31 December 2010

Tahun Baru 2011 Bakal Menjelma.

Tak sangka sungguh masa begitu cepat berlalu. Tinggal beberapa jam sahaja tahun akan bertukar musim. Hari ke hari  cepat sangat berputar.  Umur pun bertambah. Anak - anak semakin membesar. Diri sendiri sudah menjengah ke alam veteran.

Semoga tahun mendatang membawa keberkatan , kebahagian dan kemakmuran dalam hidup . Di samping kesihatan yang baik dalam mengharungi kehidupan. Selalu mendoakan kejayaan anak-anak dan kebahagian suami isteri. Amin.

28 December 2010

Sarapan Apam beras Eno

Salam .
Pagi tadi buat apam beras Eno. Sedapa juga.



Dapat dar blog kekawan juga. Bila bubuh eno ni rasa sedikit kenyal.. Bolehlah cuba . Sekali buat dah jadi.

Bahan2nya,
1 cawan nasi
2 cawan tepung beras
1 1/2 cawan air
1 cwn gula
 1 sk yis
sepeket eno

Cara.
1. Blend nasi dengan air.
2. masukkan gula, blend lagi sampai hancur.
3.Campur tepung. Gail rata.
4 Msukkan yis kering
5.Perap 3-4 jam.
6.Dekat2 nak kukus baru masuk eno yang dah dibancuh dendan air (Secawan air),
7. Kukus lebih kurang 20 minit.

Cubalah.

26 December 2010

Pesta Pulau Pinang.

Salam.

Kami dah pergi ke Pesta Penang reramai dengan adik beradik yang lain. punyalah ramai manusia . Mentang cuti hujung minggu merangkap cuti krismas. Bayaran masuk dikenakan RM 3 (dewasa), RM1 (kanak2 sek rendah) dan free utk kanak2 yg belum bersekolah.

Kami sampai dlm pukul 6.30 ptg tapi parking dah penuh. Agak mereka ni sampai pukul berapa ya? Sebab Pesta ni buka jam 6.00 ptg.

Ni layan gambar udah ler ....






Ramai yang membeli tikar dan karpet yang dilelong. Frem gambar , jam ,  barang sekolah anak  yang lain tu saja nak enjoy . Aku membeli buah berangan yang besar ibu jari kaki.

24 December 2010

Kenangan di Indonesia

Salam.
Entah kenapa timbul keinginan nak buat entry tentang masjid-masjid di Indonesia. Tahun lepas kami berkesempatan bersolat di Masjid Altiqlal, Jakarta. Masjid ini , tidak menggunakan kipas angin di ruang bersolatnya. Terbuka luas tanpa ada ruang bagi jemaah wanita dan lelaki. Sekali harung aja. Kongsi  sama-sama lelaki dan wanita. Dah ada aku kisahkan dalam entry yang lepas.

Masjid Altiqlal ini adalah masjid yang terbesar di Asia tenggara. Dikatakan boleh memuatkan seramai 100000 jemaah dalam satu-satu masa.








Saiz tiang sangat besar . ukuran pemeluk 6,7 lelaki dewasa kut baru sampai tangan ke tangan.Semasa bersolat di sini anda akan terasa tiupan angin dari luar. Ruang solat ini terletak tinggi jadi angin keluar masuk dengan bebas.

 


Masjid kedua , yang kami singgah ialah masjid di Taman Mini Indonesia. Oleh kerana , hari yang kami sampai di situ hari Jumaat, maka ahli rombongan lelaki mengambil kesempatan menunaikan solat Jumaat di Masjid Al Tin  ini. Suasana sebelum solat berlangsung sunyi sepi di Taman Mini ini. Operasi dihentikan bagi menghormati waktu solat. Seusai solat Jumaat selesai barulah terdengar bunyi muzik  dan lagu-lagu ke udara.

Masjid ini terletak di dalam Taman Mini Indonesia yang menempatkan rumah -rumah mengikut daerah di sana. Ada rumah Minang, Kalimantan, Jawa, dan sebagainya. Tapi bukan bersaiz mini ya...besar-besar.



Seterusnya , masjid ketiga yang aku singgah ialah masjid Altaawun , Puncak.
Masjid ini benar-benar memikat hatiku .Dikelilingi dengan pemandangan indah di sekitarnya serta udara yang nyaman sekali.






