11 February 2017

Trip to Krabi Dis 2016

.
Assalamualaikum

Sekarang nak kongsi cerita ke Krabi pula , walaupun kisah ke Tanah Suci Mekah dan Madinah tak berapa nak habis lagi. Semua manis, semua seronok . Rasa nak berulang ke sana lagi. Mudah-mudahan datang lah seru ke sana  YA Allah.....mudahkanlah.

 Satu pengalaman yang tak pernah berlaku dalam hidup saya  semasa di Mekah ialah saya bersolat di kaki lima kedai waktu solat zuhor. Tak sempat sampai ke Masjid. Ingat dan ...rupanya tidak. Masa azan pertama dengan qamat sekejap sangat. Tak macam di Madinah yang lebih lama jarak  azan antara keduanya.

Kenapa terlewat?  
Pasai pada hari tu, hari last-last  kami di Mekah, kami  ke Jaafar Ria kawasan bazar macam Chowrasta. Ada barang murah kata jemaah yang dah  pergi lebih awal dari kami. Apa lagi, tak senang duduk la ....Lepas makan pagi dalam pukul 9-10 pagi kami pun menunggu di lobi. Adalah muat dalam 2 van .....14 orang juga la ke sana menghabiskan sisa riyal yang ada.

Bersama hasil borongan.

Dapat la beli sebarang dua benda. Balik ke hotel dah dekat nak zuhur. Simpan barang terus ke Masjid.
 Suami dan anak dah pergi dulu. Kiri kanan dah nampak kedai dah tutup, tanda waktu solat dah nak masuk. Punya la laju berjalan, Tengah berjalan dah dengar azan , niat nak masuk masjid. Tapi tak sempat. Tengok orang dah berbaris bersaf-saf di tepi kaki lima kedai depan Safwa hingga ke Dataran Masjidil Haram. Tak lama lepas tu dah qamat. Teruslah lintas jalan pergi tumpang sejadah orang solat tang tu juga. Mahalnya pengalaman. Mungkin niat nak solat di Masjid tu 50-50 kut. Dalam hati dok kata tak dan  langsung solat di kaki lima.


Ini cerita  ke Krabi tak lama selepas balik dari umrah.
Kami pergi  berkonvoi dengan berkereta empat keluarga. 2 keluarga dah pergi tahun 2016 ( terus ke Phuket) kiranya tahun ni bawa kawan yang tak  ada pengalaman ke sana lagi.

Cerita kami ke Krabi dan Phuket  Ketik SINI .
Kali ini kami masuk melalui Wang Kelian berbanding kali pertama dulu masuk melalui Padang Besar.

Macam biasa , sebelum melintasi sempadan Thailand kena siapkan insuran kereta yang sudah kami buat semasa di Changlun. Bayaran tak mahal dalam RM 16 untuk sebuah kereta. Kena bawa geran kereta bersama. Salinan  geran pun diterima tapi pastikan owner yang betul. Bukan kereta sewa atau kereta pinjam. Kalau kereta pinjam kena bawa surat kebenaran tuan yang sebenar juga.

 Bila masuk pekan Changlun banyak iklan-iklan di tepi jalan  sebelah kiri tentang insuran masuk ke Thailand .  Tukar duit baht pun di sini . Masa tu pertukaran RM 10 dapat 7.80 baht. Sedih....

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Menuju ke border Thai.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Di pintu masuk ke Thailand.
Masa ini hari nak balik ke Malaysia. Masa pergi tak sempat nak bergambar.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Pagi-pagi peniaga tak ready lagi.


Kenangan sekeping di Satun.
Suasana pagi setelah melepasi boarder.
Tempat bergambar ini ada di sebelah kanan kita masuk . 



Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Ini pun sama , kejadian masa nak balik. 
Banyak kedai dibuka berbanding masa masuk.
Masa kami masuk   dulu pada pukul 8.30pagi, kedai pun baru nak buka.



Kami melalui jalan kampung, potong sana, potong sini.
Tapi boss dah siap print google map.
Hahah.. no waze, waze sendiri ajo.
Bila waze sendiri ni ada juga tersesat ke kampung Siam , bila co-pilot silap  bagi arahan.


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.

Rakyat Thai masih berkabung atas kemangkatan raja mereka. katanya sehingga  setahun.
Semua bangunan kerajaan , sekolah , pagar  dan sebagainya kelihatan kain hitam putih digantung.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Kain hitam putih di pagar bangunan kerajaan.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Sapa tahu buah apa tu?

Susah nak jumpa buah berangan ni. Kalau di Penang , area Chowrasta tu ada tapi di goreng oleh bangsa asing. Dah was-was nak makan pula.

