30 October 2014

MEE SANGGUL




Mee Sanggul keluaran Bumiputera.

Saya suka makan mee sanggul. Tapi susah nak mencari mee sanggul buatan muslim dan   halal.
Mee sanggul yang ada di pasaran rata-ratanya buatan bangsa asing.
Selain makan mee basah, sedap juga makan mee kering macam ini pula. 
Sekali  sekala bertukar selera.

Anak kawan saya langsung tak pandai makan mee sanggul  sebab maknya tak pernah ajar makan.
Tak masak sebab  susah nak cari yang muslim buat.

Saya kurang yakin status halalnya.
Bukan saja mee sanggul, su'un pun saya dah berhenti membeli kecuali saya yakin keluarannya dari mana.  Sedap sangat jika su' un   dicampur dengan sayur lemak labu, petola  atau pun kobis.
Nak buat kuah lemak lontong pun kena ada suun baru best.

Susahnya jika semua benda  kita tak kuasai.


Nampak jelas sikit.

Dah goreng sebungkus semalam. 

27 October 2014

Hadiah GA dari Naza Tupperware dah sampai.



Kali ini  guna alamat tempat bertugas sebab takut tak ada orang di rumah masa posmen hantar barang.


Naza ini tauke Tupperware  . Jika sesiapa yang berhajat nak beli barang Tupperware dengan harga yang berbaloi boleh ke blog NAZA boleh klik di sini.

Naza kirimkan bekas air yang ini 750 ml rasanya, key chain  dan katelog terbaru Tupperware bulan ini.

Kenapa saya suka guna Tupperware?

Sebab utama ialah jika barangannya rosak , pecah, atau  koyak  ia akan diganti baru.
Kita akan dapat guna sampai bila-bila  selagi barangan  jenama Tupperware tidak rosak di sebabkan gigitan tikus atau terkena api. Kan dah untung di situ.

Lagi pun sekarang terdapat berbagai warna yang menarik menjadi pilihan  dalam koleksinya.

Paling penting ia kedap udara.
Simpan gula , biskut  atau  makanan manis selamat. 
Tak lemau  dan tak masuk semut.

Walau pun begitu saya membeli ketika ada tawaran harga murah  jika ingin menambah koleksi.


Terima kasih pada Naza yang menganjur GA ini.


Rezeki lagi , alhamdullillah.




19 October 2014

Segmen Vote Design Manan – Finalis Pertandingan Papa John’s Pizza Box

Design Vote 5

KLIK  DI SINI UNTUK JOINT

Segmen ini bagi membantu mengundi Manan dalam Papa John’s Pizza Box Competition. Harap ada yang sudi membantu dan menyertai segmen ini. Sebagai penghargaan ada hadiah disediakan iaitu 4 unit Power Bank jenama PINENG 10,000 mAh yang original dengan warranty 1 tahun.
contest
4 unit Power Bank 10,000mAh
Contest ini terbahagi kepada dua (2) kategori yang dipertandingkan. Jadi yang tidak ada blog pun boleh join. Anda diberi pilihan untuk menyertai kedua-dua kategori, atau pun salah satu.
1. Kategori Blog Post (2 Pemenang) – Referral blog tertinggi (Google Analysis)
2. Kategori Facebook Share (2 Pemenang) – dengan mengunakan #VoteDesignManan anda berpeluang untuk menyertai segmen ini.
Berlangsung selama seminggu bermula 17 Oct – 23 Oct 2014. Entri contest hendaklah dihantar sebelum 23.59 – 23 Oct 2014
Pengumuman pemenang – 25 Oct 2014

Syarat-syarat Penyertaan.

Kategori Blog Post

1) Terbuka kepada semua Blogger Malaysia.
2) “Like” Design Abdul Manan bin Abdullah dalam Papa John’s Pizza Box Competition Finalists. Boleh rujuk sini Jom Undi Manan dalam Papa John’s Pizza Box Competition.
3) Buat satu entri yang berkenaan segmen ini dengan mengunakan kata kunci “Vote Design Manan…” atau “4 Power Bank untuk dimenangi…” atau yang berkaitan dan “link”kan ke entri ini.
Kepada yang tiada idea nak tulis apa dalam blog, boleh copy & paste kod HTML ini
4) Kemudian lengkapkan borang penyertaan DISINI.

Kategori Facebook Share

1) Terbuka kepada semua rakyat Malaysia.
2) “Like” & “Share” Design Abdul Manan bin Abdullah dalam Papa John’s Pizza Box Competition Finalists. Boleh rujuk sini Jom Undi Manan dalam Papa John’s Pizza Box Competition.
3) Klik butang Share dan tuliskan sedikit komen dengan mengunakan hashtag#votedesignmanan dan Tag 5 orang rakan anda. contoh seperti dibawah.

