Nampak tak dari kejauhan kubur yang berwarna putih tu?
Tak boleh nak zoom .
Perjalanan ke Delta Mekong bermula seawal 8 pagi Vietnam.Selepas sarapan pagi di hotel kami pun bergerak ke sana. Perjalan agak lama lebih sejam dengan bas.
Dalam perjalanan kami ternampak kubur-kubur di dalam petak tanah milik sendiri. Ada yang begitu hampir dengan rumah juga kelihatan.
Sepanjang jalan kiri dan kanan dengan seni bina batu yang pebagai warna.
Sepanjang jalan kiri dan kanan dengan seni bina batu yang pebagai warna.
Menurut Dove , zaman perang dulu mayat hanya di tanam berhampiran dengan rumah masing -masing atas tekanan peperangan yang sedang berlaku.
Sekarang tidak lagi. Mereka sudah ada kawasan kubur yang dikhaskan.
Di sinilah kami dibawa menaiki bot ke perkampungan memproses gula-gula dari kelapa. Sebenarnya ada empat lokasi yang kami lawati dengan aktiviti berbeza yang bermula dari sini ke pulau-pulau yang akan di bawa oleh Dove.
Dove dengan bendera Vietnamnya.
Sebelum naik bot sempat lagi beli topi .
Di sini boleh dapat FM dan keychain yang murah.
Selalu mereka offer RM 10 dalam 10 ketui tapi kat sini boleh dapat 6 ringgit dan 9 ringgit untuk FM.
Naik bot beramai-ramai.
Lokasi Pertama - Cocunut Candy.
Santan kelapa yang akan dibuat candy kelapa.
Kami tak beli pun . Sedikit tengit rasanya.
Candy sedang diproses.
Mesin mengadun
Bahan kraf dari batang kelapa.
Di sini hanya beli senduk dari batang kelapa saja.
4 pcs (pelbagai bentuk) dalam 9 ringgit. Kalau yang kecil sikit 2 dollar saja. Bayar dengan dollar tau, kalau tak jangan harap dapat bakinya.
Dari sini kami ke bahagian madu lebah pula. Hanya berjalan kaki ke kampung sebelah.
.
Lokasi kedua - Tempat madu lebah
Shauqi tengah bancuh teh madu + limau.
Dari kiri Kak Ida, Cikgu Aziz dan Maktok.
Tengah tunggu nak rasa teh + madu+ limau.
Eeeee...Shauqi takut tengok lebah yang banyak. Lebah tak gigit pun .
Celup jari untuk rasa lebah di sarangnya .
Manis.
Sebelum gerak ke tempat lain sempat lagi bergambar dengan reptilia ini.
Berani sungguh Cikgu Ana ni aih!
\
Cikgu Aziz dan Kak Noriah serta Dove.
Kami berjalan kaki di laluan yang dibina ke lokasi-lokasi lawatan.
Lokasi selepas ini tunggu part 5 pulalah.
Terima kasih pada sahabat-sahabat saya ni Ana dan Zatul .
Saya cedok gambar dari FB mereka berdua.
terbanyak pula gambar kali ini
ReplyDeletetak apa....menarik untuk dikongsikan =)
ReplyDeleteassalam nieda terima kasih kongsi gambar..suka acik tengok
ReplyDeleteAcik , kalau adik acik pergi mesti macam2 cerita dia bawa baik.Tak ada rezeki mungkin lain kali.
Deleteada rasa macam gula kelapa yang kat sini tu tak?
ReplyDeleteLain sikit kut.
DeleteAs salam, saya bercadang nak gi vietnam tapi takde pengalaman, boleh akak bagi saya no contact pemandu pelancong, Dove?
ReplyDelete