25 May 2021

Cerita anak- anak.


Lambaian  dari ain, mak abah nak balik dah.


 Assalaamualaikum.


Bulan Mei , berkisar tentang anak anak sahaja.


Pertama, anak kedua dah dapat kerja Alhamdulilllah.

Pagi raya kedua kami menghantar ke Terengganu dengan surat kebenaran polis.

Berdebar debar dihati mak, takut tak lepas.

Nak melepaskan anak perempuan buat pertama kali berhijrah seorang diri buat mak tak senang hati. Jauh......... , 7/8 jam dari Perak ke Terengganu baru sampai.

Kami bertolak pukul 8 pagi lebih kurang dengan 2 kereta , abah naik  kereta dengan Ain (yg nak kerja) , mak naik dengan Alia (si kakak  merangkap driver mak abah  masa nak balik nanti) . Sebenarnya masa pergi dan balik dia yang memandu. 



Cerita kedua .

Mak boleh lupa birthday anak dia .

Tengah hari baru teringat nak order kek .

Nasib baik baker  sudi ambil tempahan. 

Siap juga kek hari jadi red vetvet ni.



Red Velvet pilihan  si kakak .

Happy la dapat kek.





Happy birthday 21 tahun dah.
Semoga dalam rahmat Ilahi  sentiasa .

Cerita ketiga.


Shauqi di asrama.

Bila kes covid merebak satu negara, ini lah cara nak tengok muka anak.
Tepi pagar saja.

Tapi  sekarang dah ada di rumah   bila pelepasan belajar di rumah secara  PDPR .

Cerita mak pagi ni.









2 comments:

  1. Sebak rasa nak lepaskan anak berjauhan. Dalam keadaan negara bergelut dengan wabak, hanya tawakkal sahaja kepada-Nya, moga semuanya akan baik-baik saja.

    ReplyDelete
  2. sedap kek red velvet..semoga kita semua dilindungi Allah drpd covid-19..

    ReplyDelete