Foto semasa majlis makan beradab di sebuah hotel terkemuka di Taman Abad, Johor Bahru bermula jam 8.30 malam tadikat sini..
"Saya bersyukur dan terima kasih kepada keluarga sebelah isteri saya, bagi pihak pak sheikh, dah boleh panggil bapak ya kerana sudi menerima.saya sebagai menahantu (lafaz Salih berlawak ketika berucap di majlis makan adab)."
Honeymoon kat China bawa semua sekali. Ko ado.
Kredit pada Hazrey.com. KLIK KAT SINI.
30 May 2011
SALEH YAAKUB DAH NIKAH!

Masa jalan-jalan tadi terjumpa cerita nikah SY ni kat sini. Siapa nak tahu dengan lebih lanjut boleh klik kat situ ya.Kredit gambar untuk Hazrey.com.
Apa-apa pun tahniah dan selamat pengantin baru.
29 May 2011
Terlupa pasword
Kes naya , terlupa pasword pula. Semalam anak remajaku Ain baru balik bercuti. Bila ada di rumah nak layan FB pula. Lappyku yg jadi mangsa.
Bila dia guna , dia logout. Jadi bila aku nak masuk FB balik kena taip pasword semula. Selalu bila guna sorang terus klik automatik FB keluar.
Buka 5,6 kali taip perkataan yang familiar tapi tak betul. Aduh , macam mana ni. Mak dah lupa!!
Tetiba masa dok gosok baju tadi , datang balik memori
TAK TAHU PULA?
Semalam di sekolah kami ada program motivasi oleh En Abd Aziz b Jamaludin dari JPN , Ipoh. Majlis penutup bagi Program Matematik dan Sains bagi pelajar Tahun 6 dan 5 yang merangkumi 4 buah sekolah.
Sedap syarahannya , tak mengantuk dan penuh dengan informasi. Dalam gelak ketawa tapi terselit berbagai kata-kata hikmah untuk pelajar dan ibu bapa.
Satu info yang sangat menarik dari beliau ialah satu CD boleh memuatkan aksara sama banyak dengan menggunakan 390 000 helai kertas A4 .
Bersamaan dengan 723 bungkus kertas A4 dengan kapasiti setiap lori seberat 2 tan untuk memuatkan kertas-kertas tersebut.
Betapa dunia ICT dapat membantu memudahkan kehidupan pada hari ini.
Sedap syarahannya , tak mengantuk dan penuh dengan informasi. Dalam gelak ketawa tapi terselit berbagai kata-kata hikmah untuk pelajar dan ibu bapa.
Satu info yang sangat menarik dari beliau ialah satu CD boleh memuatkan aksara sama banyak dengan menggunakan 390 000 helai kertas A4 .
Bersamaan dengan 723 bungkus kertas A4 dengan kapasiti setiap lori seberat 2 tan untuk memuatkan kertas-kertas tersebut.
Betapa dunia ICT dapat membantu memudahkan kehidupan pada hari ini.
MAKANAN BERKHASIAT MENJANA MINDA
Ada beberapa makanan yang perlu di makan untuk menguatkan minda terutama kepada anak-anak yang sedang belajar. Terutama anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan.
Antaranya, yang perlu diambil selalu ialah kismis , kekacang,oat, ikan (sumber protein utama), susu kambing (minuman nabi), kurma, ayam kampung , dan hati (jangan makan banyak).
Kenapa mesti ayam kampung bukan ayam daging? Ayam daging , ayam yang hidup dan membesar dengan ubat yang dicucuk ke badannya. Manakala ayam kampung pula hidup dengan memakan makanan yang dicari sendiri secara semulajadi. Ayam ni lebih kuat semangat. Kalau kena sembelih pun nyawanya liat nak mati. Kadang-kadang masih boleh melompat-lompat lagi walau darah berjejer keluar. Jadi semangat yang kuat inilah supaya dapat diserap ke dalam jiwa pelajar.
28 May 2011
PETUA AWET MUDA.
Zaman muda remaja dulu , rajin belai wajah sendiri. Pantang ada petua kecantikan semua dicubanya. Selalu baca dalam majalh Jelita, Wanita atau Keluarga mak saudara punya. Masa tu umur dalam 14-15 tahun.
Sapu ketul ais ke wajah untuk mengelakkan kedut pun pernah cuba. Sejuk sangat tapi sebab nak lawa buat juga.Siapa pernah cuba sila angkat tangan. Tapi kesan hingga sekarang memang kurang kedut di muka. Kalau tak percaya boleh cuba.
