04 August 2021

KUIH LAPIS RESEPI CIK NOM

 Assalamualaikum 


Gambar Google.



Pagi tadi buat kuih lapis.

Bila Googgle ambil resepi cik Nom sebab sukatannya tak banyak sangat , sedang elok untuk isi rumah yang tak berapa ramai .

Jadi elok tak lembik dan boleh potong makan lepas angkat dari pengukus.

Saya sukaaaa.

Resepinya. 

1 cawan tepung gandum

2 sudu besar tepung beras 

2 sudu besar tepung jagung

2  cawan santan pekat 

3/4 cawan gula 

1 sudu mintyak masak

Sedikit garam

pewarna  citarasa sendiri.


Caranya

1. Masukkan semua bahan  kecuali minyak ( saya campur sekali ) dan pewarna. Kacau hingga sebati.

2. Bila dah sebati dan tidak berketul, asingkan ke dalam mangkuk berbeza .

3 Tambah warna disukai,

4. Panaskan pengukus,  tuang berselang seli adunan mengikut warna yang berbeza.

5. Kukus sehingga masuk.



# Gambar lupa ambil.

5 comments:

  1. Wkmsalam
    Kuih pebret maa kecik2 dulu
    kalau makan buka selapis selapis

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Gambar google tu, kuih sendiri lupa snap...huhu

      Delete
  3. org kg sy pggl kuih ni kuih genggang. dulu, wajib ada dlm door gift kenduri kawin selain telur merah��

    ReplyDelete