Buat Duit

Thursday, June 30, 2011

REZEKI DARI POKOK.

Jambu madu ,kali kedua berbuah lebat pula kali ini.

Shauqi yang ambil gambar ni. Bila dah dapat kamera kat dia, 
sussah nak minta balik.

Mangga , isinya manis sekali. Tapi kali ni hanya dua biji  hu,hu...

Gambar-gambar di bawah ni Si Shauqi yang ambilkan.




Wednesday, June 29, 2011

USTAZ AHMAD B CHE PIN



Ini adalah ustaz kami yang pernah mengajar semasa di sekolah menengah. Beliau juga pernah menjadi warden asrama. Semasa beliau sihat, boleh dengar suaranya tengah mengajar dari jauh walaupun tak pakai microphone. Beliau juga aktif mengajar di surau-surau dan masjid di kawasan sekitar.

Sekarang beliau kurang sihat dan kena buat hemodelisis setiap minggu di hospital. Pada awal tahun dulu ,terpaksa tinggal di ICU selama berhari-hari.  Alhamdullillah, kini tahap kesihatan beliau semakin pulih.

Baru-baru ni , kebetulan berjumpa dengan beliau di pekan Selama. Dapat bertemu dengan beliau secara kebetulan. Ustaz tak keluar pun , dia berada di dalam kereta sementara anak dan isteri membeli barang. Aku mengambil kesempatan bertemu dengannya setelah diberitahu oleh isterinya , Kak Zaharah ustaz pun ada sama. Agaknya jemu berkurung di rumah, teringin juga keluar ronda-ronda. Sekarang ustaz dah kurus.

Semasa berada di Hospital dulu, ramai anak murid datang melawat. Sampai doktor pun heran. Betapa ramainya pelawat yang datang. Mengalahkan Pak Menteri yang sakit. Sebenarnya , kisah ustaz sakit dimasukkan dalam FB . Jadi berita ini sampai kepada ramai kenalan dan bekas murid-muridnya. Tambahan pula masa tu tengah kritikal. Ramai yang datang melawat.

Yang lucunya, kata ustaz , ada bekas muridnya bertanya , Ustaz kenal tak dia ni?(murid perempuan). Ustaz kata tak kenal. Apa lagi meraunglah dia di situ juga. Manalah ustaz nak kenal . Dah berpuluh-puluh tahun tak jumpa. Jumpa 2 tengah sakit pula. Dulu budak sekolah. Sekarang dah jadi mak budak.

Alahai, moral of the story toksah dok tanya kenal tak kenal? Lebih baik tanya kesihatan orang yang kita ziarah. Itu lebih afdal.

Tuesday, June 28, 2011

Safari Indonesia


Kami ke Safari Indonesia pada hari ke 3 di sana . Selepas bertolak dari Puncak.
Safari Indonesia tempat wajib lawat. Berbeza dengan safari di  negara kita sebab binatangnya  lepas bebas. Kita pula yang terkurung. Terkurung dalam bas. Macam Ilama ni sangat jinak. Menanti para pengunjung menghulurkan makanan untuknya.

Selain itu di sini ada juga cable car . Boleh tengok seluruh Safari dari udara. Rp40000 sorang . Tak naik pun . Hari tu dah naik dengan Shauqi dan Wani tahun lepas. Ada juga gerabak ala2 keretapi .Harga Rp 15,000 seorang.Seronok juga .Dia bawa ronda keliling kawasan Safari yang tak sampai dengan berjalan kaki.







Jemu berjalan kaki , boleh try naik keretapi. Sorang kena bayar tiket Rp10000. Masuk gua jumpa berjenis -jenis dinasour dan orang zaman batu tengah masak-masak.



Selepas tu, ada lakonan dengan gajah. Mesejnya supaya kita menjaga dan memelihara hutan dan hidupan di dalamnya supaya tidak pupus terutama gajah Sumatera yang tinggal tak seberapa dah. Pandainya gajah ni berlakon. Bila kena tembak, terus dia baring ala2 kena peluru.

