Buat Duit

Friday, December 30, 2011

Selamat tinggal 2011 , Selamat Datang 2012




Mengira detik hanya beberapa jam untuk kita mengakhiri tahun 2011. Segala memori yang berlalu akan menjadi satu sejarah kenangan. Ada sedih  , ada gembira , ada duka ada suka.

Sedih pula mengingatkan tahun yang berlalu pergi dan tahun baru akan muncul tak lama lagi. Masa cepat sungguh berlalu. Pejam celik pejam celik habis masa seminggu , sebulan dan dah setahun. Orang tua semakin tua. Kanak-kanak akan menjadi remaja, remaja akan menjadi dewasa. Dan seterusnya.

Tahun baru  menjelma bermakna umur juga bertambah. Seperti kata Jamal Abdillah pagi  tadi di Suria FM.  Cukup ke bekalan kita ? Sampai masa kita kan dijemputNya. Kalau ingat lubang kubur memang kecut perut sekejap.

Semoga hari yang mendatang akan membawa sinar bahagia untuk kita semua.

Thursday, December 29, 2011

MENARA TAMINGSARI, MELAKA.






Pertama kali melihat Menara Tamingsari di depan mata. Pada sangkaan awal saya menara ini seperti Menara Alor Setar. Rupa-rupanya meleset sama sekali. Kedua-duanya berbeza.

Pelawat Menara Alor Setar naik ke atas dengan menaiki lif untuk ke atas.

Di dalam lif yang boleh nampak bandaraya Alor Setar dan kawasan sekitarnya.

Tetapi di Menara Tamingsari , kita duduk di kerusi di dalamnya dan  naik secara berputar ke atas. Sesungguhnya fakta ini baru`saya ketahui . Kesiannya .

Bahagaian Menara yang bergerak secara berputar.

Namun bayarannya RM 10 seorang terasa sangatlah mahal. Tambahan pula  kepada rombongan kami seperti satu gerabak keretapi maka keinginan untuk merasa naik  Menara Tamingsari ini terpaksa dilupakan.


Wednesday, December 28, 2011

Hadiah dari CheqSue dah sampai



Balik dari meeting tengahari tadi ada  bungkusan atas meja. Mesti hadiah dari CheqSue kut. Bila belek-belek memang sah. 

Ingat tak dapat dah. Maklumlah sebelum cuti sekolah lagi GA ni. Sekarang dah nak habis cuti memang rasa tak ada harapan dah. Tapi ....kalau dah ada rezeki tu hadiah sampai juga. Alhamdullillah.

Apa hadiahnya?? Mari kita tengok.


Ada: 
1. FM dari Cameron Highland
2.Keychain
3. Acuan puding/ agar-agar
4. Straw yang cantik


Jari sapa tu ????

Sesiapa yang nak ke blog cheqSue bolehlah mendapat resepi yang sedap dan enak untuk dicuba.
Keputusan GA yang saya menang ada DI SINI.

Terima kasih yang tak terhingga buat Cheq Sue yang telah mengirimkan hadiah kepada saya dengan selamatnya. Suka sangat dapat FM . Koleksi FM saya telah bertambah.


Bye! 

Layan Laksa di malam buta.

Selalu orang makan laksa siang-siang , tapi kami makan laksa malam-malam.



Siang tak sempat nak masak sebab hari ni dah mula meeting  nak mulakan sesi persekolahan 2012. Esok pun meeting lagi. Makan laksa memalam boleh bertambah 2,3 pinggan kira oklah tu kan.


Sebenarnya buat laksa istimewa untuk orang Sabah ni sekeluarga. Sesekali balik Semenanjung kalau boleh semua nak rasa kan Cek Nat? Cek Nat ini blogger dari Sabah . Blog dia boleh klik kat sini. Sebenarnya , ayah Cek Nat ialah sepupu mak saya. Walaupun sepupu, hubungan antara mereka sangat rapat macam adik kakak. Itu beza antara sepupu zaman dulu dengan zaman sekarang.

Mesti ada  interfrem juga- Shauqi.

