Pagi-pagi lagi mak tok dah menalipon nun jauh dari Johor mengingatkan maknya Shauqi , hari ni 26 Ogos hari ulang tahun ke 4 Shauqi.
Gambar terbaru raya 2012 -Ahmad Ikhwan Shauqi dan Batrisya
Mak bukan lupa tapi tak perasan. Maklumlah masih mood raya.
Lepas tu abah pun sibuk tanya , Shauqi nak hadiah apa? Tapi yang menjawabnya ramai. Mak, kakak dan abang-abangnya. Ada yang sebut nak Pizza Hut, nak kereta kontrol haih...macam -macam lah. Tapi Shauqi kata nak
chewigum(ceklat getah). Buat lawak sungguh Shauqi ni. Semua orang gelakkan dia.Takkan nak hadiah tu saja kut. Orang lain yang tak kena mengena pun minta hadiah yang lagi best.
Bukan apa sebab dah terbiasa dengan abah yang selalu beli
cokelat getah banyak-banyak buat umpan masa nak naik kapal terbang supaya tak menangis dalam flight. Last last sekali dia sebut nak raksasa. Hahahah....dia kena gelak lagi.
Petang tadi, masa balik dari hantar kakak-kakak ke asrama singgahlah ke kedai nak beli raksasa macam yang dia nak.
.
.
.
.
.
.
Inilah raksasa yang dia pilih.
Inilah raksasa yang menjadi hadiah Shauqi tahun ni. Dia yang pilih sendiri. Ingat ke Utraman ke.....?Rupa-rupanya benda ni. Apa-apa pun tak apa asalkan dia gembira.
Tak sempat main lagi. Shauqi tertidur dalam kereta sampai ke rumah .Pagi esok lah main.
Doa mak dan abah semoga Shauqi membesar dengan sihat . Belajar rajin-rajin .Patuh agama dan mendengar nasihat mak dan abah serta menjadi anak yang soleh , berjaya di dunia dan akhirat.
Amin.