29 November 2011

27 November 2011

Selamat Bertunang Noor Atiqah dan Taufiq





Saya tempah cup kek ini dari Naza Isma sebagai hadiah pertunangan kepada anak sepupu ayah (Mak Piza) saya. Sebagai tanda ingatan saya kepada ibu saudara sepupu saya ini.

Masa saya bertunang dulu, saya mendapat berbagai kek dan barang-barang yang akan diberi kepada pihak tunang saya.  Eh...sekarang dah jadi suami. Rasanya sangat banyak sampai lebih  30 dulang hantaran . Ada yang bagi kek, coklat , kuih-kuih lama, bauhulu ikan , buah kana yang dibalut dengan plastik warna hijau/ merah dan jadilah anggur sejambak. Saudara-mara ni masing-masing berbesar hati nak menghulurkan sedulang dua sebagai hantaran .Jadi bertambah banyaklah hadiah untuk sebelah suami saya masa tu.

Barang yang saya sendiri sediakan juga dah ada. Seperti  baju melayu , sampin songket, minyak wangi dan lain-lain tu. Masa tu tak adalah nak bagi ipad, telefon atau benda canggih-canggih seperti sekarang. Hanya barang -barang biasa saja seperti selalu orang dok bagi masa tu.

Istimewanya , masa tu ialah coklat (kecil-kecil)yang digubah menjadi rumah kampung yang dikelilingi dengan pokok-pokok . Pemberian dari Mak Piza ni lah.Saya ingat sampai hari ini . Orangnya sangat berseni. Hantaran tunang anaknya pun dibuat sendiri.

Barang hantaran yang digubah sendiri.

Terkenang zaman dulu-dululah pulak aihh!

Perabut Jati dari Jepara.

Ini kisah perjalanan suami saya ke Jepara bulan September yang lalu .


 Pintu gerbang masuk ke kota Jepara Kota Ukir. Tempat yang terkenal  di Indonesia dengan seni ukir perabut. Perabut dari Jepara inilah yang dibawa ke Malaysia untuk dijual kepada kita pula.Harga sudah tentu jauh berbeza bila sampai di sini.



Lagi pintu gerbang .


Di tempat pembuatan perabut jati. Cantik sungguh ukiran pada sofa ini. Kalau dekat teringin juga bawa balik satu.


Sofa yang dah siap. Kalau di sini mahu harga 4-5 ribu.
\
Lihat ukiran pada bidai kayu itu. Halus dan berseni.

Kredit gambar pada cikgu Zahari.

Eh!





Lokasi  :  Pusat Sains Wilayah Utara , Alor Star.

25 November 2011

Doa Awal Tahun dan Akhir Tahun Hijrah

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
Berikut adalah Doa Akhir Tahun
doa-akhir-thn0.jpg
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.
-
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
Berikut adalah Doa Awal Tahun
doa-awal-thn0.jpg
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Berkongsi ilmu dengan semua yang sudi.  

Salam Maal Hijrah 1433



Baru lagi terasa kita menyambut tahun baru Islam. Baru saja terasa membaca doa akhir tahun dan awal tahun. Esok dia datang lagi.

Sekejap saja masa berlalu. Tak terasa sehari bertukar minggu dan akhirnya berubah tahun.

Yang pasti umur kita turut bertambah. Bersediakah kita untuk dihisab?

Masjid Terapung Batu Feringgi

Di sebelah utara , inilah satu-satunya masjid yang dibina  di dalam laut.Salah satu lagi masjid yang  mempunyai ciri begini ialah Masjid Nur Zahirah di Kuala Terengganu. Senibina yang tersendiri menjadikan masjid ini menjadi tumpuan pelancong.





Namun bilangan bilik air dan tandas yang sedikit menjadikan jemaah yang singgah kurang selesa. Terpaksa berebut-rebut untuk masuk ke tandas.

 Saya yang dah dua kali singgah , kedua-dua dengan rombongan menghadapi masalah ini. Dalam satu masa banyak pula rombongan yang singgah selain kami. Masa itulah perit sikit.Pandai-pandailah kalau nak melepaskan hajat. 

Bagi yang nak mengambil air sembahyang tiada masalah sebab banyak pili disediakan. 

Berada di balkoninya , terasa angin laut bertiup tanpa henti.Damai melihat panorama alam dari balkoni mengadap laut.



Budak kecik belajar pakai pelikat

Pizza Hut vs Domino



 Ambik ko, satu kotak air epal ti RM 8++. Dua kotak pula tu.

 Anak dara kami.

10 kali lebih sedap makan Pizza Hut.

Ini kali pertama singgah di Domino's Pizza. Cawangan yang baru buka kat sini. Teringin juga nak try.