Awal tahun 2012 dah kena terbang pulang ke Sabah untuk meneruskan kehidupan . Tahun depan panjang umur jumpa lagi. 
Insyaallah.

p/s Tak sempat nak jalan-jalan hari ni, minta-minta esok ada ruang untuk mencelah.











Monday, December 26, 2011

Kaci Untuk Orang Sabah




Kaci ini dari keluarga siakap juga kata suami saya. Tapi jenis siakap warna merah. Isi dia lebih sedap . Kurang bau hanyir. Kalau siakap tu kuat sikit rasa 'paya'. Bila cuci kurang bersih lagi lah terasanya.

Masa apa entah. Campur sos cili , bawang besar (dadu), cili kecil dan cili merah,  bawang putih, gula, garam, timun (dadukan), air limau nipis.

Habis sekali hadap. Malam nanti masak sekor lagi.


Rasuk

Baca buku RASUK minggu lepas enjoy sebab masa Haikal kena rasuk dengan roh Nurlisa macam hidup saja.
Kalau baca sorang-sorang naik gerun pulak.  Selalu dok layan cerita cinta dan keluarga kali ni layan cerita seram pula. Sekali -sekala beralih angin seronok juga.



Penulis Zyra Safiya berjaya menghidupkan watak-watak dalam buku ini dengan berkesan. Memang puas hati baca buku ni.

Amplang dan kuih cincin datang lagi.

Kunjungan orang Sabah kalau tanpa amplang dan kuih cincin tak sahlah. Saudara sepupu mak , PakLong Naim dari Keningau sekeluarga berkujung ke rumah kami  di hujung tahun dapatlah merasa sekali lagi.

Tahun lepas pun pak long singgah di rumah kami juga tapi ada kopi tenom . Tahun ni dia tak bawa pula.


Kuih cincin dari google.

yummy!
Amplang juga dari google.

Baru balik menziarah keluarga bersama pak long tadi , penat nak mengambil gambar . Google cepat sikit .
Ok ke?

Sunday, December 25, 2011

Pasar Telok Gong....Ikan segar.


Semasa  balik dari mandi laut, kami singgah untuk beli udang dan sotong segar. Udang besar sekilo rm 24. Rasanya saiznya XXXL.  Memang puas makan walau pun sekor  masuk mulut.



Ikan tenggiri.

Masak lemak dengan nenas sedap ni.

Cencaluk dan belacan pun ada. Tapi tak beli kat sini. Saya beli kat Kelebang . Sepanjang jalan ke bandaraya Melaka banyak gerai menjual barangan hasil laut di sepanjang jalan. Di sini harga lebih murah .




Mandi manda di Pengkalan Balak, Melaka.

Sampai ja dari KL hari tu , sebelah petang siap 3 buah kereta pergi mandi laut. Bebudak apa lagi . Seronok sangatlah bila maklang Liza diorang ajak ke pantai.

Sampai kecut jari berendam air laut. Sempat lagi cari siput dalam pasir.
 Hidup lagi tu!

Geng budak lelaki -sepupu-sepupu  semuanya.

Tak lepas peluang nak mandi jugakk!

Tengah cari siput dan anak ketam.


Mandi puas-puas. Masa  nak panggil balik susahnya bebudak ni nak panggil naik dari pantai. Sudahnya dekat pukul tujuh petang jugalah. 

Perjalanan balik dari pantai ni singgah beli sotong dan udang segar di pasar tepi jalan. Nanti tayang kemudian ye!

Saturday, December 24, 2011

Luka kaki kena jahit....luka di hati siapa yang tahu.


Malang tak berbau. Kalau dah sakit nak lega lambat pula. Si Aiman Wafi terpaksa bercuti dalam kesakitan. Gaya berjalan macam baru lepas bersunat.  Nak pakai seluar panjang pun susah takut terkena kaki yang sakit. Pakai kain pelekat lah jawabnya.

Kaki terkena handle basikal yang hanya tinggal besi. Masa kena waktu tengah hari , darah keluar banyak menitik-nitik. Terus bawa ke hospital ke wad kecemasan. Nasib baik tak ada pesakit terus dibawa ke bilik rawatan.

