30 March 2014

Kasut murah ( 2 )


Saya bawa  kasut murah ini semasa umrah dulu. Ia memang murah  hanya RM 13 sahaja .
Kalau nampak dari jauh macam ala-ala Crocs tapi percayalah bukan Crocs pun.

Murah tapi tahan lama, kalis air dan selesa. Namun sehingga sekarang saya tak berjaya nak
 cari pengganti sepertinya.

Tak boleh beli kasut mahal , elegik ....hehheh.

Cerita asal di  SINI

29 March 2014

1st GA by Fatimah Azzahrah



KLIK SINI UNTUK JOINT

First GA dari  Fatimah Azzahrah yang berlansung dari 27 Mac -20 April menawarkan hadiah hebat
*  2 Notebook dan
*  1 Dress

Syarat mudah untuk menyertainya dan anda tak akan menyesal .

Jom, jom ,jom.

KELUARGA SIHAT 1ST GIVEAWAY

http://jemariasmara.blogspot.com/2014/03/keluarga-sihat-1st-giveaway.html
KLIK DI SINI UNTUK JOINT  KELUARGA SIHAT 1ST GA

Masih ada masa untuk menyertai GA oleh Jemari Asmara ini yang akan berakhir 31 Mac 2014.
Bila membaca syarat -syarat penyertaan tak lah  susah mana dan yang pasti hadiah yang ditawarkan sangat memberi faedah kepada kepada kesihatan diri kita.

Saya pun dah menggunakan ESP dari shaklee dan merasa sungguh puas hati.

Paling best Jemari Asmara menyediakan 3 kategori hadiah dalam satu GA . Kan dah untung di situ.
In Sya Allah jika diizinkan oleh Nya hadiah-hadiah itu mungkin  menjadi milik kita.





27 March 2014

Bukit Merah Lake Town

Hari  ini kami ke Bukit Merah Lake Town  permintaan dari anak-anak untuk mandi -manda. Maklumlah cuti sekolah tak senang duduk juga kalau tak ke mana-mana.


Pukul 11 .30 pagi lebih kurang kami dah sampai ke sana. 
Parking pun senang nak dapat dan orang yang membeli tiket pun tak ramai sangat. 
Tak lama beratur dah dapat .

 
Untuk dewasa RM 30 dan kanak-kanak 12 tahun ke bawah RM 20.
Kanak-kanak tinggi bawah 90 cm percuma. 
Shauqi sorang yang dapat RM 20 , abang dan kakak yang lain dah kira dewasa.
Kami  hanya bayar untuk mandi sahaja .
Kalau nak Taman Eko lain pula harga.

Jika nak melawat ke tempat orang utan dan sebagainya bolehlah ambil Pakej Kombo lebih menjimatkan
RM 48 untuk dewasa.

Alamak kecik sangat tak nampak harga pula.

Benda ni jangan buang sehingga kita dah keluar dari BMLT.
Kalau kita masih pakai benda ni, kita boleh keluar masuk dari kaunter depan 10 kali pun tak apa.

Dataran sebelah kanter jualan tiket.

Ada banyak kios jualan cenderamata.

5 cinta hati .

Harga sewa pelampong RM30 , tapi akan dapat balik RM 10 bila kita pulangkan semula.
Maka akan diheret ke mana saja kaedahnya.

Belon besar , hanya 6 orang sahaja yang dibenarkan naik  daam satu-satu masa.
Kalau nak naik kena beratur tunggu giliran. Ada tali panjang disediakan untuk panjat ke atas.

Kerusi gantung tak beroperasi.
Sekarang dah jadi RM 7.
3-4 tahun dulu RM 4 sahaja. 
Mujur sempat merasa.
Best juga melihat pemandangan BMLT dari udara.


Bnayak meja dan kerusi  di sediakan untuk kita melepak dan letak barang.
Wakaf pun ada untuk disewa.


Tak lepas peluang , dari anak sampai ke  emak mencuba permainan ini.
Best ooo..
Mula nak naik dengan Shauqi , tapi dia tak boleh sebab kecil lagi.

Satu lagi permaian yang di sediakan di sini ialah gelonsor boomerang.
Anak-anak ni terlebih advance . Bila mereka dah cuba disuruh mak pula try.
Rugilah mak , mak tak try kata depa.

Mak ai ...tinggi . Kena panjat tangga 5, 6 lengkok baru sampai kat atas . Rasa-rasa tinggi pokok nyok kut.
Kita akan diberi pelampung warna kuning , duduk dan akan dilepaskan ke bawah. Macam nak luruh jantung rasanya.
Ada  pekerja dia jaga dan dia baca Bismillah sebelum tolak saya ke bawah.

