yg ada kt kedai tu haha

    ReplyDelete
  3. My fav nih... jarang ada org buat kek pisang nampak pisangnya... special sgt ni... nampak sedap pulak tu... teliur taw!

    ReplyDelete
  4. Biasa kak nieda guna pisang apa eh? Pisang emas ke

    ReplyDelete
  5. Resipi dari blog azlita ke? Kalau masuk blog tu mmg terliur

    ReplyDelete