Aliran air sungai tepi masjid.  Semasa nak mengambil air sembahyang , airnya sgt sejuk seperti air batu.
Lihatlah pemandangannya dikelilingi dengan bulit-bukau yang menghijau.



p/s gambar ehsan Google.

Jumpa lagi.






Jom cuti.

Pekan Sehari Sg. Bayor.

Salam ceria di pagi Jumaat.

Wah , tadi aku bershopping  sakan di pekan Sehari Sg. Bayor. Pekan sehari ini dah wujud dari aku kecik lagi. Sedar -sedar dah ada. Di sini lah orang kampung aku membeli belah.  Setiap minggu pada hari Jumaat.Pekan sehari ini bukan saja menjadi tarikan penduduk sekitar tetapi menjangkau pekan-pekan kecil berhampiran.

Dah 3,4  kali pindah tempat tapi around situ jugalah. Pekan ni pjgnya hampir 2 km .Mak aihh, boleh tercabut kaki kalau nak pusing sampai kehujung. Boleh kalah Pasar Serikin kat Sarawak tu. Happening betul. Tambahan kalau nak raya atau musim gaji. Penuh dengan manusia.

keistimewaannya ialah semua barang ada. Dari ikan, sayur, buah-buahan, kuih-muih, pakaian, mainan kanak2 ,kasut, daging lembu , kerbau, dodol, garam , belacan semua ada.  Alamak , pjg lah pulak. Betul . boleh kata semua ada. Harga pun murah.

Tadi aku beli  :
1. Tshirt - 2 helai (saiz xl)
2.Tuala mandi -  4  helai
3. Tracksuit- 2  helai
(semua di atas RM6 satu aja mana nak dapat harga ni tmpt lain. ada ka.? Sebab kualiti baik punya)
4. Sayur
5. Halia
6. Popcorn -2 bungkus
7.Kismis rm 3
8. Kasut  ala2 Crocks untuk si kecik aku (RM7) kat kedai RM 10
9. Putu Buluh - rm 2
10.Sayur













Potato spring pun ada. Tapi aku tak beli.

Kena stop  kat sini kilat & guruh dok berbunyi.

Bye.

22 December 2010

Petua nak buat rumah.

Salam .
Pagi tadi ada orang datang mengoffer untuk sembur ubat anai-anai kat rumah  kami ni. Luar dalam dia nak caj RM 100 aja .Selalu aku dengar samapai ribu-ribu.Sbb ada lebihan ubat yg dia buat tak habis jadi dapatlah murah.  Orang kitalah. Lepas dengar penerangan  aku pun kata ok. Cik abang ikut aja. Rupa-rupanya rumah kami ada suku sakat anai-anai dah berkampung.

Masuk aja dlm rumah, tgk pula syiling dapur dibuat drpd kayu.Wah! ni ada potensi kena anai2 kata dia. Anai -anai ni mesti ada kat rumah kita sikit atau banyak aja. Diam-diam rumah kita reput. Macam resdung la juga.

   Diorang ni kontraktor yg kerja dgn sekolah2 sekitar tempat kami. Rumah kami pulak memang banyak guna kayu  sebagai eksesori. Alang rumah pun pakai kayu. Udahlah mahal  kayu ni , penyebab resdung lah pula.

Anai2 ni berasal dari tanah bukit  yg digunakan untuk tambak  tanah bagi rata . Ini  spesis bahaya. Dia akan makan kayu sampai habis.



Jadi , kalau nak buat rumah kena kurangkan guna kayu.Misalnya, sekarang ni banyak orang guna besi buat alang rumah. Harga  lebih murah dan dpt elak daripada anai2 .



Gambar ikhsan Google.

Ketemu lagi.

Apasal?

Salam Pagi.
Entah apa kena pagi ni , 2 kali entry termasuk silap. Belum apa2 dah keluar.
Sebenarnya hari ni nak cerita ttg makan.sebab byk makan badan dah naik . Kain dah ketat.Ayoo...Apa jadi cuti sebulan di rumah asyik masak , makan ,masak , makan. Gas pun tak sampai 2 bulan dah habis. Selalu kalau hari biasa dekat 4 bulan baru kena ganti baru. Kalau hari bekerja lauk beli aja di kantin sekolah. Tinggal masak nasi aja. jadi kuranglah guna dapur tu.