Design Vote 3
4) Penyertaan anda akan dikesan dengan mengunakan #votedesignmanan ini.
Sebarang petanyaan boleh hubungi Manan – contest@mananqayyim.com

15 October 2014

BUAH TANGAN DARI PEKAN BARU

Semalam jiran sebelah rumah bagi kek dari Pekan Baru.
Ada tiga rasa  berlainan.

Bauhu gulung berinti lempuk durian, yang tengah tu rasa bluebery dan yang hujung ada banyak cheese.

Tapi tak tahulah apa nama sebenar kek -kek luar negeri ni.

Bolu Gulung Durian tapi inti lempuk.....
Tapi ya Allah memang gebu sungguh.




Dapatlah rasa sorang sikit. Jadilah ...
Ingatan tu lebih penting.



14 October 2014

Kaset



Google


Pagi tadi ada budak  (murid Tahun 2) bawa kaset  ke sekolah.
Ada pula member dia bagi pada saya.
Kaset lagu mak dia rupanya.
Tapi budak-budak ni dok tanya apa ni cikgu berulang kali?
Sat si A tanya , sat lagi si B pula.

 Kaset ni bukannya depa tak pernah tengok.
Buat buat lupa pula.

Masa pendidikan muzik cikgu guna kaset juga...tapi tak selalu.
Dah kurang dah  la ni.
Ada ada ICT guna cara ICT pula.


Sekarang ni dalam kelas cikgu guna CD atau pun terus google lagu KSSR dalam youtube.
Pasang sound pada laptop dah  boleh nyanyi-nyanyi .



Bagi peluang budak release  tension.



10 October 2014

Bila budak Pra dah mula pakai baju konvo

Bila murid-murid Pra sekolah dah mula bergambar dengan baju konvo , bermakna setahun pengajian semakin ke penghujungnya. 

Tahun depan Shauqi dan kawan-kawanya akan naik tahun 1 pula. 

Saban tahun berganti pelajar, murid-murid berpindah kelas . 
Cikgu tunggu tang tu juga.




Peace yo!


Siap-siap untuk bergambar.


Shauqi in frame.


Shauqi and the gang sedang menunggu giliran.

Cikgu  Pra Shauqi ambil fotografer  dari luar. 
Dia bawa semua kelengkap lengkap macam dalam kedai gambar .
Ada lampu, background , baju konvo pun rasanya dia yang bawa.

Lain sikit dari  dari tahun lepas , sebab baju konvo sekolah warna maroon.
Tahun ini biru pulalah.




#moodhujungtahun.








Sambal Petai RM 3




Kalau ada lauk ini , memang terlajak lalulah saya.
Beli RM 3 untuk 4 papan petai masak sambal  dengan udang.
Mak aii....saya suka.

Tapi  sekali tu saya pernah terbeli 4 papan RM8.

Eh....bila bayar  rasa mahalnya pakcik ni jual.
Tapi dah pegang malu nak letak balik.
Ambil sajalah lagi pun orang tua yang jual.

Rezeki dialah hari tu.




08 October 2014

Gerhana Bulan


Gerhana Bulan


Saya dapat tahu dari blog Diana Rashid semalam DI SINI.
Maghrib tadi pula diwasup pula oleh anak saya yang jauh nun di Sintuk.Nasib baik, kalau tak diingatkan  mak memang  dah terlupa tentang gerhana bulan yang jatuh pada hari ini.

Maghrib tadi sempatlah tengok sekejap, tapi tak dapat nak tengok sepanjang perubahan gerhana.
Masa time dia gelap , memang gelap sungguh sekeliling kita (bumi). Tiada langsung cahaya.

Namun lepas solat Maghrib saya sambung balik tengok bulan mula bercahaya semula. Sikit demi sikit berubah bentuk.

Dari jauh saya nampak bulan . Walaupun jauh tapi boleh dilihat lagi. Besarnya saiz bulan walaupun beribu-ribu km tapi boleh nampak dengan mata kasar oleh orang biasa yang bukan pakar astronomi ini.

Subhanallah.

Setiap kejadian mesti ada sebab musababnya dan kenapa ia dicipta.

Kita juga boleh bersolat sunat gerhana bulan  , berdoa dan berzikir .

Dari sini kita dapat melihat kebesaran Allah  dan betapa kerdilnya kita dibumi ini.