Petua untuk melembapkan muka dengan menggunakan buah-buahan keliling rumah pun pernah buat. Paling mudah guna buah betik. Ambil betik yang dah masak , buang kulit , ramas-ramas buah yang ranum tu dan sapu ke muka . Biar beberapa minit , baru di basuh dengan air bersih.
Kesannya , kulit muka terasa segar dan tegang. Murah pula tu. Betik free belakang rumah.
Petua guna gula pun dah pernah cuba . Sapu gula ke wajah rata-rata. Biar seketika dan basuh dengan air bersih.Petua ni tak boleh bagi tahu kat anak dara aku, kang habis satu balang dia sapu. Gula naik harga. Dasar mak kedukut.
* Baru sapu muka dengan betik . Rasa segar bugar wajahku.
Gambar dari Google.
Hari ni 2 saja. Tak boleh jadi!
Mula dengan hari petang Jumaat sekolah kami menerima tetamu dari 3 buah sekolah lain yang terdiri daripada murid-murid Tahun 5 dan 6 untuk Program Matematik dan Sains. Termasuk fasilitator seramai 31 orang dari SMK Selinsing termasuk 2orang pelajar Politeknik dan UiTM (bekas murid dari SK RTBK).
Oleh itu , tuan punya blog tidak berkesempatan untuk berlama-lama melayan blognya kerana program ini berlangsung selama 2 malam 3 hari. Maka guru-gurunya memulakan cuti di sekolah dulu sebelum terbang jauh.
Pageview pun sejuk saja .Tak ada cerita baru.
Oleh itu , tuan punya blog tidak berkesempatan untuk berlama-lama melayan blognya kerana program ini berlangsung selama 2 malam 3 hari. Maka guru-gurunya memulakan cuti di sekolah dulu sebelum terbang jauh.
Pageview pun sejuk saja .Tak ada cerita baru.
26 May 2011
APAM LABU TENGAH MALAM
Mula rebus labu dah lepas waktu Isyak malam ni. Alamak dah lewatlah pula . Tapi teringin nak makan apam labu. Sebab buah labu dah banyak hari dalam peti sejuk tu.
Intai blog Yatie semalam tengok resepi kat sini. Yatiekan pakar kukus mengukus. Semua resepi kukus mesti dia ada. Terima kasih pada Yatie yang rajin berkongsi resepi.
Mula -mula tu pening juga bila tengok ada A,b dan C. Tambahan pula ada si kecik Shauqi pun nak buat apam labu sekali. Jenuh dok bersilat dengan dia pula. Akhirnya jadi juga apam labu malam ni.
Resepi boleh tengok kat blog Yatielah. Dah mengantuk ni.
Intai blog Yatie semalam tengok resepi kat sini. Yatiekan pakar kukus mengukus. Semua resepi kukus mesti dia ada. Terima kasih pada Yatie yang rajin berkongsi resepi.
Mula -mula tu pening juga bila tengok ada A,b dan C. Tambahan pula ada si kecik Shauqi pun nak buat apam labu sekali. Jenuh dok bersilat dengan dia pula. Akhirnya jadi juga apam labu malam ni.
Resepi boleh tengok kat blog Yatielah. Dah mengantuk ni.
JENG,JENG ADA TETAMU JAUH NAK DATANG.
Dah 17 tahun lebih saudaraku( dua pupu ) ini tidak datang berkunjung ke rumah kami. Kali terakhir dia datang masa aku nakdiijabkabulkan. Masa tu dia pun masih dara sunti di awal remaja. Sekarang dah ada anak. Semasa dia berkahwin aku pergi meraikan bersama keluarga di KL.
Cuti 1 Mei lalu (ada dlm entry yg lepas) , kenduri Fatin dan Sofian di Bangi pun tak sempat berjumpa. Hanya tengok dari jauh sahaja. Bila dah sudah makan dia pun dah balik.
Kunjung mengunjung antara keluarga perlu untuk mengeratkan silatulrahim. Atas alasan kesibukan hubungan kaum kerabat semakin renggang. Kadang-kala antara sepupu pun dah jauh .Buat hal masing-masing.
Berbanding zaman dulu-dulu, nenek moyang zaman dulu sangat menjaga hubungan kekeluargaan. Sepupu-sepapat pun mesra macam adik beradik kandung.
25 May 2011
BASIKAL ROSAK.
Minggu lepas baru hantar kedai , basikal si adik rosak. Brek basikal mencekam roda sampai tak boleh bergerak. Hantar ke kedai, petang ambil . Untungnya tak payah bayar. Mungkin hanya buka dan pasang balik brek tu kut.