Pagi masak kuih lain , petang kuih lain. Anak2 ramai kat rumah macam2 oder nak makan.  Tetamu pun silih berganti musim cuti ni. Jadi banyaklah memasak dan makan-makan.

Antara yang aku dah masak beberapa hari ini. .



Pagi ni masak apam pisang dan bihun goreng menjamu tetamu yang ada di rumah . Pak Long Naim sekeluarga dari Sabah.


Tenghari semalam siakap 3 Rasa.





Resepi apam pisang koko dan apam pisang di atas ikut resepi dari blog Yatie yang rajin memasak. Terima kasih Yatie yang selalu berkongsi resepi.

Babai . Sampai ketemu lagi.

Alamak badan dah naik!

Gemuk

20 December 2010

Gila Tupperware.











Salam untuk semua.
Kenapa ya orang perempuan ni suka kat Tupperware? Aku pun suka. Dah banyak koleksi dari anak sorang sampai sekarang ni. Harga dia pulak semakin naik, naik dan naik. Tapi yang untungnya kalau Tupperware kita tu koyak atau pecah , ia akan diganti. Seumur hidup pulak tu.Sampai bila-bila. Jangan dibuang yang koyak atau pecah tu. Ini sebagai bukti untuk diganti baru. Kecuali kena api atau dimakan tikus aja.





Aku suka , selain warnanya yg ceria dan makanan kita tak masuk angin atau lemau. Tapi kalau nak beli kena tunggu harga offer kalau tak , tak beli juga.

Bye.

19 December 2010

Happy Birthday Darling.

Salam.

Semalam hari ulang tahun anak sulungku yang ke 16 tahun. Sibuk nak masak kek coklat. Dah buat pun, dah habis makan adik beradik. Kek coklat , tentu budak-budak suka. Sapa lambat tak dapat . Sekali hadap, ngap.Hilang...

Gembiranya dia,  ramai teman2 yg ucapkan Slmt Hari Lahir untuknya.(Dlm FBlah apa lagi... ). Mak bila pulak nak wish kat dia?

Ha, ni mak dgn abah bagi hadiah special kat Alia.Almari baju. Sebenarnya almari ni abahnya buat sendiri dgn sorang rakan di bengkel kayu mereka. Dah lama siap  tak bawa2 balik. Semalam kebetulanlah pula ada lori, sampailah lemari tu kat rumah.

 

(ikhsan dari google)


Alamari tu dibuat 3 pintu dan ada dua bahagian.Atas dan bawah. Bahagian atas kecil sedikit. Sesuai untuk simpan bag ke apa2. Untuk dia sorang memang besarlah. Warna lebih cerah dari gambar di atas tu.

@kamera ada masalah ,jadi minta tolong dgn googlelah.

Jumpa lagi.



Minyak wangi.





Salam ceria untuk semua.
Sepanjang minggu ni bertuah betul. Aku dapat hadiah dari Ika beberapa wangian dari Avon.

Ika ni selalu bagi hadiah untuk orang yang tolong buat sales untuknya.
Terima kasih Ika. Suker sangat dengan hadiah tu.

Jumpa lagi.

Siakap Oh siakap.



Salam.

Siakap ni memang ada stok dalam peti sejuk. Oleh kerana suami aku gila memancing jadi siakap ni selalulah ada. Minggu ni ada tetamu dari Sabah . Rezeki Pak long Naimlah merasa Siakap 3 Rasa . Yang macam saya masak di sana dulu tu.

Layan siakap aja lah Pak Long.he,he,he.

Sampai jumpa lagi.

18 December 2010

Kek pisang .

Salam. Hari ni nak kongsi resepi kek pisang yang senang nak buat. Sebab bahan-bahan pun tak cerewet. Mesti senang nak dapat.



