10 January 2015

Hadyai - last part.

Cerita Hadyai lagi  , walaupun pergi semalam tapi cerita bermalam-malam...... eh .

Mari kita sambung....

Pagi-pagi pada hari kedua di Hadyai , kami bersiap awal . rugi berlama-lama di dalam  bilik hotel takut tak sempat nak cover satu Hadyai maklumlah tak lama bercuti di sini. 

Bersiap semua kami pun turun cari sarapan pagi. Sebelum tu , call bilik sebelah ( kawan saya )dulu siap ke belum? Rupa-rupanya  suami Pizah , Hamzah tak lena tidur sebab Hilux dia terpaksa parking di luar hotel. Parking hotel kecil sangat  tak muat untuk semua pelanggan..... terpaksa letak  di tepi jalan . Sanggup dia bangun tengah malam pergi turun check kereta dia. 

Ok....semua dah keluar bilik , kami pun menapak ke Restoren Rohana Tomyam sebelah kiri hotel . Dekat  saja , tak sampai 10 minit dah sampai .


Siap makan semua , kami dibawa oleh En Ramlee (egen travel) ke kedai -kedai aksesori kereta. Tak cukup semalam sambung lagi hari ni bapak-bapak driver kami tu.
Dah berkenan barang  di sini tapi tak ada stok  kena order  pula.
Jadi terpaksa dilupakan cari kedai lain.

Kedai pertama yang kami singgah.

Jadi untuk memuaskan hati kaum wanita dan pria, maka  kami minta dihantar ke Nora Plaza.
Pergilah kaum bapak-bapak mencari idaman hati.....eh kereta sajalah.

Dekat saja dari kedai pertama tadi, pusing-pusing dah sampai.
Turun saja kereta, kami diberi kad diskaun 20%. Peganglah kad tu, sehingga kita nak membayar baru serah pada cashier.

Nora Plaza. 
Dalam ni saya beli kasut dari kulit kambing.

Nasib baik kami di sini , hujan punyalah lebat. Memang tak boleh ke mana kalau kami tak ada tempat berlindung. Anak-anak dah start baca novel sebab ada disediakan kerusi untuk pelanggan duduk.
Berjam-jam kami di sini sambil menyopping dan menunggu bapak-bapak selesaikan kerja mereka.

Di Nora Plaza , terkenal dengan barangan kulit , kasut, tali pinggang, topi, dompet, batu permata , ubat-ubatan, cenderamata  dan sedikit kain baju dijual.

Dari Nora Plaza , kami ke Ice Dome.
Tapi malangnya Ice Dome in renovation, tak boleh masuk. Ice Dome ini best juga sejuk macam oversealah juga. Bayaran masuk 300 baht seorang dan diberi baju sejuk.

Masa mak pergi dulu , klik di sini  ICE DOME  .

Tak bestnya rasa... kesian pada anak-anak tak dapat merasa macam mana mak rasa dulu.
Tapi masa tu dah tengahari kami pun fikir kita makan sajalah di restoren di atas bukit dalam kawasan Ice Dome juga. Nanti takut tak jumpa restoren halal pula susah pula. 

Tengah pilih makanan.


Ain dan Nasi+ ayam percek.

Pizah dan anaknya.
Set ulam-ulaman akan diberi percuma penuh meja macam ni.
Kenyang perut suka hati.

Final toach, kami singgah di Central Festival mall yang besar di Hadyai.
Tapi barang memanglah mahal .Macam harga di Malaysia juga.jadi cuci mata sajalah.

Ain , Alia dan shauqi.

Motor besaq..

Selesai semua kami pun bertolak ke sempadan , hari pun dah petang.
Sampai di border dah maghrib .

Sebelum tu dalam perjalanan kami singgah solat Asar di masjid  ini. 
Saya sempat mandi , nasib baik mandi sampai  di rumah hampir jam 2.30 pagi!


Masjid ini sangatlah cantik, bilik air dan tandas bersih. banyak pula tu....
Ada juga disediakan wakaf , kerusi meja untuk berehat dan lanskap yang dijaga .
Terletak di sebelah kiri ke sempadan keluar.
Saya tak ambil nama pula ....kalau tak silap di Sadoa.

Sampai di Danok kami singgah beli beras  dan pulut susu dan sedikit jajan.
Kedainya ke dalam sikit dari jalan besar dan jurujualnya muslim.
Bestnya barang-barang nya murah, kacang tumbuk RM2 saja. Saiz yang sama di kedai Pak Ali Jeruk madu RM 4 . 
Jangan marah Pak Ali haaa...

But not me in frame ye...