Tak lepas peluang memang membeli sekilo untuk dibawa balik. Harga sekilo RM 26 atau  20 baht. Di sini kita boleh guna duit Malaysia jika baht sudah berkurangan.
Dalam kereta dah makan  sikit. Sisa kulit letak dalam plastik yang sama. Alih-alih si bujang pergi  buang masa berhenti di R&R. Dia ingat sampah...Alahai anak...melepas mak.

Bila ikut jalan darat, dengan 4 buah keluarga pula.....ada sorang  nak terkencing semua berhenti  semua masuk tandas. Tandas bersih .Selalunya kami berhenti di stesyen minyak. Saya perhatikan stesyen minyak cukup prasarana . Ada tandas, surau, kiosk jualan ( buah-buah segar yang dipotong, ayam goreng ala KFC) dan 7 Eleven.
7  E di Thailand sangat lah banyak,  senang nak cari.

Sekali berhenti macam-macam boleh buat, solat berehat sekejap, ke tandas dan jamu mata dalam 7E pun boleh. Macam R&R kita tapi tak lah besar sangat.



Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Surau

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Singki di luar. Tandas di bahagian dalam.
tapi mangkuk tandas adaah berbeza dengan kita .Hanya mangkuk   tiada simen mengelilinginya.
Maaf tiada gambar pula.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Bersih


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Barang lama...siapa berminat boleh beli.Pun ada di sini.


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Keropok di 7E

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Aksesori wanita ...dalam 7E lagi.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.

Aktiviti di Krabi ...apa lagi kalau tak berisland  hopping.



Nanti kita sambung lagi.
Daa..

31 comments:

  1. ke Phuket sudah.
    teringin dah lama nak ke Krabi.
    harp satu hari nnt terjadi gak.

    ReplyDelete
  2. isyaallah ada rezeki nanti

    ReplyDelete
  3. Untung drive sendiri... boleh berhenti di mana2 sesuka hati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. isi minyak penuh tak payah bayar tol....hehehe

      Delete
  4. seronok nieda..dapat berjalan2

    ReplyDelete
    Replies
    1. gumbira ria kalau dapat jalan2 makan angin

      Delete
  5. Ramai yg dah jejak Krabi tentu seronok kan. In syaa Allah kak Zai kesana bulan March ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah kak zai akan ke.sana juga nanti

      Delete
  6. Kakak rasa suka pulak walau sekadar membaca
    Nampak santai sangat apa lagi masa pagi tu tak busy
    Cuma pagi sangat tak banyak gerai lagilah ye..

    ReplyDelete
  7. sronoknya....teringin juga nak ke sana...tpi belom berkesempatan lgi...macam macam kekangan....

    ReplyDelete
  8. wahhh byk nyer akk beli buah berangan tuuu... x terkentut2 kaaa heheheh gurau ;-)

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. istimewa di sana...walau minyak mahal tapi x ada tol

      Delete
  10. w/salam!

    Banyak yang saya baca di blog2 depa masuk Thailand drive kereta.. saya teringin jugak nak buat mcm tu tapi takut.

    Cantik ye suasana di kawasan RnRnya... bersih dan hijau dengan tumbuh-tumbuhan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan takut sweetie, setakat ni alhamdullillah tak ada apa yg berlaku. tahun lepas terus ke phuket lagi jauh..kematu dok dlm kereta.

      Delete
  11. wahhh, best nya ke Krabi. murah rezeki akak sekeluarga. sy prnh pergi Wang Kelian & Pdg Besar ja 😄. Kat Wang Kelian dulu, ada RELA wanita ingat sy artis. kembang kempis jugalah lobang hidung 👃

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaa..retis .mesti cantik jelita sampai RELApun confius...hhehhe

      Delete
  12. Alhamdulillah..dah sampai ke Makkah, teringin nak kesana, InshaAllah jika ada rezeki.

    Seronoknya jalan krabi

    ReplyDelete
  13. Wang kelain eh wang kelian! Syurga shopping rugi x bwk that bhat hari tu..dlm hujan kami redah

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun first time sampai wang klian.masa org kpg naik bas rombongan ramai2 x pergi pun.nasib masuk siam melalui wang klian sampai la juga ke situ

      Delete
  14. Harga brg kat padang besar lagi mahal dari wang kelian ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. kedai pandai pilih kedai di padang besar.kalau dalm bangunan memang mahal la....cuba ke kedai luar ...boleh dapat harga ok sikit.

      Delete
  15. Bestnya masuk thai ngan kereta jek so leh la round area krabi town tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. uolls pun boleh naik kereta round krabi

      Delete
  16. teringin juga nak drive masuk seberang sana..

    ReplyDelete
  17. Orang panggil tawaf kedai... He He He...

    ReplyDelete
  18. beli buah berangan berkilo tetiba Encik Tong yang makan... alahai... kalu SS nanges...

    ReplyDelete
  19. tandas bersih, makanan halal senang..best trip macam ni..

    ReplyDelete