24 November 2011

Puncak

Wah...dalam tak tahu nak letak gambar apa letak gambar di Bukit Bendera dalam entry yang terdahulu. Klik Di sini. Pagi tadi dalam nak keluar ke klinik sempat lagi post entry . Sebab tu diam seribu bahasa . Entry tanpa kata-kata.
.
Liena  , Wahida dan Acik Erna tinggalkan jejak nak tahu Puncak mana? Terima kasih bagi semua yang singgah apa lagi yang baik  hati tinggalkan jejak. Saya sangat hargainya.

Sekarang layan gambar di PUNCAK , Indonesia beberapa bulan yang lepas.



Pandangan dari Masjid Attaawun.

Jalan raya  menuju ke Puncak.

Perjalanan ke Puncak melalui Bogor dahulu.

Masjid Attaawun . Sangat sejuk di sini. Angin sentiasa bertiup menghembus pipi. 

Dari Bukit Bendera terus ke Puncak ,Indonesia.

23 November 2011

Pandangan dari Puncak

GIVE AWAY TUPPERWARE SHIKIN


KLIK SINI UNTUK JOINT
Tarikh tutup : 30 November 2011

CARA-CARANYA:-

1. Korang kena jadi follower blog ni dulu.
2. Korang mestilah bukan ahli tupperware kalu dah join ahli kiranya tak layak la nak join GA ni yer. (tak baik tipu2 tau..berdosa). Tapi shikin yakin..korang semua jujur orgnya..
3. korang kena Email/PM(dalam FB shikin ye) alamat dan nama penuh korang.(bila terpilih sebagai pemenang ye)
4. Korang linkkan blog shikin ni dalam dalam FB korang atau Blog korang..tau tag dalam FB pon boleh..
5. Camtu je la syarat2nye.. yg penting jadi follower ye..sebab pemenang akan di undi dari situ..



Best hadiah GA Shikin ni.Tak rugi joint. Harap-harap ada tuah menang Tupperware.

BUN COKLAT RICE


Rasa nak makan roti perasa coklat pula hari ni. Semalam dah skodeng dapur  Niezza nun jauh FINDLAND. Kalau nak resepi klik  Findland ye. Terima kasih  kepada Niezza  dan Ros jintanmanis  pakar buat roti tu . Roti saya taklah secantik roti Niezza tapi tetap maintain gebuss. Jangan marah ya, tak tipu punya.Memang  resepi  roti  ini terbaik punya..

Patern nilah yang senang pun.

Selalu buat roti putih , hari ni ubah selera dengan rasa coklat pula. Si Shauqi tak sabar-sabar nak rasa. Asyik menunggu tepi meja.

Untuk makan sendiri  anak beranak.

Tak sempat nak penuh tupperware, asyik hilang saja seketui -seketui.

22 November 2011

BaNJIR

Bila hujan lebat setiap hari, air bertakung seperti tasik di depan rumah.  Budak-budak dok mandi manda seperti berpesta. Ada yang datang dari kawasan perumahan yang lain pun ada. Anak sendiri apa lagi. Dah depan rumah.

Nasib baik tak melimpah ke jalan.

Kuih ketayap




Petang tadi buat kuih ketayap untuk makan petang. Inti dah ada lebihan yang makan dengan pulut inti hari itu.
Petua nak kulit dia lembut ialah campurkan dengan sebiji telur ke dalam adunan.

Dulu rajin juga buat kuih ketayap tapi kulit keras rasa tak syok bila makan. Adunan kulitnya juga tak melekat dengan kuali. Apa lagi kalau guna kuali yang tak melekat itu. Lepas itu mula tanya orang sana sini nak tahu kuih ketayap jadi  lembut.

Saya tak ada  sukatan. Hanya pakai agak-agak saja. Tepung, air , perwarna dan telur. Terus blend . Adunan pun cepat sebati dan menjimatkan masa.Lepas tu lenggang atas kuali. Pastikan jangan cair atau pekat.

21 November 2011

HARIMAU BAHAM GARUDA

Anak bujang 2 beradik dah pandai menjerit-jerit bila bola masuk gol. Apa lagi yang berentap semalam pasukan negara. Mujur pasukan negara menang cantik mengalahkan 4-3 Indonesia. Syabas dan tahniah.

Hari ni bertukar corak.  Tak pernah lagi entry  keluar pasal bola. Tapi semalam benar-benar memberi impak. Masa awal tu tak tengok lagi perlawanan.Dok melayan blog. Maklumlah beberapa hari  lalu modem rosak. Anak-anak saja yang menjerit-jerit memberi sokongan. 