Bentuk V , 90 darjah. Bayangkan bila kita menyusur turun.
Kelajuannya akan membuatkan kita naik turun beberapa kali sehingga kelajuan pelampung menjadi perlahan dan berhenti.

Kalau tak menjerit memang herolah. 
Mata mak memang tak bukak sampai pelampong berhenti. Dan dan teringat pesan  Ain , 
 mak pejam mata saja.
Tobat tak naik dah... huhuu.

Masa kat sini tak bawa kamera, telepon dan sebagainya sebab kedudukannya di pertengahan laluan air.
Jadi  tiada gambar diambil.
Saya pun tak sangka anak-anak nak ajak ke sini....hehehe.

Kami makan  nasi ayam RM5 dan  nasi goreng ayam RM 4.50.
ABC RM 2.50.   Ada juga nasi berlauk disediakan.
Sistem bayaran menggunakan kopun.

ABC dia best...mesti cuba kalau ke sini.

Nak solat tak susah , ada 3 surau yang saya nampak. Perhampiran bilik persalinan , dekat kaunter tiket masuk dan  bangunan hadapan dekat pintu masuk.Pilih nak guna yang mana mengikut keselesaan kita . Bagi yang tak bawa telekung pun ada disediakan.






20 March 2014

Ok ke tak Ok?




Mac yang sedih

Apa nak kata memang bulan Mac bulan yang sedih bagi dompet saya. Lepas satu-satu ......huhuhu.Mula-mula kena renew roadtax kereta. Awal Mac dah mati . Ok fine, sebab dah bersedia dari awal.

Kemudian , tup-tup tak lama lepas tu  kereta bergesel pula dengan pagar besi.
Habis sememeh bahagian pintu belakang kereta. 

Dah nama pun masih lesen ' P' Alia anak saya yang sulung bawa , mak tak kata apa. Benda dah jadi . Nasib baik Alia dan Shauqi tak apa-apa. Dia bawa adik pergi mengaji kena pintu pagar rumah makcik mengaji masa nak balik. Duit lagi......



Bila hantar kedai, cina ni macam nak main pula.
Dia minta RM450 tapi minta kurang jadi RM400.


Pakcik India , tu kata kasi masuk internet .





Dia tau saya ambil gambar nak masuk internet.

Dan sampai sekarang master key saya masih ada kat cina ketuk ini lagi.

Nasib baik , masa nak ambil saya bawa kunci kedua. 
Macam-macam alasan , kunci tertinggal kat rumah.
Padahal dia dah tahu orang nak ambil kereta mesti  kena ada kunci.

Nasib baik bayaran  tak penuh lagi, dapat kunci saya bayar.


Nanti kakak tunggu saya call..... sampai sekarang saya call no respon .
Dah seminggu dah  ni.

Tu dia ...mak dah bebel.


18 March 2014

Sekolah Saya

Ini sekolah awal saya semasa bersekolah rendah dari tahun 1 hingga 6 di  SK Sungai Bayor.
Bangunan biru di depan pintu pagar utama merupakan bangunan awal yang dibina . Di situlah kelas saya semasa belajar dalam darjah 3.  Sekarang usia nya dah hampir satu abad.

Kelas yang dekat dengan jalan besar , membuatkan mata asyik memandang keluar bila bas , kereta atau apa-apa yang menarik lalu di jalan.

Paling best bila cikgu bawa kami keluar belajar di kaki lima mengadap jalan.
Apa lagi besar mata dok tengok kiri kanan. Cikgu yang mengajar tu pun dah tak ada lagi . ALFatihah untuk arwah. Jasamu dikenang.

Tingkap kayu yang boleh di buka lebar , menjadikan kelas kami sejuk dengan angin masuk dari luar.
Tapi bila kena denda  berdiri atas kerusi tahu malu pula..... hihihi.



Pandangan dari pintu masuk .





Masa dulu laluan tengah tu  tak berturap. Ada pokok sebatang di tempat bangunan pak gad . Sebelum balik ke rumah ,  wajib solat zuhur di surau sekolah  sebelum balik. Bagusnya Ustaz Halim  (pun dah tak
ada )yang train kami masa tu. Boleh lekat solat sampai sekarang. Bukan solat fardu saja, solat raya haji dan puasa  pun .Sukalah kami , nanti bila di kelas dia akan tanya sapa pergi solat raya ?. Masing-masing angkat tangan . Itu kut yang best tak mahu kalah dengan kawan yang lain.




Masa dulu mana ada pak gad.



Sebelum balik sekolah , pekena ais krim sebatang dulu. Ais krim coklat jumbo memang sedap rasa coklatnya.  Tak cukup duit boleh hutang..... huhuhu.
Baik sungguh pakcik yang meniaga ais krim tu.