07 October 2014

Hadiah GA Cik Aann dah sampai



Hadiah selamat diterima semalam.
Terima kasih pada Cik Aann yang menganjurkan GA sihat Shaklee tempohari.




"Paris Souvenirs Giveaway by JINDRISSKA!!" ,



KLIK DI SINI UNTUK JOINT GA BLOGGER JINDRISSKA



Senarai hadiah untuk dimenangi:
  • Hadiah Utama          : 20 x keychain Eiffel Tower
  • Hadiah Sampingan  : 3 x poskad Eiffel Tower
  • Hadiah Saguhati      : 3 x maps Paris 2014

Syarat2 penyertaan:

  • Follow blog JINDRISSKA ni. (Kalau dah follow, skip je syarat ni.)
  • Buat satu entry khas bertajuk "Paris Souvenirs Giveaway by JINDRISSKA!!" , letak banner, copy syarat2 penyertaan ni dan backlink ke blogJINDRISSKA.BLOGSPOT.COM.
  • Wajib tag sekurang-kurangnya 3 orang rakan blogger, dan inform diorang. (Kalau kawan tuh dah di-tagged, janganlah tag diorang lagi. Kesian diorang dapat notification banyak2. Heheheh.)
  • Lastly, letakkan link entry korang dalam ruangan komen kat blog JINDRISSKA ni. (Jangan letak tempat lain plak, hehehe)
  • Siap!

GIVEAWAY BERAKHIR 28 OKTOBER 2014
(jam 11:59 tengah malam, waktu Malaysia)



Saya tag :

1. DIANA RASHID
2.NORSHAMIMI
3.DR SHIKIN






Bereh !!!

06 October 2014

Ke Padang Besar



Inilah pemandangan dari Changloon ke Padang Besar.
Seluas mata memandang .


Sangat luas  berekar-ekar.
Tiada rumah dan bangunan di sini.
Rata.......

Pengalaman ini ialah  semasa kami ke Padang Besar awal September lalu.
Namun jika berkunjung ke Padang Besar di kala cuti umum , masa itu cuti Hari Merdeka bukanlah masa yang sesuai untuk membeli belah.

Harga adalah sangat tinggi . Penjual pun amat kedekut untuk mengurangkan harga jualan. Maklumlah orang ramai yang ingin membeli  seperti ulat.......sangat ramai. Habis berlaga bontot.





















* Lihat gambar feeling obersea.








05 October 2014

Buah Perah


Buah Perah.

Buah perah yang berkulit licin dan warna hitam adalah buah yang semakin sukar ditemui. Ia hanya dapat ditemui di dalam hutan sahaja.

Sama juga dengan buah keranji, mungkin anak-anak saya pun tak pernah merasanya pun sepanjang hidup mereka. Buah keranji  berkulit seperti baldu yang saya makan lebih 20 tahun dulu. Rindu nastolgia dulu. Sekarang memang susah nak jumpa buah-buah hutan ini semua.

Namun di hari raya ini , buat pertama kalinya saya di jamu dengan buah perah yang telah direbus. Isinya berwarna putih. Rasanya seperti kita makan biji cempedak tetapi sedikit masam . Saya tak pasti mungkin ia telah dijeruk terlebih dahulu.

Harganya sekilo RM 5.

Hati-hati buah ini beracun dan mesti diproses dengan betul sebelum dimakan.



03 October 2014

Salam Aidil Adha

Walau di mana anda berada saya ucapkan selamat hari raya aidil adha.


Maaf zahir dan batin.

01 October 2014

Tasbih dari blogger MOH KEMBARA

Bulan September bulan rezeki agaknya. Ada dua , tiga  hadiah  GA yang menang  dari hasil usaha yang jitu ...ahakss.

Awal bulan September  terima majalah Aishah  dari Anies . Boleh KLIK  DI SINI.

TQ Anies!

Semalam pula terima pula tasbih comel dari Kak Halima blogger MOH KEMBARA.

Tasbih   comel   .

TQ Kak Halima.

Entry ini bukanlah nak meriakkan diri  menang GA pun namun sebagai penghargaan kepada tuan yang memberi  dan tidak secara langsung  dapat memaklumkan bahawa hadiah-hadiah ini sudah selamat diterima.






Jumpa MCK

29 Sept. 2014

Isnin lepas temujanji dengan MCK . 
Rasa macam tak percaya nak jumpa blogger Penang ni hai...

Dari jauh melintasi lauatan sebab pekasam  daging Batu Kurau .
 Maka bertemulah kami buat pertama kali di USM .

Terima kasih MCK sudi jumpa saya.
Semoga ukhwah berpanjangan.