Hari ni , basikal abang pula kena hantar ke kedai. Kedua-dua tayar kempis. Hari tu dah pergi tampal roda tu. Tup-tup esoknya kempis balik. Astaga. Tampal ke tak?
Apek kedai basikal ni dah beroperasi dengan anak bujang dia. Dulu dia kerja sorang-sorang. Servis bagus. Bila sampai ja kedai, si anak tu siap datang kat kereta tolong usung basikal rosal tu keluar. Respek la kat dia.
Hari ni tak tahu nak kena berapa ? Tak ambil lagi basikal kat kedai.
24 May 2011
SEMUT DAH MASUK TELINGA SEMALAM.
Baru sahaja bagi komen kat blog Cik Cempaka SINI pasal semut masuk dalam telinga , tup-tup seekor semut merah dah masuk dalam telingaku malam tadi. Nasib baik tak lama di meronda. Bila terasa ada semut, terus suluh dengan handphone yang memang ada bawah bantal tak lama kemudian nampak dia keluar.Alhamdullilah.
Sebenarnya , dah lama semut tak masuk dalam telinga ni. Padahal zaman remaja dan kanak-kanak dulu kejadian sebegini memang dah jadi wajib bagiku. Kenapa semut ni suka sangat masuk dalam telingaku , kenapa tak masuk dalam telinga orang lain? Agaknya
Bila semut dah masuk ke dalam telinga, setakat ronda-ronda tak jadi masalah . Tapi kalau dah mula mengigit ...aduhai rasa nak tercabut telinga tu. Siap bunyi berdesing semacam dan rasa sakit lagi. Memang satu rumah boleh terjaga dari tidur.
Masa tu siap dapat petua macam -macam. Masukkan hujung kacip besi ke dalam lubang telinga satu daripada petua yang diberi. Memang menjadi. Tahan juga beberapa lama sebelum telinga dimasuki dengan semut. Satu lagi petua , kalau telinga masuk semut suluh dengan lampu suluh atau handphone kita. Sure dia keluar dengan cepat sebab dia nampak jalan keluar. Petua ni paling membantu.
Hai semut , semut. Walaupun kecil tadi penangannya bisa buat kita tumbang.
DISOROK HANTU.
Pak google.
Ingat kan zaman moden, zaman ICT, zaman bukit dan hutan dah rata hantu pun dak tak ada. Rupa-rupanya ada lagi .Kita saja yang tak nampak. Agaknya dok bertengek tepi kita pun tak tahu. Tengah tersengih sebab kisah dia masuk blog.
Kisahnya semalam tapi baru tahu sekejap tadi masa adik telepon pada mak. Anaknya hilang masa balik dari kedai menolong abahnya berniaga. Adik aku ni , buka kedai makan. Jarak kedai rumah tak jauh dari rumah mereka . Dalam satu pagar saja. Masa dia habis kerja dalam pukul 3 pagi, nak balik ke rumah berjalan kaki , masa tu juga dia nampak abah dengan maknya memanggil dari satu arah.
Sedar, sedar si anak tak ada dalam rumah. Jenuh pakat mencari tak berjumpa juga. Satu keluarga tak tidur sampai cerah. Tup-tup pukul 7 pagi tadi , si anak balik sendiri dengan baju penuh lumpur berselut. Mamai lagi. Macam orang bodoh.
Rupa-rupanya dia tidur bawah pokok durian tepi rumah sampai ke pagi. Nasib baik hilang sekejap saja. Kalau berhari-hari tak tahulah nak kata apa. Mesti heboh satu kampung. Mak bapak tak boleh nak buat kerja. Asyik susah hati fikirkan si anak.
Kejadian begini , zaman dulu-dulu selalu berlaku kena sorok dengan hantu. Kita tak boleh menolak hantu dan jin juga makhluk Allah jua. Kita sebagai manusia kena pandai mencari mendinding dengan ayat Kursyi dan sebagainya.
23 May 2011
SK RTBK PONDOK TANJONG
SK RTBK PONDOK TANJUNG

SK RTBK PONDOK TANJUNG
Inilah sekolah tempat aku mengajar. Sekolah kecil yang berada di kawasan luar bandar. Majoriti murid-murid di kalangan anak pekerja ladang dan peneroka kelapa sawit .
Bermula pada hari Jumaat , kami akan mengadakan program UPSR Matematik Sains(Pro Matsa) selama 3 hari 2 malam yang melibatkan 3 buah sekolah . Murid yang terlibat dari Tahun 5 dan 6. Ia melibatkan seramai 103 orang murid yang akan bermalam di sini di bawah selia para guru.