Selain tu gajah 2 ni melukis pada t-shirt dan hasilnya akan dijual pada yang berminat. Cantik juga gajah ni melukis. Ramai yang datang terutama murid-murid Tadika.

Mereka juga memberi penerangan tentang gajah dan serba sedikit cara menjaga gajah. Rupanya , gajah ni ada 5 jari ditangan dan 4 jari di kaki.Setiap minggu kukunya akan dipotong supaya kuku gajah  tidak mencekam isi.

Tengok gajah dah tumbang.

Tshirt dijual kepada yang berminat.


Naik gajah ronda-ronda .Rp150,000. Mahal juga tak jadi naik. kalau 2 orang dah berapa?
Dah dapat beg tangan sebiji.

Kedai cenderahati .

 


lLetih ronda-ronda boleh berehat di sini sambil minum-minum. Ada roti pelbagai rasa.

  Baby carrot banyak dijual di luar untuk kita beli sebelum masuk ke Safari.


Dari Safari terus ke Jakarta. Bermalam di sana 2 malam sebelum pulang ke Malaysia. Panjang pula story g Indon kali ini . Tak habis-habis lagi.
Enjoy the gambar!! Layan je la.

Sambutan 1 murid 1 sukan Peringkat Kebangsaan di Taiping Sabtu ini

Petang tadi ke Taiping, sambil-sambil tu tengok anak di asrama sekolah mereka. Agaknya timing silap, sorang dapat jumpa sorang lagi tidak. Masa kami sampai budak-budak tengah "prep". Si adik-Ain ada di dewan makan tengah study. Tingkatan 1 dan 2 study kat Dewan Makan asrama. Bolehlah kawannya tolong panggil.

Si kakak -Alia sedang berada di sekolah. Ada latihan kompang untuk sambutan 1 Sukan 1 Murid yang akan diadakan di Taiping peringkat Kebangsaan. TPM akan datang merasmikan nanti yang melibatkan 15000 murid sekitar Taiping. Oleh kerana pasukan sekolah anakku ini menang peringkat Negeri jadi merekalah yang akan muncul semasa perasmian nanti.

Tak dapatlah jumpa si kakak. Ingat masa turun nak balik nak singgah ke sekolah jumpa dia. Tup2 boleh lupa. Minggu ni kena pergi tengok lagi lah nampaknya.

Awal-awal lagi dah pesan suruh tengok TV Sabtu ni masa majlis pelancaran tersebut . Tapi sayang, mak pun sekolah juga. Semua sekolah akan mengadakan larian serentak seluruh negara.

Bravo Alia. Eh , betul ke ?

Monday, June 27, 2011

ADA BERANI??



Ini bukan patung ya. Memang rimau betul. Jangan tak percaya. Ada banyak jenis binatang yang boleh kita bergambar kat sini. Ada rimau kumbang, bintang , belang, orang utan. Semua jinak dan manja.

Semua ini ada di Taman Safari Indonesia.

Sunday, June 26, 2011

FAMILY DAY




Seramai 8 keluarga dengan jumlah seramai 66 orang termasuk kanak-kanak berkumpul di KAMC di Yan , Kedah selama 2 hari 1 malam. Pada malam yang sama juga, Jamil Khir datang untuk satu majlis di tempat yang sama.


Untuk ke sini anda boleh klik  DI SINI. Selain Hari Keluarga, pelbagai aktiviti boleh dijalankan  di sini. Sekolah , Jabatan Kerajaan, Syarikat dan sebagainya sesuai mengadakan aktiviti di sini. Selepas selesai di sini kita boleh ke Tanjung Dawai membeli makanan laut dan hasil-hasilnya seperti belacan asli (belacan pun ada asli ke??). Maknanya belacan yang tak bercampur dengan pewarna dan pengawet. Dari sini hanya 15 minit sahaja.




Sebelah malam , kami buat aktiviti bakar-bakar ikan , udang , sotong ,aya, dan sosej. Ini aktiviti wajib sekolah kami.