Bahan-bahan.
2 cawan tepung gandum
2 biji telur
3-4 biji pisang (lenyek)
1 cawan gula
1/2 cawan minyak masak
1 sudu kecil(sk) soda bikarbonat
1 sk baking powder
1 sk esen vanilla

Caranya.
1. Ayak tepung +soda+baking powder sekali.
2.Pukul telur dan gula hingga kembang.Sampai jadi macam nak buat bahulu.Masuk esen dan pisang yg dah dilenyek.Gaul sebati.
3. Masuk tepung , minyak masak . Kacau sebati.
4. Bakar dalam suhu 180 darjah C selama lebih kurang 40 minit / sehingga masak.

Kotak Misteri dari Sabah.

Salam Ceria semua.
Hari ni terima satu bungkusan nun jauh dari Sabah. Jeng,jeng,jeng yang ditunggu dah tiba . Bungkusan dari sahabat saya dari Tawau-May Soluman.

Nanti kita tengok apa isinya.TUdiaaaa....



                  
Kuih Amplang



Kuih Cincin



Biskut Beras.

Seronoknya dapat kiriman dari May. Sebenarnya saya dan May berkenalan semasa kami nak ambil jubah untuk konvokesyen Universiti  kami di KL beberapa tahun dahulu. Perkenalan yg tak dirancang. Oleh kerana kami org yang paling awal  sampai jadi  sempatlah berkenalan ,berbual, bertukar nombor telefon,bercerita , ke tandas bersama2 (he,he, he).Tahun ini kami bertukar-tukar kuih raya pula.

Semoga persahabatan kami yang yang berlainan bangsa, agama , negeri dan  merentasi lautan ini akan berkekalan hendaknya.

Amplang pun dah elek di sapu oleh anak-beranak kami tadi.

Terima kasih May.


Jumpa lagi.

17 December 2010

Kesian Kak Hawa.

Salam Ceria pepagi ni.

Hari ni aku nak bawa cerita tentang Kak Hawa. Kak Hawa ni kerja di sebagai pekerja am swasta di tempat aku bekerja. Kerja dia, sapu-sapu, bersih sana bersih sini, clear sana , clear sini. Datang kerja,  pagi -pagi dah sampai. Belum pukul 8 dah ada. Balik pukul 3.30 ptg macam tu lah. Tapi kerja dia aku tabik lah.Tak semua org boleh buat macam dia. Dia kerja betul. Fahamkan maksud saya. Erti kata lain tak ada istilah curi tulang. Alih2 sekarang ni dah berhenti kerja. Dia kerja pun , utk belanja anak sekolah saja.


Tup-tup , masa aku pergi sekolah (ada kelas tambahan dalam Th 6 dalam cuti) bertugas dapat berita kak Hawa dah tak kerja. Kesnya, ada laporan mengatakan ttg kerja tak betul. Apa yg tak betul?? Masuk bulan ni dah 2 kali kena potong gaji. Tentu dia marah. Potong bukan sikit, dekat-dekat Rm 100. Gaji dia bukannya besar sgt pun tentu dia terasa perit  duit kena potong.

Dah  merajuk hati dah dia . Aku pun pernah rasa macam mana Kak Hawa rasa.Aku tahu perasaan dia. Macam apa yg kita buat tak ada makna. Macam kita tak buat kerja. Habis tu , lantai dah bersih , tingkap tak berabuk, longkang clear, kawasan sekolah ok aja. Siapa yang buat tu semua ???. Mana nak dapat pekerja sebaik dia lagi.

Kesian Kak Hawa.

Sampai jumpa lagi.

15 December 2010

Esok 10 Muharram.

Salam .
Esok 10 Muharrram. Jom kita posa . Sbb byk kebaikan yg dijanjikan bagi org 2 yg berpuasa.

Nuffnang Ads

Wednesday, December 15, 2010

Esok 10 Muharram, Hari Assyura!! Ayuh!

Telefon berbunyi!
Mama yang telefon rupanya!