Waaa...kecik-kecik dah pandai berhutang.



16 March 2014

Bila Shauqi nak terbang

Menunggu giliran tak sabar nak naik flying fox .

Jarak dari tingkat 2 hingga ke tempat parking kereta.
Ada guru yang menjaga di atas, tengah (baju hijau) dan di tempat mendarat .

Shauqi dah mula terbang.

Nun jauh di sana.


Tak sampai 5 minit pun , dah sampai.


Dah sampai , alhamdullillah.



Selamat sampai ke bawah ....seronoknya.

Ada hati nak ulang lagi  ...tak puas katanya.


Program  berkemping di sekolah hari ini , ada slot  flying fox.
Shauqi tumpang juga nak merasa terbang  macam abang dan kakak Tahun 3, 4,5
 dan 6.

Bila dia dah dipakai tali keselamatan , hati maknya yang gedebuk gedebak.
Betul ke  ni, tadi dah bagi kebenaran anak nak naik.
Bukan apa , sebab dia peserta termuda   6 tahun.


Tapi si anak cool saja , siap melambai-lambai dari atas.

Bila dah jejak ke bawah , hati pun lapang .

Pengalaman buat Shauqi dan kenangan  untuknya juga.

Terima kasih untuk cikgu-cikgu yang mengelolakan aktiviti ini, Cikgu Syamsul, Cikgu Nahrawi
 dan cikgu Faizol.




12 March 2014

Pulut Kuning Warga Emas

Semalam sekolahh kami mengadakan mesyuarat Agung PIBG . Dalam  agenda bermesyuarat ada diselitkan juga slot menghargai Warga Emas . Majoriti penduduk di RTBK ini juga adalah terdiri dari warga mas.

Murid-murid yang bersekolah di sini jika dari RTBK adalah cucu kepada mereka dah. Anak-anak semua dah besar dan bekerja di luar .

Murid yang meramaikan sekolah sekarang ini ialah datang dari ladang-ladang atau kampung-kampung berhampiran.

Arahan dari kementerian untuk meraikan warga mas di sekolah , maka pihak pentadbir sekolah perlu merancang aktiviti bersama warga mas.




Pulut kuning empat segi


Pulut kuning bentuk bulat


YB Tn Hj Hasbullah b Elias  berbaju putih (abang Ustaz Kazim Elias)


Warga Emas dalam acara potong pulut kuning




Selesai satu agenda sekolah bagi tahun ini.







11 March 2014

Kasut

Kasut murah tapi selesa.

Kasut pun berjalan jauh ikut tuan dia.
Kasut ini mengikut saya ke Mekah dan Madinah Mei-Jun 2013 .

Banyak pahala dia.

Tapi sekarang dah uzur...tak sesuai lagi bawa berjalan-jalan.
Saya nak cari bentuk yang sama tapi dah tak jumpa  yang serupa.
Kasut yang selesa penting untuk percutian yang berjaya.

Masa di Hadyai dulu ada tengok tapi masa tu  pasaraya dah nak tutup.
Tak sempat beli.
Jurujual pun tak ada masa tu.
Jadi impian tak berjaya.



10 March 2014

MH 370 pulanglah






Saya tak dapat bayangkan kekalutan manusia yang sedang mencari MH 370. Bukan negara kita sahaja yang sedang berusaha berhempas pulas tapi negara-negara dunia lain juga turut bekerjasama.

Saya juga tak dapat bayangkan betapa ahli keluarga ayah , ibu, suami , isteri , anak , saudara  yang terdekat dengan penumpang MH 370 menjalani hidup mereka sekarang . Tidur berendam air mata, makan tak lalu, pasti hari-hari  pun mungkin dah tak  tahu.

Wartawan-wartawan yang mengejar berita tentu juga tak cukup rehat dan tidur kerana setiap cerita MH 370 pasti ada untuk tatapan umum.

Sehari-hari terlalu lambatnya waktu. Asyik tertunggu-tunggu khabar berita tak tahu bila akan ketemu.

Saya juga terbayang-bayang   andainya MH 370 tiba-tiba mendarat di mana-mana. dengan selamat.

Pasti sujud syukur  menyambut momen indah waktu  itu.

09 March 2014

Wali Band

Lagu Wali Band ni terasa sangat dekat di hati.  Lagu Taubat Maksiat . Suara sedap , muzik pun sedap di telinga saya. Mula-mula saya macam tak kisah pun dengan lagu ini....tapi Shauqi suka dengar lagu ni. Bila terdengar lagu ni dia boleh berhenti main dan suka dengar berkali-kali. Ulang dan ulang  tak jemu.