Masa dia diberi rawatan , punyalah menjerit meraung tak tahu nak cakap. Boleh dengar satu hospital. Rupa-rupanya kalau kulit yang terkopek macam tu memang sakit semasa kulit dijahit berbanding kalau kena pada bahagian yang ada  isi.

Jadi sekarang ini bercuti dari jadi  cikgu kena jadi misi pula. Tolong dia cuci kaki  yang luka setiap pagi. Kalau hari biasa bawa dia ke klinik desa berdekatan Misi Shima yang tolong cuci.  Bila cuti Sabtu , Ahad ni dia dah bekalkan cecair pencuci dan set pencuci.


Enrty ni sebagai peringatan kepada Wafi dan anak-anak yang lain. Beringat sebelum kena. Jangan nakal-nakal .

Kalau dah sakit bercuti dalam rumah sajalah.  Nasib baik dah ke KL- Melaka tempohari . Kalau tak gigit jarilah jawabnya.

Alamak!! Terdelete semua gambar dalam fail picture .

Malang sungguh hari ni , nak buang satu fail picture tentang roti tapi dah terhapus semua gambar yang belumpun dipublishkan. Termasuk percutian KL- Melaka yang belum sempat dipostkan entyrnya .

Haru biru sungguh.

Friday, December 23, 2011

Buah Asam Kumbang

Siapa tak pernah tengok buah asam kumbang cuba angkat tangan!.

Buah ini bukan buah yang senang didapati . Hanya beberapa buah rumah sahaja yang mempunyai pokoknya. Rupa luarannya seperti buah macang atau  mempelam.  Kulit berwarna hijau kusam.
Bila dikupas kulitnya kita akan dapat melihat warna unggu di lapisan dalamnya tetapi isi tetap berwarna kuning.

Rasanya....masam- masam manis.


Buah dalam bentik asal. Kecil sahaja saiznya.



Bila dah dibuang kulit, kelihatan warna sedikit ungu.

Terima kasih pada Cikgu Hamdan yang sudi membawa buah ini ke sekolah masa kami berkumpul pada 20 Disember lalu.

Agaknya nama tempat  Asam Kumbang di Taiping mendapat nama dari buah ini kut?

GERHANA Bulan........... baru nak masukkan entry.














Bukan senang nak lihat gerhana bulan di anjung rumah bersama anak-anak sambil bersantai. Hanya berberapa kali  kejadian ini berulang dalam masa yang sangat panjang dalam fasa-fasa kejadiannya. Dan kita adalah yang bernasib baik berpeluang melihat kebesaran Allah terhadap fenomena  ini.

Terima kasih pada sahabat saya Abdul Razak Nordin  jurugambar profesioanal yang berkongsi gambar indah ini  . Kalau nak harapkan kamera kecik saya ...alahai.

Macam kat bawah ni.

Sebelum kejadian . Bulan nampak bercahaya penuh.

Dari mata kasar cahaya buan semakin mengecil tapi kamera ni tak boleh nak rakam 
seperti apa yang dilihat.

Semua gambar bulan macam ni walaupun 
dan jadi bulan sabit.

Thursday, December 22, 2011

Makan sate kajang Hj Samuri ..... tapi bukan kat Kajang.


Pada sebelah malam sebelum bertolak ke Melaka kami berpakat keluar makan ramai-ramai. Abang Lan cadang kami makan sate malam tu, sate Hj Samuri tapi si Selayang saja dekat dengan rumah Abang Lan.

 Hafiz dengan ABC .




Makan ramai -ramai dalam 14 orang dengan 5 orang dewasa dan lain-lain anak-anak. Secucuk 70 sen. Tak tahu berapa cucuk yang dioder .

Bila ramai-ramai ini macam-macam air yang diminta. Ada teh tarik atau teh panas, budak-budak milo ais memanjang, anak dara 2 orang tu order ABC. Boleh merasa  sikit.

Satu saja kat kawasan Selayang berhampiran MyDin store ini sangatlah sesak dengan orang ramai dan susah nak dapatkan parking. Kawasan ni memang menjadi tumpuan sebab strategik dengan kedai-kedai utama berada di sini. Round dua kali baru dapat. Tapi nak makan sabar ajalah. 

