31 March 2011

Murah sangat..!!

Petang tadi bawa anak -anak gunting rambut. Asyik tertangguh, memandangkan hari ni hari Khamis, hari yang disunatkan bergunting rambut pergilah anak beranak ke kedai gunting. Bila sampai , pelanggan tak ada . Jadi teruslah panjat kerusi. 4 orang gunting rambut (seorang dewasa dengan 3 kanak-kanak) baru RM 9. Selalu dewasa dia ambil RM 3, kanak2 RM 1.50 saja. Mana nak dapat kat tempat lain.

Tapi kedai ni biasa saja. Tak ada penyaman udara, kerusi empok jauh sekali, radio dan tv pun tak ada. Yang ada pun hanya kerusi bagi pelanggan duduk, cermin besar, kerusi wajib untuk orang yang nak gunting rambut dan keperluan mengunting sahaja. Kedai tepi jalan. Tukang gunting ni dipanggil Pak Long  . Kalau lambat jenuhlah beratur .Pak Long selalu berniaga selepas pukul dua. Sebelah pagi dia buat kerja lain. Dia selalu datang naik motorsikal Jaguh warna Kuning.

Si abang 2 orang tu dah pandai, tak mahu dah potong pisau nombor 1 . Potong pakai no 1 ni kira macam botaklah. Dah pandai melawa. Nak trim sikit saja. Anak yang kecik ni saja nak dengar cakap mak dia. Dia ni potong nombor 3. Kira macam Mawi pendeknya. Lambat sikit panjangnya. Kali ni tak menangis. Kalau tak meraung satu kedai . Mak dengan bapanya pegang kiri kanan. Baru boleh potong rambut. Hari ni ok ja. Tapi  naik dengan bapanya sekali atas kerusi tu jawabnya.

30 March 2011

Hujan Oh Hujan

Setiap hari hujan. Bukan sikit2 punya lah lebat. Kawasan kosong di depan rumah kami dah ditengelami air.Macam tasik pulak. 2 malam lepas, hujan berserta bunyi angin menderu2. Takut tercabut bumbung  pun ada.Terkenang nasib si penoreh getah yang bergantung rezeki bersandarkan cuaca. Kalau kemarau , adalah rezeki kalau hujan begini, Tak tahulah apo nak dikato. Dah sebulan, tak dapat duit gotoh ni.

29 March 2011

Alahai dah hilang!!!!

Di luar pagar rumah kami , ada suami tanam buah anggur. Hari tu dah buat entry buah anggur ni. Baru keluar putik 3 ,4 tangkai di beberapa penjuru dahan. Saiz yang kecil susah nak tengok. Lagi pun warna yang sama dengan daun mengelirukan mata.Kena perhati betul-betul baru nampak.  Bila dah berbuah tu, satu keluarga suka hati. Maklumlah , nak tunggu keluar putiknya tu makan bertahun juga. Kira pokok  anggur ni susah nak cari kat Selama. Ada tak pokok anggur lain kat Selama ni?? Atau tuannya yang bikin kepoh.

Tup2 masa kami bersantai kat depan rumah tu. Suami kata buah anggur dah hilang!!! Alamak , hilang pula . Bukan setangkai , habis semua dia sapu  bertangkai-tangkai.Nampak gaya kempunanlah nak merasa anggur from Selama ni. Tak tahulah mungkin , monyet yang  curi kut .Sebab betik belakang rumah ada yang kena kokak. Dah nasib badan tak dapat merasa. Harap2 rajinlah anggur ni berbuah semula.

28 March 2011

CERITA TENTANG KEK.

Wah , dah banyak hari tak post entry baru. Bila sehari terlepas, bertambah jadi dua hari pulak. Esok dan esok tak update juga. Tak boleh jadi ni.

Hari ni, hari  pertama selepas berhujung minggu. Hari pertama bekerja. Semalam ada yang balik dari kampung terus ke tempat kerja. Jadi hari ni kami daptlah buah  tangan dari jauh tu. Pagi tadi merasa kek dari Anisah.Tempahan dari  Kedah terus ke Perak . Wah , bertolak pagi betul dari rumahnya. Lebih kurang 4.30 pagi . Gelap lagi tu. Drive sorang2. Berani betul Si Nisah ni. Tapi tak apa akak doakan Nisah pergi dan balik dengan selamat. Hari ni Nisah bawa kek icing sebagai buah tangan. Sekejap ja licin.