Budak-budak ni bila nampak kolam berendam tak hinggat dunia. Berjam-jam. Sebab tu ada yang kesejukkan.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah tiup belon paling besar, bowling botol, dan makan tembikai.

Tahun depan ke lokasi lain pula.

KEM KAMC ,YAN.






KAMC CAMP ( juga dikenali sebagai KAMPUNG ACHEH TRAINING CENTRE ) menyediakan kemudahan bersepadu bagi tujuan seminar, mesyuarat, kursus, latihan kecergasan, aktiviti outdoor, summer camp, perkhemahan, jambori, program hari keluarga, acara tahunan persatuan/ syarikat/jabatan dan sebagainya. Di atas tanah kebun di tepi sungai terletak di kaki Gunung Jerai yang menyediakan halangan-halangan semulajadi dan kawasan lapang sesuai bagi latihan rohani dan jasmani.
Hampir dengan air terjun dan akses ke jungle trek yang merentasi kawasan sungai dan bukit dari Titi Hayun ke Gunung Jerai, pastinya sesuatu yang diidamkan para pencinta alam. Hanya beberapa minit berjalan kaki ke kawasan peranginan Titi Hayun, Batu Hampar mahupun Seri Perigi di mana pelbagai aktiviti rimba dan sungai dapat dijalankan.
Berhari minggu , kami di sini. Aktiviti menjayakan Hari Keluarga bagi staff tempat aku bekerja. Dah jadi rutin setiap tahun kami akan memilih satu lokasi untuk berkumpul bagi mengeratkan silatulrahim . 
Banyak aktiviti telah dijalankan bersama gambar -gambar yang terakam . Nantilah akan dimasukkan kemudian. 
Bye. Jumpa lagi. 

Wednesday, June 22, 2011

APA YANG AKU BELI.

 Bila dikira-kira balik , berapa pasang kasut dah balik Malaysia ....sepuluh pasang untuk anak beranak Ini antaranya saja. Bujang dua orang tu nak kasut bola.

Teringin MP3 pula. Kalau beli , kena beli dua.

Masa pergi bawa 3 beg, balik 6 beg you!


Tuesday, June 21, 2011

MASJID AL-TAAWUN

Dari puncak teringgi di Puncak, kami terus ke Masjid Al-Taawun. Masjid yang di kelilingi dengan air gunung. Subhanallah. Cantiknya pemandangan dari sini yang dikelilingi dengan bukit bukau.




Masjid ni dikelilingi dengan air gunung yang sejuk dan mendamaikan. Nak ambil air sembahyang, sangatlah sejuknya. Di sini , sempat bersolat sunat Tahiyatul masjid dan sunat Duha. Alhamdullillah. Allah memudahkan hasrat hati. Sebenarnya , ikut tarikh masa ni sepatutnya tengah uzur, tetapi bulan ni dia datang awal seminggu sebelum bertolak. Bolehlah bersolat di masjid di sana yang kami singgah.


Untuk ke dalam masjid , kasut mesti di letakkan di pondok penjaga. Masa nak keluar nanti boleh  bersedekah mengikut ikhlas hati. Kita kena melintas dalam saluran air ini untuk ke dalam masjid.






Penjual yang berjual di luar Masjid. Rambutnya rambut asli. Boleh test lagi. Tak percaya boleh tarik ye. Lebih lebat /kembang dari rambut David Arumugan Alleycats. Kalau lalat masuk boleh sesat dan terus pengsan. Tapi pemuda ni memang menjadi perhatian. Ramai yang mengabadikan gambar bersamanya untuk kenangan.


Kedai yang terdapat di situ. Kat sini aku beli balm Cap Helang yang sangat sedap bila sakit kepala.

Yang mana satu??




Dua buah novel dah bawa balik. Siapa lagi kalau bukan novel Norhayati Berahim. Hati dah berbelah bahagi. Nak baca novel atau nak baca blog? Dua-dua pujaan kalbu. 

uwaa..

