07 March 2014

Nasi goreng Amerika di Hadyai


Aiman punya .

Nasi goreng Amerika , sepinggan 9.90 baht kalau tak silap.
Masa kami di Hadyai Disember tahun lepas , Transit sebelum ke chiangmai. Orang Siam sebut Hadjai .
Kebanyakkannya kami menjamu selera di Restoren Salma.

Harga yang lebih rendah daripada Restoren Hamid mungkin salah satu faktornya.
Namun , malam setibanya kami dari Chiangmai dah malam tapi belum sampai 9 , restoren Salma dah tutup.
Terpaksalah kami bergegas ke Restoren Hamid juga.

Antara kedua restoren ini, Restoren SALMA buka awal .Pukul 8 pagi dah mula operasi tapi tutup awal.
Restoren HAMID pula buka lambat tapi tutup lewat.

Satu lagi restoren Kelantan lokasinya belakang Hotel Lee Garden. Tapi kami tak pergi masa tu.





10 comments:

  1. Assalamualaikum dan salam singgah sabtu...sedapnya nasi goreng Amerika tu...tapi macam mahal...hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. makanan kat siam , macam tulah . kalau nak cari yg murah takut tak halal pula.

      Delete
  2. Antara hamid dan salma mmg jm pilih salma ketika ke sana dulu sbb lebih murah :-)An

    ReplyDelete
  3. sebab murahlah salma jadi pilihan kami juga

    ReplyDelete
  4. SUSAH KE NAK JUMPA RESTORAN MAKNAN HALAL KAT SANA?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak banyak , yg tahu 3 saja. salma , hamid dan kelantan tulah.
      tapi kat pasar malam dia banyak juga penjual muslim.
      boleh beli pulut mangga/ durian atau udang , sotong goreng

      Delete
  5. nampak cam nasi goreng biasa jer... cuma sebab ada salad + hotdoc kot sebab tu jadi Amerika kat belakang tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa nasi goreng dia biasa2 saja...aksesori saja gempak

      Delete
  6. Salam Nieda..ada masa dan rezeki nak jugak jalan jalan cari makan Hatyaii...dekat sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu nekcik...jalan2 cari makan.
      naik bas pun sampai.

      Delete