Ini sifu kek bagi tahu. Ya lah, masa makan2 kek tadi. Siapa lagi kalau bukan si Isma. Saja nak kongsi info. Dia pun tahu dari orang yang pakar buat kek juga. Kek dari bangsa asing , kalau yang dijual tak laku selepas 3 hari , dia akan bawa masuk dan cucuk dgn brandy utk tahan lebih lama. Ini sebagai maklumat untuk orang muslim kita. Belilah kek dari org kita juga supaya selamat dan halal. Saya tidak bermaksud apa2 cuma sekadar menyampaikan apa yg saya tahu.

24 March 2011

Kesilapan Yang Tidak Disengajakan.

Alahai, tak sampai maksud pulak. Tersimpang jauh . Sebenarnya akak nak kenalkan mak akak pada  Kak Halima, blogger MOH KEMBARA . Bukan mak akak tu yang blogger pulak. Sorry  ya , Isma toke kek kat Taiping .

23 March 2011

Teringat Orang Lama.

Beberapa hari yang lalu, aku singgah ke blog kekawan. Ala2 berblogwalking gitu. Nak singgah pun tengok tajuk yang best baru klik. Kalu tak tak sempat nak jalan-jalan. Dalam sekejap itu pun makan masa juga. Kalu si kecik aku tak kacau boleh tunggu samapai 2,3 jam juga.
Aku terjumpa satu blog , cerita tentang Kay bekas isteri Sudirman. Rupa2ny sekarang dia somebody dan punya keluarga sendiri dah. Hidup bahagia dengan keluarga baru. Minta maaflah tak ingat sungguh blog mana yang aku singgah tu. Sekarang badannya gempal sikit berbading dulu yang slim melim. Umurnya pun dah  masuk 50an. Masih manis dan jelita. Maaf jika entry ini menimbul sebarang rasa kurang enak bagi Datin Kamariah.











https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEghy-imEkfx4vaZyhnEjE_p8XBWITF78nraBNkBed46AuGumOsEr25gXAuFj-EMGd_1g1XPcSkRIIVmsiillqGOQUkkkPjF9Gzv49SK3N9j9tIK8vKhPvtPy6_jgPowRN7GxjGJjOGgGxfi/s1600/midi1.jpg

Ehsan dari Google.

Seorang lagi yang aku terbayang2 ialah Mazuin Hamzah. Penyanyi zaman 80an yang popular zaman tu. Setelah berkahwin dengan Pengeran Sufri  kerabat Diraja Brunei . Saja nak tahu perkembangan terkini. Nak tengok  gambar orangnya. Maklumlah masa dah lama berlalu.
Masa mereka popular , aku dok sekolah rendah lagi. Kira minat habis kat kumpulan Quinary M ni. Suka tengok muka dia yang cute dan manis. Amy Mastura tahu kut  Mazuin ni ye ,  sebab sepupu dia pun.

21 March 2011

NAK TEMPEK JUGA GAMBAR NI!

Ini adalah susur masuk ke Anggerik Loadging. Cantik dihiasi bunga kiri dan kanan. Kedua2 bahagian jalan itu merupakan bilik untuk di sewa hingga ke belakang. Jiga terdapat sebuah surau untuk keselesaan para pengunjung Muslim.


Pagi ni tinggal adik yang belum mandi. Lena sungguh .  Bilik ini disediakan satu katil besar , 2 double deker ,1 tilam tambah(betul ke?), aircorn, kipas angin kecik, tv, dan bilik air di dalam.Ada juga bilik air di luar boleh kita guna juga. Wifi ada disediakan di lobi kat bawah.Untuk bilik keluarga macam ni RM 90 semalam . Bilik 1 katil RM 45 semalam. Lokasi betul-betul di Gelugor belakang Pejabat Pos.