Tahniah untuk semua pelajar PMR yang mengambil keputusan hari ini. Ada gembira ada yang sedih. Yang kurang berjaya masih ada satu tangga yang menanti. Bagi yang cemerlang teruskan usaha. Tahundepa bukan tahun berbulan madu.Tetapi tahun mengorak langkah menuju alam pilihan masa depan.


Malam baru boleh post entry hari ini....huhu.


Tuesday, December 20, 2011

Masak Daun Kayu Tempoyak Ala Orang Negori.


First time tengok masakan ni kat blog kawan-kawan. Blog Acik Erna dan Chempaka. Tak pernah dengar pun masakan ni, inikan pula nak merasanya.

Apabila berkunjung di rumah adik ipar di Melaka tempohari , ada dia masakkan lauk ini. Tapi tak cukup syarat, petai  tak ada.Kalau ada tentu lagi sedap katanya. Tapi yang ada tu pun dah rasa sedap sampai ada yang minta resepi pada maklang dia.


MANDY TU APA?

Mandy tu apa? Tanya Isma pagi tadi. Mandy tu sebenarnya apartment abang ipar saya . Tajuk mesti kau-kau kan. Kalau tak orang tak heran. 


Pemandangan di pagi hari dari tingkat 10 Apartment Mandy-rumah abang ipar. Selalu kalau kami ke KL inilah port kami bermalam. Di tingkat tertinggi ini dapat melihat di sekitar kawasan dengan jelas. 

Bila berdiri dibalkoninya dan memandang ke bawah melihat kereta lalu lalang dan sentiasa sibuk berbanding di tempat sendiri .

Mentari mula nak keluarkan cahaya.

Dah mula cerah sikit. 

Dulu tempat parking kereta yang ada line kuning tu rumah pekerja Indon tinggal semasa nak bina bangunan di situ. Boleh nampak mereka menjalani kehidupan mereka dari atas. Mereka mandi manda , makan dan sebagainya beramai-ramai.


Kalau gayat jangan berdiri di sini.


Aktiviti paling best bila datang rumah Pak long Lan, boleh mandi kolam.



Klik sini ada cerita lagi di Mandy.

Monday, December 19, 2011

GIVEAWAY FROM WWW.KAKINAKL.COM di taja oleh http://hazmanfadzil.com/ dan http://yanayassin.blogspot.com


Klik untuk  nak joint GA Kak Ina KL


Syarat syarat untuk menyertai Giveaway (GA)  akak  ialah

1. Mesti mempunyai blog
2.
 Buat satu entry khas utk giveaway ni....tajuk entry wajib begini "GIVEAWAY FROM WWW.KAKINAKL.COM
3. Linkkan Ke Entry Ini Dan Bagi 3 Sebab Kenapa Anda Suka Baca Blog Akak
4. Semua perserta di kehendaki LIKE Facebook  akak sebelah kanan
6. Setelah Siap Entry Anda, Tinggalkan URL Entry Anda Itu Di Ruangan Komen Di Bawah Entry Ini.


Sukanya bila Kak Ina buat GA lagi. Hari tu dah menang  dan yang syoknya hadiahnya dapat cepat sekali seperti yang dijanjikan. Terus rasa nak joint. 

Blog Kak Ina pun tersenarai di bloglist saya supaya senang saya baca dan intai apa cerita terbaru setiap hari.

Kenapa saya suka baca blog kak Ina?
1. Ada banyak resepi yang sedap dan mudah di sini yang boleh kita cuba di rumah.
2. Saya suka baca story Kak Ina jalan-jalan makan angin ke luar dan dalam negara.
3. Saya suka baca cerita -cerita Kak Ina yang santai dan bersahaja , nampak nuetral dan ikhlas.

Kalau ada rezeki adalah nanti untuk menang lagi. Insyaallah.

Jointlah GA Kak Ina mesti kalau menang akan dapat hadiah. Ada juga GA yang kita sertai kalau menang tak dapat hadiah tau. Jangan terkena.  

Jangan buang masa meh kita joint ramai-ramai.