Program memang banyak dirancang terutama setelah Guru Besar YM Raja Zainal Hafiz b Raja Adnan yang baru mengambil alih. Beberapa program telah berjaya direalisasikan seperti Gotong -royang dengan kerjasama PIBG, Perkhemahan Kokurikulum, Mengecat semula kelas-kelas, membangunkan semula surau (kuarters guru yang tidak digunakan Program Ku Petik Bintang, dan mewujudkan Bilik J-Qaf (sehingga bulan Mei ini).
Beberapa perancangan masih disusun atur dan akan dilaksanakan.
Semoga segala perancangan akan berjaya dilaksanakan sebaik mungkin. Kami guru-guru akan memberi sepenuh dedikasi untuk kejayaan anak didik di sekolah ini.
NUR JUN 2011

Tumpang bangga seorang kenalan seasrama masa sekolah menengah dulu interprem dalam Majalah NUR keluaran Jun 2011.
Fairuz lebih muda dari akulah, pangkat adik. Wajah yang comel dari zaman dulu kekal jelita hingga sekarang. Terputus hubungan sehingga terjumpa dalam Facebook. Itulah salah satu kebaikan FB dari sudut positifnya dapat menghubungan silatulrahim antara satu sama lain.
Tak tahu si Fairuz ni keluar dalam segmen apa? Beli beli majalah NUR.
Sapa dah beli meh tolong citer sikit.
22 May 2011
DAPAT BAJU BARU.
Gambar kredit dari google.
Hari ni dapat sedekah pakaian sekolah daripada hamba Allah yang baik hati kepada murid-murid
sekolah ini . Tetapi pakaian bagi murid lelaki sahaja. Majoriti murid -murid lelaki ini mendapat seorang satu. Bolehlah berganti setiap hari.
Murid-murid tidak diberi pula. Tak apalah lain kali mungkin rezeki murid perempuan pula. Terima kasih kepada Hamba Allah yang pemurah itu.Semoga rezekinya diberkati.
SELAMAT PENGANTIN BARU HULWANI DAN SUAMI 22.5.11
Selamat Pengantin Baru untuk rakan seperjuangan Hulwani bt Abd Aziz dan suami. Semoga perkhawinan kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Walau pun diuji tetapi ke pelamin juga akhirnya.
Hari ni serba merah pengantinnya.
* Tiada gambar kerana kamera kehabisan bateri.
21 May 2011
Tanah runtuh melibatkan anak-anak yatim dan Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Batu 14, Ulu Langat.

Negara di kejutkan dengan kejadian tanah runtuh yang melibatkan rumah anak-anak yatim Tanah runtuh melibatkan anak-anak yatim dan Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Batu 14, Ulu Langat.

Menurut berita semasa di TV3 sebentar tadi, 2 mayat kanak-kanak penghuni Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, Kajang, sudah dibawa keluar dari tempat kejadian tanah runtuh. Sebelum itu 3 orang kanak-kanak berjaya dikeluarkan dari timbunan tanah.
Enam lagi kanak-kanak berjaya diselamatkan dan keadaannya dilaporkan parah selepas anggota penyelamat dan penduduk kampung mengorek tanah yang tertimbus. Mereka yang cedera kini dibawa ke Hospital Kajang.
Dipercayai kira-kira 20 hingga 30 penghuni dalam Rumah Anak Yatim Al-Takwa. Sama-sama lah kita doakan agak penghuni yang terperangkap selamat dan berjaya dikeluarkan. Al-Fatihah untuk mangsa. Segala update akan menyusul sebentar lagi. Credit Gambar : gambarpic.co.cc, Berita Harian, mStar, Harian Metro, Bernama.
*Update.
- Menurut Berita Harian Online, seramai 23 penghuni sedang membuat persiapan untuk menyambut ketibaan rombongan FINAS yang dijadualkan makan tengah dan beramah mesra dengan anak yatim.
- Ketika kejadian, 23 orang berada di bawah khemah untuk majlis makan tengah hari itu.
- Rumah anak yatim berkenaan mempunyai 34 penghuni, semuanya lelaki.
- Setakat ini, dua penghuni maut dan enam pula cedera parah.
- **Seramai 24 orang terperangkap akibat kejadian berkenaan iaitu 20pelajar dan empat warden kata Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.
- **Kini tujuh mayat kanak-kanak telah dikeluarkan manakala tujuh mangsa cedera, mereka yang cedera kini dibawa ke Hospital Kajang.