Selepas bersiap dan bergambar ramai2 dengan keluarga dari Terengganu, kami menuju ke pusat bandar. Nak tengok ada apa yang berkenan.Bangunan KOMTAR yang tinggi 60 tingkat ni merupakan mercu tanda negara suatu masa dulu. Kalau p Penang tak singgah saja sangatlah.

Empat beradik bergambar di tepi pantai Miami yang kena Tsunami dulu. Sekarang dah ok. Tapi  cuak juga nak singgah sebab baru lepas Tsunami Jepun.  Kelihatan di belakang sampan nelayan mencari rezeki. Anak yang sulung dah p order nasi goreng dan ais kacang kat atas nun. Ais kacang kat sini rupanya ada letak buah kabung  Suka dapat makan buah kabung tu.Lain-lain ramuan sama saja.  Semalam kat Tesco Sg. Dua belakang USM pun ada campur buah kabung. Buah kabung ni boleh beli kat Pasar Cowrasta  tempat jual jeruk tu.

Anak teruna bermain ombak. Semua orang dah naik makan dia asyik kutip siput. Last2 order nasi goreng ayam. Lapar....


Pergi hari masuk melalui jambatan . Balik ni budak2 request  naik feri pulak. Layan aje . Bukan kena bayar pun. Nak masuk Pulau kena bayar , nak keluar tak payah .   Budak2 enjoy naik feri sebab lalu jambatan dah selalu.  Bukan tak pernah naik feri sebenarnya tapi dah lama. Masa tu kecik lagi dah tak ingat sangat.

Sebenarnya entry ni 2 kali taip. Yang tadi tak boleh keluar. Heran. Kek Pisang Marble boleh pulak..

NAK TEMPEK JUGA GAMBAR NI!

Gambar ini merupakan di susur masuk utama ke Anggerik Laodging. Hiasan sekeling cantik dengan bunga-bunga.Rata2 pekerja house keeping adalah orang Indon berdasarkan percakapannya dan gayanya. Bilik kami RM90 semalam . Ada satu katil besar dan 2 katil double deaker serta tv, kipas angin juga aircond. Bilik air di dalam bilik. Ada juga bilik 1 katil dengan harga RM 45 semalam. Lokasinya betul2 belakang pejabat Pos Gelugor.


Keluar dari Anggerik, kami terus ke pusat bandar. Ronda2 dan beli apa yang berkenan terus ke Batu Feringgi. Bngunan KOMTAR tu dulu mmg merupakan satu mercu tanda negara. Sebab dulu mana ada bangunan setinggi  60 tingkat . Jadi kebanggan rakyat Penang semestinyalah. Kalu kita ke Penang tak sah kalau tak singgah. Dulu masa kecik2 , kami selalu dibawa ayah makan angin ke Penang. Tidur semalam , ronda2 Penang baru balik. Masa tu naik feri. Jambatan tak ada lagi. Best cuti dengan ayah. Kini tinggal kenangan ayah dah tak ada. Semoga dia aman di sana.

Ni kat Pantai Miami dekat . 4 daripada 5 beradik. Si kakak dak p makan nasi goreng dengan ais kacang kat atas tu. Ais kacang kat Penang ni rata2 ada buah  kabung. Semalam kat Tesco Sg. Dua pun ada . Sedap. Aku suka.

Anak teruna bermain ombak. Last2 oder nasi goreng ayam. Lapar...

Pergi naik jambatan , balik budak 2 request nak naik feri pulak. Layan aje. Bukan kena bayar pun. Bayar masa nak masuk ke Pulau saja. Nak kluar tak payah dah.

Masa tunggu solat Jumaat , kami dok buka dodok Terengganu yang dibalut dengan daun. Itulah mak saya kak Halima dari Blog MOH KEMBARA kalau nak kenal. Tahun ni dia memang makan angin saja.

Saja Nak Tunjuk.

20 March 2011

APA -APA AJE..