" kak ila, esok 10 Muharram tau"
" eh ye ke ma.. (blur..)
" kan 2 hari lepas mama dah bagitau.. masuk telinga kanan.. keluar telinga kiri!"
" yelah ma.. kekla ingat..esok ya! alamak.. patutnya malam ni buat makan2 jamu orang ya ma?"
" ha la.. boleh juga... tapi esok seeloknya puasa sunat 10 muharram! lagi satu esok pagi pagi masa mandi tu.. mandi sunat.. kelebihannya dijauhkan kesakitan pada tahun ni.."
" oh.. mandi masa bila ni ma? kena bangun awal pagi kul 3 pagi ke..?"
" hok aloo.. mandi masa sebelum subuh la, masa nak sembahyang subuh tu..."
" niat lagu mano..?"
" niatla.. sahaja aku mandi sunat hari Assyura kerana Allah.."
" oh.. ok ma! kekla nak bgtau kat orang la! kek la betul2 lupa.. tapi dah lewat ni ma... "
"niat baik mudah mudahan la..."
" ok kekla nak buat masuk blog dulu! kirim salam semua.."
Assalamualaikum..

kawan kawan ku! esok 10 Muharram.. banyak kelebihannya! mari kongsi semua...


Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):



  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
  12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
  13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Terima kasih dr Blog MATHARI kerana saya bawa ke sini . Supaya kita semua mendapat manafaat dan keberkatan hidup hendaknya.
 
 
Jumpa lagi.

Total pageview dah sampai 1006 walau pun tak sampai 3 bulan.

Salam.
Sukanya hati , tak sangka sungguh total pageview dah menjangkau 1000 lebih tika dan saat ini. Yalah , siapalah kite ni kan. Baru sangat berblog. Org berblog , kita pun teringin juga berblog.Keinginan tu dah lama. Bertahun2 dah. Cuma kesempatan tu lahir selepas raya Puasa hari tu.Impian menjadi realiti , punya blog sendiri.

Segalanya dok belajar lagi. Nak masukkan Nuffnang pun tak jadi2 lagi. Godek sana , godek sini tak keluar-keluar juga. Buat shoutmix, apa ke jadi pula. Putih aja kotak tu. Jadi mohonlah kepada teman2 yg masuk sini , bolehlah tinggal jejak di situ. Nanti boleh buat kunjungan balas pula. Cuma klik pada perkataan Shoutmix, nanti dia akan keluar paparan sebenar.Insyaallah saya akan jawab bw anda.

Sampai ketemu lagi.

14 December 2010

Apam Salju.

Salam.
Hari ni nak masukkan resepi Apam Salju . Saya dpt dr blog Yatie juga. Dah byk kali buat. Terima kasih utk Yatie yg nak berkongsi resepi.

 Bahan:

2 cawan nasi sejuk
2 cwn tepung beras
2 cwn tepung gandum
21/2 cawan air
1 cwn gula perang (saya guna gula putih juga)
3/4 cwn gula pasir
2 sudu teh mauripan.
kelapa parut + garam

Caranya.
1. Mesin nasi sejuk dgn air . Biar hancur , tambah gula .
2. Campur tepung beras dan tepung gandum.  Masukkan bahan yang telah dimesin.
3. Gaul bagi sebati.
4. Masukkan mauripan.(saya bancuh dgn air dulu-guna air sedikit saja)
5. Biar adunan naik sekali ganda. (lebih kurang 3 jam)
6. Kukus sampai masak.
7. Makan dgn kelapa parut tadi.

Dah banyak kali buat, resepi pun dah ingat.

Cubalah. Mudah saja.

sampai ketemu lagi.

Menjelang 2011.

Salam.
Pejam celik pejam celik ,tirai 2010 semakin berakhir. Rasa baru saja bermula thn 2010. Baru saja daftar anak masuk sekolah. Ni nak daftar lagi untuk tahun depan. Umur kita pun semakin bertambah.

Agaknya sebab semua benda menggunakan teknologi  atau semua kerja kita dibantu dgn perkakas elektrik ke menjadikan dalam sehari berlalu dgn cepatnya.

Zaman aku kecik2 dulu , nak habiskan puasa sehari pun letih. Budak-budak sekarang no hal lah. Umur 5 tahun dah boleh puasa sehari penuh....Atau kita semakin menghampiri akhir zaman? Masaberlalu terlalu cepat.

Fikir-fikirkanlah.

Sampai jumpa lagi.

12 December 2010

Bag tangan baru.

Salam.
Semasa ke Indonesia baru -baru ni , sempat juga aku rembat satu beg tangan untuk aku pakai utk th depan.
Chloé Marcie Large leather bag
Jenama Chloe. Tak pernah aku dengar nama ni. Tapi ikut kata jurujualnya materialnya kulit. Boleh la.
 
