02 January 2013

HCMC -part 3

Tak taulah sampai part berapa nak habis ni. Kalau bab makan angin laju je idea nak keluar. Nak-nak pula gambar pun banyak senang nak cerita.

Part 3 pun masih kisah malam  pertama di sana. setelah sampai di Vietnam , sebelah malamnya kami dibawa naik Cruise melayari Sungai Saigon. Lebih kurang 1 jam juga di dalam kapal tu belayar.

 
Naik cruise.....wabedabedu.

Semasa belayar ada hidangan makan malam tapi kami dah makan di Restoren Samsuddin sebelum ke sini maka kami tak makan . Kami makan di SINI.  Sekadar minum sahaja .
 Makanan di dalam cruise ini tak halal.

Sebelum naik sempat lagi bergambar dengan staff  yang beratur menunggu pelawat ke kapal.

Sedia menerima tetamu.

Kapal ini terbahagi kepada 2 tingkat. Kami berada di tingkat atas. 
Tingkat bawah agak terbuka sikit dengan minuman keras segala.

Semasa makan-makan( kami minum sahaja) tetamu dihiburkan dengan tarian Mexico. Sebelum itu ada persembahan fluit dan nyanyian.

Masa dua penari ini menghampiri kami , apa lagi bergambarlah jawabnya. 
Masa ni persembahan dah tamat.

Pemandangan dari atas kapal. Bangunan berlampu merah tu boleh bertukar warna . Sekejap biru , kuning, 
hijau, oren ....warna pelangi kut.

Sebenarnya ada banyak kapal seperti kapal yang kami naik ni di sungai ini.
Suasana sangat menyeronokkan sambil berhibur dan belayar. Satu pengalaman yang mengasyikkan. 
Semua termasuk dalam pakej tak tahuah berapa bayaran yang dikenakan.

Bersama sahabat dari sekolah rendah lagi dan suami beliau.
Dah rezeki nak sampai Vietnam . Booking tiket saat -saat akhir .

Bulat sungguh muka maknye.
Cuti sekolah , makan, makan dan makan.

Sebenarnya sorang lagi best friend saya ikut sekali.
Pasal Cikgu Ana la h  ( dalam gambar kedua yang pakai baju hitam )  kami berjaya sampai ke Vietnam. 
Kawan-kawan saya  ini dah pernah ikut ke Jakarta -Bandung dulu.

Cerita Jakarta - Bandung juga boleh KLIK SINI

Tengah serve - minuman sahaja untuk kumpulan kami.

Semasa belayar kami dihiburka 3 persembahan. 
Pertama -tiupan  fluit oleh 2 orang penghibur.
Kedua - tarian Mexico ala2 Casablanca.
Ketiga- pertunjukan api di dek bawah.

Bila tamat persembahan 1 dan 2 , kami diminta turun ke  dek bawah  untuk
 melihat persembahan api.Berebut-rebut turun dengan Shauqi nak ke barisan hadapan.
Tapi .......mak aaaiii, terkejut den bila tengok  pompuan  tu pakai bra dengan spenda saja  buat persembahan. 
Dia boleh telan api. Setakat tu saja tengok .
 Kemudian tarik Shauqi pelan-pelan naik atas balik. 
Tak rela nak tengok dengan budak kecil ni.

Puas hatilah meronda malam-malam dengan kapal.
Sambil tu dapat  tengok orang kaut pasir bawa dengan tongkang untuk ke Saigon. Untuk dijual kepada orang yang memerlukan . Contohnya nak buat rumah dan sebagainya.

Selepas dari sini kami ke Pasar Minggu di luar pasar Ban Thanh.
Rata-rata , kiri -kanan orang Malaysia. Macam kat negara sendiri. 
Jurujual pun boleh menggunakan Bahasa Melayu. 

"Mari kak, singgah kak" itu perkataan yang biasa boleh kita dengar semasa di sana.

Ringgit pun diterima . Tapi sedikit rugi kalau kita guna RM. Sebab jika barang yang kita beli harganya US 3 (RM9) kita bagi Rm 10 jangan harap dapat balik seringgit.

Vietnam tak tidur rupanya . Lagi malam lagi happening. 
Orang ramai masih ada di jalanan. 
Kena pula tu nak sambut Krimas. Lagilah meriah dengan lampu-lampu dan pokok krismas. 

Mereka pun mengambil kesempatan membeli belah.
Sambutan Krismas adalah disambut secara besar-besaran  di sini.
Tradisi tinggalan penjajah selama 30 tahun   menjajah Vietnam.











6 comments:

  1. alamak byk tetinggal cite jalan2 akak ni gara2 lama sgt saya tak buka blog. Lepas ni saya baca pelan2 cite jln2 akak ni. Suka sgt baca cite jln2 org lain. Tak dpt pi pun takpe lah asal dpt tengok gambar :-)

    ReplyDelete
  2. sis letak la gambar banyak2..;)

    ReplyDelete
  3. cntiknya suasana malam kat sana.. kiranya ramailah org melaysia jalan kat sana..hehe~

    ReplyDelete
  4. bestnyaaaa....xpernah sampai lg
    ada rezeki nanti boleh gi vietnam juga =)

    ReplyDelete
  5. ha...
    smpai dah boleh cakap melayu!!
    punyalah ramai orang Malaysia shopping kat sana!!

    ReplyDelete