27 June 2015

Ronda-ronda Kota Hadyai

Mari kita sambung kisah ke Hadyai cuti sekolah yang lalu.. 
Sebenarnya plan awal , kami akan terus ke Phuket dan Krabi dari Hadtyai dengan berkereta dengan keluarga abang ipar. Tapi  tak jadi  , adalah penyebabnya. Jangan sedih-sedih lain kali kalau ada rezeki kita boleh try lagi.

Makanya pada 10 Jun yang lalu, bertolaklah kami dengan berkonvoi dua buah kereta. 
Pukul 9 dari rumah, singgah sekejap di UUM tengok anak , Alia  dan makan tengahari di Cafe di situ. Sebelum sampai di UUM , kami dah siap-siap singgah buat insuran kereta untuk Thailand di Changlon.  Ini wajib kena ada untuk yang bercadang nak berkereta ke Thai. Tak mahal pun  dalam RM14-RM16 sahaja.

Selepas selesai semua ,  kami pun terus gerakk masuk sempadan. Dari Changloon tu memang dekat sangat untuk ke Danok . Rasa-rasanya tak sampai 15 minit dah sampai sempadan Thailand.
Kali ini bawa anak-anak lelaki pula , sebelum ini anak-anak perempuan dah ikut pada Disember lepas
.
Nak buat macam mana kakak-kakak tengah exam week.
Mak pun....sehari sebelum bertolak  selesai satu  paper.


Kami tiba agak awal, masih cerah. Senang nak cari hotel. Kami menginap di Hotel Residensy di tengah-tengah Hadyai dekat Lee Gardens Hotel(Hotel yang kena bom dulu).

saya kongsi harga di sini..... bilik standard harga semalam RM120 tanpa breakfast.
Kalau dapat pun mesti tak makan ....maklumlah hotel Siam.Takut tak halal pula.
Hotel yang selesa dan bersih. Ada kolam renang buat budak-budak tu hilangkan ketagih mandi kolam.Tempat parking kereta pun ada disediakan. Maka tuan punya kereta boleh tidur lena.

Untuk makan malam kami makan di restoren Salma di hujung kiri hotel. Berjalan kaki dalam 15 minit . Selepas lalu depan Restoren Hamid  (Dari RH  dah nampak) lintas ke kanan . Terus boleh jumpa kedai tu.

Bila perut dah kenyang, kami pun bercadang ronda-ronda Hadyai dengan tuk-tuk.Bagi anak-anak merasa.Tuk-tuk  kan Trademark Thailand. dapat merasa naik sekali pun oklah. Kawtim-kawtim dapatlah harga 200baht untuk 11 orang kami  semua. 

Ambil angin malam-malam.

Jalan yang penuh dengan sayur-sayur .
Macam wakaf cek yeh Kota Baru  .
Ada sayur tengah dipaking dan ada yang dibawa naik lori.
 Sibuk sekali.

Masih di lorong yang sama.

Depan Lee gardens Hotel.
Kami jamu mata saja  tak beli apa-apa pun.Beg buatan tangan yang tergantung tu berharga 350 bath.
Harga semakin tinggi berbanding masa sampai kali pertama dulu.

Jualan kraf, rantai ..

Tengah fikir nak ke mana lagi ?Area Lee gardens..

Ini gerai yang selalu masuk blog. Gerai ini yang jual udang besar-besar.
Udang yang 5 ekor tu besar lengan budak kut!
Gerai ini halal...boleh beli.
Tapi , nak makan siaplah duit dalam RM 30-40 sekoq.
 Bila kita nak beli dia akan panaskan semula.
Ada , sotong , ayam goreng  dan puyuh goreng juga.Gerai ini juga ada jual pulut mangga dan pulut ayam. Atau nak makan dengan puyuh atau udang pun boleh.

Pun jual udang goreng ...tapi tak banyak macam gerai yang di atas  tadi.
Ini pun halal juga.


Gerai ini jual seafood.


Last ...jangan dilupa. Beli juga pulut mangga satu untuk melepas rindu.
Rupa-rupanya tak cukup.Anak-anak lelaki saya sukaaaaaaaaa.........berebut dengan depa pula. 
RM 5(50 baht) dengan sebiji isi mangga dan sedikit pulut.

Dan esoknya , bermula edisi mengulang beli pulut mangga berkali-kali oleh anak bujang saya dan sepupu-sepupunya.

Laaa...suka rupanya.







19 comments:

  1. salam ramadhan..besarnya udang sebesar lengan budak? udang sangkar ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Udang di thailand tak tahulah dibela atau liar

      Delete
  2. sama je ngan orang utara kan...mangga pulut, durian pulut,pulut ayam..

    ReplyDelete
  3. pulut mangga kat Thailand memang best..

    ReplyDelete
  4. Kak zai belum sampai Thailand lagi. Bila baca N3 nieda macam mudah aje pergi. Cantik beg2 yang dijual boleh buat ole2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam 2 design beg di sana.cantik dan menarik

      Delete
  5. Udang besar tu goreng tepung ke?

    ReplyDelete
  6. mahal bleh tahan hrga udang tu ye...
    eh seram tak kak dok hotel sebelah dgn hotel yg pernah di bom tu ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahal ....Tapi kalau dapat mau senyum sampai telinga

      Delete
  7. Kalau ada geng nak iugak konvoi ke hadyai ni..mcm best jer....oh udang goreng...yummmy yummy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom..Hari tu abang ipar jumpa kawannya di haadyai.Tapi kawannya naik kereta api dari Kl

      Delete
  8. Besarnya udang.. :D
    Salam kenal sis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang besar udang tu...terima kasih singgah dan salam ukhwah

      Delete
  9. Beli udang besar tu seekor lepas tu panggang sendiri Nieda:)
    Mangga pulut juga mesti ada kan di sana.

    ReplyDelete
  10. Pulut mangga wajib beli bila ke sana..Sedapnya dgn lemak manis ...huhuhu

    ReplyDelete
  11. Aduiii.. Teringin betul nak ke Hadyai.. Tapi lum ada rezeki nak sampai...

    ReplyDelete
  12. Sedapnye...saya pun suka pulut mangga.
    Tapi, xjumpa pun kat sini.

    ReplyDelete