Pertemuan di Penang sempena majlis sambut menantu menemukan aku dengan keluarga anak-anak mak long dari Terengganu. Sebenarnya, ada ramai sepupu  aku berada di sana dari keluarga sebelah kakak emak yang nombor dua dan bungsu.  Kini yang tinggal  hanya Cik Da  (bungsu). Mak long dan Cik Ngah dah meninggal dunia. Sebenarnya , ramai lagi sanak saudara sebelah mak di sana kerana nenek sebelah mak orang Pulau Rusa . Tiga anak perempuan nenek aku ni dilahir dan dibesarkan di Terengganu. Mak aku pula dilahir  dan dibesarkan di Perak. Ini berlaku  sebab Perang Dunia kedua dulu. Nenek membawa diri ke Perak dan menetap di Perak sehingga meninggal di sini.

Ini adalah rombongan dari Terengganu. Bergambar ramai sebelum berpisah. Ada lagi yang tak interframe. Pengantin bergambar bersama kakak dan abang-abangnya .

Selepas keluar dari sini kami menuju ke bandaraya Georgetown dan terus ke Batu Feringgi sebelum balik ke rumah . Gambar akan menyusul kemudian.

Daaa....

PAHIT ITU ADA MANISNYA.

Jangan jemu ya , tak habis lagi cerita bercuti ke Penang tempohari. Sebenarnya , perkahwinan sepupu dan suaminya sekarang adalah perkahwinan kali kedua. Pengantin lelaki kematian isteri akibat barah dan sepupu saya pula kerana bercerai sejak 15 tahun dulu. Masing-masing ada anak .5 orang sebelah lelaki dan seorang anak perempuan yang dah 14 tahun bagi sepupu saya. Jadi sekarang menjadi 6 orang.

Pada mulanya memang menjadi masalah bagi si anak remaja itu nak melepaskan ibunya berkahwin baru. Sehingga ke hari nak di akad nikah pun masih bermuram durja . Sehingga tak makan seharian asyik berkurung di dalam bilik sahaja. Masakan tidak selama ini hidupnya hanya berdua dengan ibu dan sekarang kena berkongsi kasih dengan orang lain. Tapi setelah dipujuk akhirnya si anak lembut hati dan menerima kehadiran bapa baru .

                                                          Baru pulang dari makan kenduri .

Semoga perkahwinan ini berkekalan sehingga ke hujung nyawa. Selamat pengantin baru untuk  Hafidah dan Abdul Razak.

18 March 2011

PAKU PUNYA PASAL.



Bapak punya paku dah kena tayar. Inilah perkara yang melambatkan perjalanan ke Penang hari tu.

Seronok juga cuti ke Penang.

Baru sampai dah pegang lappy. Terjah blog dulu. Kain baju menimbun nak basuh. Biar dulu mesin tengah basuh, tuan mesin sibuk nak uruskan blognya. Semalam bertolak dah lewat Hampir pukul satu. Bila semua masuk kereta , tiba-tiba tayar kereta  (suami punya) dah kempis.  Kalau tunggu lepas balik Penang nak uruskan lagilah banyak kerja pulak. Sementara tayar boleh jalan lagi ke kedai , pergi dululah . Terpaksa  tunggu lagi . Anak -anak excited  dah nak jalan sampai si kecik tak mahu keluar kereta .

Perjalanan ke Penang berjalan lancar. Singgah makan tengahari  kat Kulim. Dah kenyang ingatkan nak ke Penang  terus. Rupa-rupanya singgah dulu di kedai wajib singgah, Sea Tackle beli mata kail dengan topi memancing.

Dah selesai semua perjalanan diteruskan melalui Jambatan P.Pinang hingga ke sana. Kami menginap di Anggerik Loadging di Gelugur. Dekat USM , MPPPP (Maktab aku dulu) dan  Tesco Exrta di Sg Dua.
Rupanya Azhar Sulaiman pun tidur sini juga pada malam yang sama . Tengah berlakun cerita DADI kalau tak silap. Patutlah nampak kereta MAF14 di tempat parking.  

16 March 2011

SANTAI KE PENANG.