Nak masuk video tak reti lah pula.
Nanti mak belajar pelan-pelan.

Wali Band -Taubat maksiat [Tomat]
Dengarlah hai sobat
Saat kau maksiat
Dan kau bayangkan ajal mendekat
Apa kan kau buat
Kau takkan selamat
Pasti dirimu habis dan tamat
Bukan ku sok taat
Sebelum terlambat
Ayo sama-sama kita taubat
Dunia sesaat
Awas kau tersesat
Ingatlah masih ada akhirat
Astafighrullahal’adzim
Reff:
Ingat mati, ingat sakit
Ingatlah saat kau sulit
Ingat ingat hidup cuman satu kali
Berapa dosa kau buat
Berapa kali maksiat
Ingat ingat sobat ingatlah akhirat
Cepat ucap astafighrullahal’adzim
Pandanglah ke sana
Lihat yang di sana
Mereka yang terbaring di tanah
Bukankah mereka
Pernah hidup juga
Kita pun kan menyusul mereka
Astafighrullahal’adzim
Repeat Reff
Cepat ucap astafighrullahal’adzim
Repeat Reff
Cepat ucap astafighrullahal’adzim
Cepat ucap astafighrullahal’adzim


Masa   di  Indonesia  , dalam bas pengamer naik ke dalam bas . Apalagi kami minta mereka nyanyikan lagu ini untuk Shauqi.
Suka lah dia.

Si kecik pertama kali terbang ke luar negara  pada  tahun 2010.


Sebenarnya nak cari gambar Shauqi tengah ternganga dengar lagu Wali Band tapi tak jumpa pula.

Ada benda lain nak cerita tapi keluar cerita lagu Wali Band pula.
Nanti-nantilah cerita tu.....

Pray for MH 370









07 March 2014

Nasi goreng Amerika di Hadyai


Aiman punya .

Nasi goreng Amerika , sepinggan 9.90 baht kalau tak silap.
Masa kami di Hadyai Disember tahun lepas , Transit sebelum ke chiangmai. Orang Siam sebut Hadjai .
Kebanyakkannya kami menjamu selera di Restoren Salma.

Harga yang lebih rendah daripada Restoren Hamid mungkin salah satu faktornya.
Namun , malam setibanya kami dari Chiangmai dah malam tapi belum sampai 9 , restoren Salma dah tutup.
Terpaksalah kami bergegas ke Restoren Hamid juga.

Antara kedua restoren ini, Restoren SALMA buka awal .Pukul 8 pagi dah mula operasi tapi tutup awal.
Restoren HAMID pula buka lambat tapi tutup lewat.

Satu lagi restoren Kelantan lokasinya belakang Hotel Lee Garden. Tapi kami tak pergi masa tu.





03 March 2014

Le Tour de Langkawi












Helikopter terbang rendah . 
Bukan selalu dapat tengok , masa ni lah peluang pun .

Semua gambar dari FB kawan saya - Kak Cik Selama.
TQ Kak cik!



Jumaat lepas , jalan di hadapan rumah   kami merupakan laluan Le Tour de Langkawi (LTDL) dari Sungai Petani ke Taiping. 

Waktu ke sekolah pagi-pagi dah nampak papan tanda  merah biru yang menunjuk arah dipacak di tepi jalan menuju arah ke Taiping. Masa tu dok bengong tak tahu apa lagi . Pasai pa banyak sangat 
papan tanda ni aih?

Petang saya ke Taiping jemput anak balik dari asrama . Jalan ke sekolahnya dah kena tutup separuh . Kena ikut jalan dalam bandar. Jalan melalui zoo Taiping tak boleh masuk. Orang punyalah ramai di tepi  di bandar Taiping. Lalulintas  semakin perlahan .



Ambil dia , dan terus balik. Tapi kami terperangkap di jalan  dekat stesyen minyak Shell. Lama juga di dalam kereta sebab menunggu pelumba-pelumba LTDL sampai. Van-van peserta berderet  menunggu di hadapan  stesyen Shell. Helikopter terbang rendah di atas kepala. Ada 3 buah heli yang berlainan yang bertukar ganti terbang.

Nampak orang yang lalu lalang yang membawa barang kenangan  di beri kepada mereka.
Ada botol air from Victoria (kalau tak silap),  belon  dari TM , kertas bentuk tangan yang boleh lambai-lambai. Ada yang bergambar dengan pelumba yang baru sampai. 
Anggota polis traffic pun ramai mengawal lalu lintas.

Kami sekadar tengok dari dalam kereta saja....dalam hati tertanya-tanya bila nak buka jalan ni?
Dan sambil ambil gambar dengan ipad anak saya.

Aihh....Kamera mak tak bawa pula hari ni.