- **Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengarahkan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor, Yayasan Amal dan Briged Amal ke tempat kejadian tanah runtuh di Hulu Langat untuk memberi bantuan segera.
- ***Sehingga jam 6.30 petang tadi, mayat tiga kanak-kanak dikeluarkan dari tanah runtuh. Sementara itu, pasukan penyelamat bersama penduduk berjaya mengeluarkan enam kanak-kanak lain dan semua mereka dikejarkan ke Hospital Kajang
- ***Polis mengesahkan sehingga jam 8 malam ini 5 orang maut dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa. 12 yang lain berjaya diselamatkan.
- ***Sehingga jam 11 malam tadi, jumlah mangsa yang maut dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa ialah 10 orang. 9 orang berjaya diselamatkan dan 6 lagi dilaporkan masih tertimbus.
- Setakat 1.30 pagi tadi 12 mangsa disahkan terkorban, manakala 4 lagi masih tertimbus.
- ***2.00 pagi (22.5.11) Seramai 21 orang daripada 25 mangsa, membabitkan 20 pelajar dan lima dewasa, yang tertimbus berjaya dikeluarkan.
- Mangsa ke 6 meninggal sebentar tadi.
- Seramai 4 orang lagi masih tertimbus dan gerakan mencari dan menyelamat masih diteruskan.
- ***3.00 pagi (22.5.11) Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan akan memberikan bantuan RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi ini. Kos rawatan turut ditanggung kerajaan.
- Setakat jam 4.10pagi, seorang lagi mangsa yang terkorban ditemui namun belum dibawa keluar menjadikan jumlah 13 terkorban manakala pasukan menyelamat menemui anggota badan yang tidak sempurna dan tidak diketahui identiti.
- ***4.30 pagi Lagi mangsa terkorban ditemui, menjadi angka korban sekarang ialah 15 orang. Seorang lagi belum ditemui dan masih tertimbus.
- ***5.10 pagi (22.5.11) Mangsa terakhir berjaya dikeluarkan dan ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban ialah 16 orang. 13 kanak-kanak dan remaja manakala 2 dewasa.
- # Tragedi ini melibatkan jumlah rasmi 25 orang terdiri daripada penghuni, warden dan kakitangan rumah anak yatim itu tertimbus. 16 orang ditemui mati manakala 9 yang lain cedera, 3 daripadanya masih kritikal.
AL-FATIHAH UNTUK MANGSA DARI KAMI. SEMOGA YANG KRITIKAL AKAN KEMBALI NORMAL DAN SEMBUH SEPERTI BIASA. SEKALUNG TAHNIAH DAN PENGHARGAAN KEPADA PASUKAN BOMBA DAN PENYELAMAT DAN TURUT SERTA PENDUDUK YANG MEMBANTU MENYELAMATKAN PENGHUNI RUMAH INI. AL-FATIHAH.
Berita saya minta izin dari suffer.frenzyfm.my berkongsi berita ini untuk makluman semua. Terima kasih.
DARI 68 DAH KE 74.
Already a member? Sign in
Terkejut pagi-pagi ni, bila buka blog tiba-tiba follower dah bertambah. Dalam masa beberapa jam sahaja sahabat yang add ke CB lebih seorang. Alhamdullillah. Bertambah lagi kenalan baru. Sebelum tidur semalam , baru saja tengok jumlahnya hanya 68 orang. Tak bertambah-tambah sejak seminggu dua. Nak tambah seorang pun susah, ini kan pula masuk berdesup-desup. Almaklumlah blog tepi tangga saja. Merapu -meraban. Apalah sangat.
Terima kasih kepada sahabat yang baru datang, eida, Malaysia Tourism, Radiokita_fm, TOPmp3, PRAPET pk tengah dan Forum 1 Malaysia.
Bila orang dah follow kita, saya akan follow balik. Itu tanda terima kasih saya pada yang sudi .Memang bila kita follow orang , kita klik dia, dalam hati berharap apa salah orang tu follow balik. Walau pun bukan perkara wajib kena follow balik. Orang berbudi kita berbahasa. Percuma beb!!Tolong kawan-kawan.
Peel saya , kalau ada yang sudi letak blog Cempaka Biru saya di bloglist mereka , saya juga akan letak blog mereka di bloglist CB juga. Ada beberapa sahabat, yang sudi menempek blog saya di blog mereka. Saya sangat berbesar hati dan merasa gembira. Saya akan buat entry lain tentang ini dan akan senaraikan satu persatu.
Tunggu...
Selamat Berhari Minggu.
Subscribe to:
Posts (Atom)