Cuti-cuti ni ambil ksempatan berehat ke Penang. Sambil makan kenduri sepupu dan ambil ambil mak sekali. Mak dari Terengganu awal bulan  dulu terus dari Terengganu  ke Penang. Katanya 2 kotak kerepok dok tunggu nak bawa balik. Hasil dari buah tangan pemberian suku sakat saudara mara dari Marang dan sekitarnya. Setengah tahun tak payah beli keropok kering ni.

Semalam dah google nak cari hotel kat Penang. Rata-rata harga dekat RM 200 . Mahalnya. Seri Malaysia pun dah naik harga ya.  Tak tahu pulak. Gamaknya sebab lama tak singgah situ. Last tahun 2008 kat Ipoh.Harga masih Rm 150 untuk family room.

Tapi nasib baik , sepupu dah booking bilik untuk rombongan pengantin. Sepupu kahwin orang Penang. Jadi kami tumpang sekalilah jawabnya.
Jom pi Penang pulak.

15 March 2011

Toturial HB untuk Letak Pada Blog Sendiri.

Terima kasih pada blogger Mama Zhafran http://suzie284.blogspot.com. yang memberi izin untuk C & P toturial nak buat HB ni. Memang banyak langkah demi langkah yang perlu diikuti. Jadi saya bawa saja N3 tersebut ke sini.

Teringin juga bilaRm masyuk. Kita pun nak juga.Sapa nak bagi duit free kecuali kena usaha sikit aje.

Nilah tutorialnya:

mula2 klik banner heartbeat kat blog me ni yer...












2. Klik Icon Hearbeat seperti yang me bulatkan tu


3. Klik CREATE ACCOUNT dan isi kesemua maklumat berkenaan


4. Masukkan Password Email Address then klik I agree HeartBeat's Terms of service then klik continue


5. Then dah create account klik Join HB!Affiliate seperti kotak merah diatas



6. Klik Online Application (seperti yang ditunjukkan diatas)
then isi kesemua maklumat yang diperlukan


7. Masukkan maklumat mengenai Blog anda (seperti contoh borang diatas)


8. Pilih cara pembayaran yang hendak dibuat kepada anda...
then klik continue


9. Klik My HB!Affiliate untuk mendapatkan code iklan heartBeat



10. Klik GET A CODE (seperti lampiran diatas)


11. Copy Code2 yang anda kehendaki(bertanda merah bulat), ada 4 code untuk iklan Heartbeat
 (seperti lampiran yang bertanda kotak merah blah atas)--setaip code adalah unik/tak sama utk setiap member heartbeat tau (mcm nuffnang punya code gaklah)

AFTER THAT TUTORIAL UNTUK PASTE CODE KE DALAM BLOG


 1. Pi Kat Design


2. Klik Add A Gadget 


3. Klik add HTML/JAVA SCRIPT then save, ulangi cara yang sama untuk letak ketiga2 iklan berkenaan



4. akhir sekali DRAG gadget berkenaan ke kedudukan yang dikehendaki...


done!!

selamat berheartbeat uolls!! 

Semoga keikhlasan MZ yang baik hati ini beroleh keberkatan.

Follower ..........

Aku terfikir adakah tuan punya blog yang dah ramai pengikut perasan kita yang baru nak follow dia. Angka dah ribu-ribu , sedar tak orang baru yang dah  masuk? Setakat sepuluh dua, memang teruja follow balik. Rasa amat berterima kasih pada yang baik hati tu.

Agaknya dia tak perasan kut bila dah ramai dok follow.Ngehhhhhhhhhhh.

14 March 2011

BARU KU TAHU..

Semalam buat  satu adunan tapi untuk dua jenis makanan. Satu nak buat donat , satu lagi nak buat piza. Oleh kerana lama sangat mengguli tepung tu , donat ku menjadi liat. Selalunya , donat ni jadi lembut dan gebu agaknya lama sangat mengguli. Tapi piza jadi elok pula. Lain kali tak boleh buat 2 in 1 lagi.

11 March 2011

Berjuang Untuk Sebuah Nama

Pagi tadi dah bertolak ke Teluk Intan , anakku Izzat Hakimi untuk bertanding dalam Pasukan Bola Tampar Sekolah peringkat Negeri Bawah 12 tahun. Pukul 6.15 pagi ,Cikgu Hanif nak datang ambil di rumah. Tapi bukan itu yang aku nak kisahkan. Namun si punya diri yang nak pergi tu. Excited  lebih.