Dekat nak habis baru tengok sekejap. Masa penalti dan Apek menolak bola keluar. Cantik. Di situlah baru rasa syok tengok bola. Dengan sendiri semangat Malaysia tu datang sendiri.

Tahniah untuk pemain Malaysia dan jurulatih. Anda semua membanggakan negara.


GIVE AWAY KEMERIAHAN RAYAKU- NAZA ISMA 2ND GA


Klik banner untuk joint


Apa yang anda perlu lakukan?

1. Buat entri bertajuk 'Give Away Kemeriahan Rayaku'
2. Letakkan gambar2 suasana anda menyambut Aidiladha yang lalu.Wajib ada satu gambar hidangan raya anda.
3. Link kan entri tersebut dengan blog nazaisma.
4. Wajib jadi follower blog nazaisma.
5. Bila entri telah selesai dibuat, sila tinggalkan jejak anda di ruangan komen.



Semasa majlis Korban hari tu. Kuih raya tak banyak.Makanan utama hari tu laksa dan nasi.


Sanak saudara dapat berkumpul di hari raya. Bukan senang nak jumpa ni. Setahun sekali pun susah bila duduk jauh-jauh.

Best juga hadiah yang Isma sediakan. Jom cepat-cepat joint GA Isma ni . Tarikh tutup 2.12.2011 , masih panjang. Ada masa lagi.

Yasmin Aris 1st GA



Klik banner kalau nak  JOINT

Tarikh tutup: 19 Disember 2011

Syaratnya :


1.    Wajib FOLLOW bLog ni duLu, dan LIKE Facebook Page tu skaLi yee :D HAHA .

2.    Dahh ? Trime kasih :) :P Then, korang jz perLu buat satu new post.
DaLam new post tu kena ade :
·          TitLe yg bertajuk “Yasmin Aris 1st GA”
·          Copy semua syarat-syarat GA ni .
·          Jangan Lupe Letak gamba kat atas tu skaLi .
   (Tekan gamba, right cLick, save as & upLoad kat dLm entry korang)
·          Gambar tu mesty Lah di LINK kan kepada entry ini .

3.    Fahemm ? Hihi :) Seterusnyee, tinggaLkan Link entry yg korang dah pubLishkn tuu kat ruangan komen bawah nii . Dah siapp ! :)

4.    Ok, ok .. GA ni akan dibataLkn kLu penyertaan tak Lebih dari 10 orang . Huhu T-T
So, join Lah beramai-ramai yee ! kite sukee . Hii 

5.    Tarikh tutup : Sabtu-[19 DISEMBER 2011] Lambat Lg kan ;P ade mase nk join .  Jom jomm !



C& P  saja  ni.

5A dalam tangan

 PASANGAN KEMBAR EHSAN (BAJU HIJAU DI SEBELAH KIRI) DAN IMAN  (BAJU MERAH) KANAN  . SORANG DAPAT 5A DAN SORANG LAGI 3A.

Tak jumpa pula gambar Ehsan dan Iman yang sorang-sorang.


5A -  NUR AFIFAH ILYANA BT NOR AZLI


4A - NUR SHAWATI BT SHEH ISMAIL

Pelajar yang berjaya mendapat 5A dihadiahkan talipon bimbit  NOKIA sorang satu oleh YDP PIBG Tuan Haji Abdul Mutalib. Sukanya mereka dapat hadiah h/phone.Terima kasih Tuan Haji.

Dari google. 

Afifah dapat merah, Ehsan dapat putih.

Sekolah kami juga mendapat Lonjakan Saujana  pada tahun ini. Tahniah semua warga SK RTBK.

20 November 2011

Menara Alor Star


Jangan pandang sebelah mata ye.Kalau sesiapa yang tak pernah naik Menara Alor Star, mesti cuba pengalaman di awan biru . Walau pun ia tak setinggi Menara KL tetapi pengalaman berada di atas sana sangat berbaloi. Dengan tiupan angin yang bertiup...sangat asyik berada di puncaknya.


Ada kedai cenderamata di atasnya. Dapat 3 cenderahati untuk guru-guru pengiring.
Keychain dan gula-gula sebagai tanda mata.


Ada teropong . Boleh skodeng sampai ke bumbung rumah orang kat bawah.

Dalam lift bercermin yang dapat melihat pandangan di luar.

Layan makan maggi cup ...dah lapar .

Sesiapa ke Kedah musim cuti sekolah ini tak rugi kalau singgah di sini bersama anak-anak.

19 November 2011

Dah boleh online .... yehh!

Modem baru dah mula beroperasi.

Dapat free ... mouse wireless.

Hari ni boleh mula rewang-rewang dah .