 
Sampai ketemu lagi.

10 December 2010

Tak beli lagi!!!

Salam utk semua. Hari ni pagi2 dah hujan. Macam mana baju nak kering. Hari ni plan nak g kenduri. Tapi slow down dulu sbb cuaca mendung aja. Sat lagi baru nak keluar rmh.

Pejam celik dah nak masuk tengah bulan 12. Baju anak tak beli lagi. Masa sekarang cepat sungguh berjalan. Dah nak ke tahun 2011.

Sampai jumpa lagi.

09 December 2010

Apam Pisang Coklat.



Salam. Hari ni nak berkongsi menu sarapan pagi.Dapat dr blog Yati. Sekali buat dah jadi. Budak2 memang suka sebab rasa coklat. Lembut dan gebu.Terima kasih pd Yatie yg sudi berkongsi resipi.

Bahan.
4 biji pisang emas (yg besar) kalau kecik agak2 jadikan 1 cwn.
2 cawan tepung gandum
 200 ml minyak masak
4 biji telur
1/2 cawan gula
1 sudu kecil soda
1 sudu kecil baking powder
2 sudu besar coklat
garam

Caranya.
1. Lenyek pisang sampai hancur.
2. Masukkan gula, minyak gaul sebati.
3. Masukkan tepung, soda dan baking powder (ayak dgn tepung)
4. Masuk coklat.
5. Pukul telur dan tambah ke dlm adunan.
6. Tambah sedikit garam.
7. Kukus dlm 25 minit.

@ Boleh guna acuan kecil, acuan muffin atau acuan yg besar.

Cubalah.

Sampai jumpa lagi.

08 December 2010

Hari ke 4 di Indonesia.

Salam untuk semua.

Hari ini adalah hari terakhir kami di Indonesia.  Malam tadi kami menginap di Hotel Serena . Seperti biasa Indonesia sibuk Ini pemandangan sekitar Pasar Baru. Nak turunkan penumpang pun susah . Berhimpit-himpit , berlaga bahu sudah jadi perkara biasa. Mlah aku lihat lebih sibuk drp tahun lepas. penduduk Indon pun sudah mencapai juta-juta . Inikan pula bertambah dgn rakyat kita pula yg dtg bercuti. Semasa di Pasar Baru aku berjumpa keluarga dari Malaysia bershopping sama.

Malah semasa di Chempaka Emas (pusat beli-belah ) jurujualnya menggunakan bahasa Melayu KL. Amboi dah fasih ckp Melayu Malaysia pula. Ini bermakna betapa ramainya pelanggannya dtg dr Malaysia. Satu lagi semasa di Takuban Perahu. Penjualnya juga menggunakan Bahasa Melayu KL dgn aku. Rata2
nya selain rombongan kami ada lagi pelancong dr Malaysia yg berselisih dgn kami.

Antara kenderaan penting di Indonesia. Motor yg diubahsuai.

Time  makan , tunggu basuh tgn aje. Semu dah tersedia menunggu kami tiba untuk makan .




Persekolahan berjalan seperti biasa. Cuti panjang mereka hanya pada bulan Jun selama dua minggu sahaja. Cuti pada setiap Ahad dan selama sebulan pada bulan Ramadan. Pakaian seragam sekolah juga pelbagai warna dan rupa mengikut sekolah masing2. 
Kapal terbang akan bertolak balik pada jam 8.25 mlm. sebelum itu kami semua shopping maut dulu menghabiskan rupiah yg ada. Sempat sambar 5 buah beg tangan untuk yg memesan di Chempaka Emas .Asalnya nak ke Mangga 2 tapi banjir pula.

tempat lawatan terakhir kami pada hari ini ialah di Taman Mini Indonesia. Tapi rumah yg dibina bukan mini2 tapi besar-besar.

Memberi IIlama  makan  carrot dr tingkap bas(safari).


Taman Mini

Tugu Monas
 
Gambar terakhir di Indonesia. Selepas ini sibuk shopping maut dan persiapan nak naik kapal terbang.
Ada rezeki boleh jalan2 lagi.


Dia ni tetap akan mengekor ke mana aku pergi.


Sampai jumpa lagi.