Monday, June 20, 2011

PUNCAK- TAK HABIS LAGI CITERNYE!!

Layan je gambar di Puncak. Gambar-gambar ini diambil selepas keluar dari Hotel Surya Indah menuju ke Jakarta semula.







Bersama biras yang sentiasa vogue gitu-Kak Ila. Kalau dia baca 
mesti senyum sampai telinga.

4 A- Semua  nama bermula dengan huruf A. 
Aziz, Azlan, Azhar dan Aiman.

Bersama kawan baik  -Rapizah



Dari sini kami singgah ke Masjid AlTaawun, Puncak.

Nantilah lepas ni baru masukkan gambar.

Sunday, June 19, 2011

BATIK KERIS-CENDEHATI DARI JAKARTA




Masa ronda-ronda di airport semasa nak terbang pulang ke Malaysia dari Jakarta, tersinggah kat tempat jualan Batik Keris di situ. Batik Keris ini kiranya batik asli Indonesialah. Sebab tu ada dijual kat airport.

Teringin pula  tengok beg punjut ni. Tapi rupiahku sudah licin. Nasib baik ada kawan yang baik hati . Zarina yang tolong bayarkan dulu. Tup-tup , dia kata aku belanja tak payah bayar. Sukanya hati.

Aku dan dia satu sekolah dari kecik sampai Tingkatan 6. Samapi sekarang masih baik dan selalu berjumpa. Pernah mengajar satu sekolah lagi.Tentu hubungan sangat rapat dan mesra. Kalau pergi mana-mana selalu bertukar FM tentunya.



Zarinazatul Haznida (tudung coklat)

Itulah gunanya kawan . Susah senang tak berkira.Sayang dia.

Saturday, June 18, 2011

Selamat Berhari Minggu

Memang sah, sebuah buku boleh khatam tidak sampai 24 jam! Kena pula penulis kegemaran . Memang masa dok boat kerja dok terkenang buku yang tak habis baca tu. Satu lagi buku dah pun baca dulu. Tolak tepilah jawabnya. Tunggu minggu depan pergi pinjam lagi..

Lepas masak tadi terus buat kuih vadai @ masak lodeh.Dah rendam semalaman , kembang elok kacang dal tu. Siap untuk makan petang.


Dari google.

Friday, June 17, 2011

LAYAN NOVEL PULA.

Sejak dua mejak ni kegemaran membaca novel semakin dilupakan. Tak seghairah dulu. Mana tidaknya asyik dok layan blog saja.

Bayangkan sejak tamat tingkatan 5 dulu dah jadi ahli Perpustakaan Awam hingga sekarang. Perpustakaan tu pun dah berpindah ke tiga lokasi mengikut pembaharuan zaman. Boleh kata semua novel  di situ habis khatam. Salah satu sebab pembacaan novel menurun akhir-akhir ini buku dah habis dibaca.

Kadang-kadang baca buku yang dah dibaca . Sampai terlupa tajuk. Kalau macam ni , tutup saja buku. Aku tak ulang lagi untuk kali keduanya.

Selalunya aku baca buku yang dipinjam . Belinya tidak. Kebiasannya tak akan ulang 2,3 kali novel tu. Jadi lebih baik pinjam saja . Setakat bayar yuran RM 5 setahun apa salahnya.

Agaknya boleh bagi anugerah sebagai ahli yang paling lama kut.

Bukan kat satu pusat sumber,jadi ahlinya tapi dua. Satu kat kampung. Pusat Sumber Desa.

Tup-tup singgah pada minggu lalu, wah terbeliak biji mata bila tengok novel-novel baru tersusun di rak. Nak-nak pula penulis kegemaran. Dari Alaf 21, NB Kara dan sebagainya.





Tadi singgah sekejap. Dapatlah pinjam dua buah novel Norhayati Berahim. Harap-harap dapat habiskan secepat mungkin.

Mesti kena ulang pergi selalu lepas ni.