Saya tak nampak toto di atas kepala tu sebab asyik memilih jajan murah.

Best, best, muroh, muroh...
Pek yang kecik-kecik tu semua RM2.

Sampai Danok harus cari pulut mangga .
memang tak menyesal beli pulut mangga makcik ni...terbaik.
Manis , lemak semua cukup. 
Menyesal beli satu tak cukup....
Harga RM6.

Dia jual pulut ayam juga.

Cukuplah di sini  , ke Hadyai 2 hari satu malam saja bercerita makan tahun.
Masa di border nilah suami saya  dan   Pizah kena pau RM4 dek imigresen  Thai tu. Suami saya tak ada duit Malaysia (habis beli besi Ford)
Nasib-nasib.
Namun semua menjadi memori manis semasa berjalan di tempat orang.

Jumpa lagi...


25 comments:

  1. Huh! Kasut kulit kambing... Menarik jugak tu...

    ReplyDelete
  2. Banyak juga pengalaman walau hanya untuk 2 hari 1 malam perjalanan... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh lah....tapi tak sempat nak teroka night market area lee gardens

      Delete
  3. Sedapnyaaa nmpk ayam utk pulut tu...nyummm....dh lama teringin nk roadtrip ke hatyai ni tp smpi skng ni xterlaksana lg..huhu

    ReplyDelete
  4. wow...pulut mangga...fav saya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ke sana meng tak lupa beli pulut mangga

      Delete
  5. Short trip pun dah ok....2 mlm mesti dpt cover semua.

    ReplyDelete
  6. Pulut mangga feveret kak zai tu.
    Kasut dari kulit kambing tahan lama sebab berkualiti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pulut mangga tu fevret saya jugak.
      Nak sikiiitt..

      Delete
  7. bestnya jenjlan nieda, bila lah kaknoor nak merasa ni

    ReplyDelete
  8. Terima kasih yg singgah di sini.saya tak berkesempatan lagi buat kunjungan balas.minggu ini minggu exam bagi satu subjek lg.doakan saya mudah menjawab dan tak gabra dlm dewan . Bila semua sudah selesai saya akan berkunjung ke blog teman2 semula.

    ReplyDelete
  9. =) salam singgah!

    hehe.. kalau dah name lelaki.. mesti kerete yang dirisaukan... same macam ayah luna, kalau pegi jalan mane2 kalau boleh kerete mesti nak kne nampak dari tingkap hotel (kalau incase kne parking tepi jalan).. hehe..

    alamak... terliur la pulak tengok pulut mangga tu... >.< makan sticky mango kat absolute thai, tapi mcam tak memuaskan.. sikit sangat portion, tak setanding harge..

    ReplyDelete
  10. yg bakar2 tu serius sedapppp dlu time dok kt uum hari2 dok makan ;p

    ReplyDelete
  11. trip dulu pun JM ke Nora Plaza ni...lama pusing tgk handbag yg cantik2 tu tapi tak beli pun...last2 beli kasut sepasang

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha...jadilah sepang kasut buat tanda dah sampai kat nora kan?

      Delete
  12. apasal lah muka yg menghadap ulam tu kelat sangat... penat ker? tapi Hatyai best kan... syurga makan2 tu... toleh ke mana pun banyak muslim bukak kedai makan... saya pun pegi satu malam jer tapi cuma shopping ngan makan jer

    ReplyDelete
  13. Kat Vietnam pun lebih kurang gitu juga Nieda... Masa kat Imigresen jangan tunjuk/pegang purse dan kalau beli barang banyak elok separated-kan... takut bila dia tgk kita banyak membeli maknanya kita banyak duit... nanti sengajalah depa melengah2kan pemeriksaan... so faham-faham jelah maksudnya.

    Lebat jugak tangan cik kak yg jual pulut mangga tu... heheheh

    ReplyDelete
  14. Seronok shopping kat Hatyai...barang2 murah. Memang berkilo beli kacang gajus kalau ke sana...

    ReplyDelete
  15. tu br smpi hatyai kalu smpi ke bangkok cm ne plak ye ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sure kematu montot.....berjam 2 dgn bas@ kereta

      Delete
  16. macam best nya dengar Pulut Mangga...sure murah je kann.

    ReplyDelete
  17. Dah lama x makan pulut mangga.
    Ermmm sedapnya.
    Terbayang keenakannya.

    ReplyDelete
  18. Owh...sang kumbang semua tu biarkan depa dengan kereta.
    Sang bunga wajiblah menyoping.
    Dah pi jauh, x sah lah kalau x nyoping.

    ReplyDelete