15 January 2017

LADANG UNTA

Assalamualaikum

Sesi ziarah semasa di Mekah adalah salah satu ke Ladang Unta.
Bagi kita yang jarang -jarang melihat unta tentu teruja nak melihat dari dekat kan?

Hari yag dijanjikan pun tiba , selepasa makan pagi kami pun bersiap dan menunggu di lobi. Ada 3 bas yang kan membawa ahli rombongan . Bas -bas ini adalah ditetapkan mengikut kumpulan A, B dan C sejak dari Madinah lagi (Kami ke Madinah kemudiah baru ke Mekah). Jangan tersilap bas . Saya di bas A, bas A lah sampai terbang balik ke Malaysia. 


Untuk ziarah ini , kami juga melawat ke Masjid Hudaibiah dan membuat niat umrah di situ sekali,

Dari kejauhan nampak unta di tepi jalan besar. Ada banyak kumpulan unta ini , mungkin berbeza tuan tanah. Unta dibela di tanah tandus hidup di sepanjang jalan besar yang kami lalui.
Tapi malangnya , rombongan kami tidak dibenarkan turun oleh mutawif  disebabkan ada seorang peserta umrah dari Malaysia yang terpaksa di masukkan ke wad disebabkan terkena jangkitan virus  selepas minum susu unta.

Pesakit 
 ini pula tidak dapat balik bersama rombongannya ke Malaysia.
Jadi semua gambar di sini adalah dari dalam bas sahajalah.

Meh tengok gambar .

Unta sedang posing. 


Ada terlepas , sebelum dipanggil naik semula ke atas bas.
 Cik Ani sempat turun bergambar.
Maklumlah duduk di depan bas.


Penjual susu unta sibuk panggil kami turun minum susu.
5 riyal sebotol.


Bolehlah sipi-sipi pun .

Satu lagi .

Tengah makan rumput.
Rumput-rumput ini dimport untuk makanan unta.

Deretan susu menunggu untuk dijual.
Di belakang sana adalah rombongan jemaah kumpulan lain.



Apa yang melopong tu .....heheheh

Kali ini dapat membuat umrah bersama sahabat dari  zaman remaja .
Dari sekolah menengah hingga kini. Semoga persahabatan kekal abadi.
Dapat membuat tawaf bersama-sama. 
Terima kasih sahabatku-Pizah.




KLIK  di bawah.






9 comments:

  1. Wah!! Best nya.. dapat tgk live unta..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah nieda..masa acik pergi juga tak dibenarkan turun tengok dari jauh je

    ReplyDelete
  3. pernah tgk sekali je unta, tu pown sekor je...hehehe...

    ReplyDelete
  4. Comel-comel unta tu 😊

    ReplyDelete
  5. Best kan... ada geng bertahan lama smpi skrg... cayalahh...

    ReplyDelete
  6. kenapa akk x tunggang unta2 tu? hehehe gegurau ;-)

    ReplyDelete