Buat Duit

Wednesday, October 12, 2016

APAM BERAS SEDAP

Merahnya makngah !


Pertama kali mencuba resepi  apam ini mujur menjadi  dan rasanya kena pula dengan selera .
Tapi malas nak  berfotoshoot . Kali pertama saya tak letak warna . cuma  warna putih asli beras dan tepung  tapi kali  kedua ini letak merah pula. Alahai ....terlebih merah laaaa. 
Namun , aroma  bunga ros tu terasa dalam setiap gigitannya ....perghhh .

Jadi supaya tidak lupa , kita simpan resepi di sini supaya dilain kali senang nak cari.

Terima kasih pada penyumbang resepi Eray Majid dan Yatie Sinar Kehidupanku

Bahan-bahan:
  • 1 cawan nasi
  • 1 1/4 cawan air
  • 3/4 cawan gula
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 sudu kecil yis (mauripan)
  • Sedikit pewarna (saya guna pink)
  • Sedikit kelapa parut dan garam
Cara-cara:

  • Satukan nasi, air dan gula dan blender. Kemudian  kisar sampai halus dan gula larut.
  • Dalam bekas lain, campurkan tepung gandum, tepung beras dan yis. Gaul mesra.
  • Kemudian masukkan bahan yang dikisar ke dalam bahan kering. Letakkan pewarna, gaul sebati.
  • Biarkan adunan apam mengembang 2-3 jam. Tanda adunan menjadi, ada buih-buih kecil terbit di atas adunan dan ianya nampak sekali ganda lagi.
  • Panaskan pengukus, sapukan sikit minyak ke dalam loyang atau bekas dan panaskan sebentar.
  • Akhir sekali, masukkan adunan apam beras gebu yang telah kembang untuk dimasak. Kukus selama 30-40 minit jika guna loyang. 
  • Boleh gaulkan dengan kelapa parut kalau suka.


19 comments:

  1. wahh..menjadi ya.. sedapnya... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadi ..seronok bila kuih kita buat jadi elok

      Delete
  2. rs cm da lamaaaa sgt kak x mkn apam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg simpan resepi ni...senang nak buat lain kali

      Delete
    2. nnt buat hntr sepiring kat sy ye kak hahaha

      Delete
  3. Teringin pulak nak mencubanya nieda..mesti sedap kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap acik.cuba la.lembut sampai petang

      Delete
    2. sedap acik.cuba la.lembut sampai petang

      Delete