Pukul 5 pagi dah jaga. Lebih mudah  bangun tanpa digerak oleh si ibu. Kalau nak ke sekolah pun tak semudah ini boleh bangun. Asyik ,tengok keluar kut-kut cikgu dah sampai nak ambil dia. Makan pun tak lalu. Minum milo dan keropok lekor sikit buat lapik perut.

Eh,eh maknya  pun over gak. Maklumlah nak lepas anak pergi sorang diri. Dia paling muda 11 tahun.  (Dengan guru dan kawan-kawan).  Empat  hari pulak tu .Dalam hati terfikir macam mana  dia nak urus diri di sana .Pesanan pun berbagai versi dah .Itu ,ini macam-macam. Last-last dia kata, "Mak ni janganlah risau lebih pulak". Bukan risau apa, takut dia tak boleh nak bawa diri saja.

Esok kami akan bertolak ke sana sekeluarga untuk memberi sokongan sambil jalan -jalan cari makan.  Semoga beroleh kemenangan dan dipermudahankan dalam perjuangan.

10 March 2011

BILA DAH GILA BERBLOG.

Sehari 3,4 kali tengok blog sendiri.  Tengok  sapa yang datang , dari mana, komen-komen yang ada, kotak shoutbox dan bilangan pageview. Sambil tu, blogwalking.  tengok juga follower bertambah ke tidak. Perasan ko , sapa nak follow blog entah apa-apa. Tapi, sentiasa berharap bilangan follower bertambah.

Selamat bercuti untuk semua anak didik dan warga pendidik. Cuti pun kena g sekolah.

Jom follow................

PaTIN OH pATIN

Petang tadi  balik rumah adik.Jengok dah lama tak ke sana. Mak pula makan angin ke Terengganu pulak. Tahun ni mak kita jalan sakan. Dua minggu lepas baru balik KL (  setengah bulan di KL) .Sekarang  gi Ganu pula .Pun setengah bulan juga. Ziarah sanak saudara di sana.

Kalau dah rezeki tu kita punya, dapatlah merasa ikan patin. Adik bagi separuh ikan patin yang suaminya dapat semasa memancing di kolam berbayar. Besar ikannya agak-agak dalam dua kilo atau lebih. Bolehlah masak tengahari esok.

08 March 2011

Sukernya Hati.

Isnin lepas seramai 8 orang mengesahkan nak ikut rombongan ke Indonesia  (Bandung, Jakarta , Puncak dan Bogor )bulan 6 nanti. Seronoknya , ingat tak dapat sambutan. Oklah bertambah lagi ahli rombongan. Jomlah , sapa nak ikut lagi?

05 March 2011

LADAP 2 .

Sabtu lepas  kami mengadakan LADAP kali kedua untuk tahun ini. LADAP pertama dulu kami buat tentang KSSR Tahun 1. Jadi sapa-sapa guru yang berkhusus KSSR hujung tahun 2010 kena buat inhouse  pula untuk info kepada  guru yang lain.

Ladap ke2 ni pula , dalam  bidang kokurikulum pula. Bola Tampar yang dipilih. Maklumlah sekolah masuk peringkat Negeri . Cikgu-cikgi pun tumpang gembira. Oleh kerana seorang guru dah menghadiri kursus Pengadilan Bola Tampar maka  wajiblah tunjuk  ajar untuk staff  yang lain pula.

Layan gambar aje lah ya.

                                                                   Panaskan badan dulu

 
                                                            Jurulatih @ Juruletih pada hari tu





REZEKI SIAKAP DI HUJUNG MINGGU.


Hari ni , siakap lagi 2 ekor. Rezeki anak-anak. Tak payah beli ikan sebulan .he,he,he....

04 March 2011

HATYAI KE HAATYAI .....TINGGAL IMPIAN.

Dah sah trip ke HAtyai cuti bulan Mac selama seminggu ni tak dapat diteruskan. Rancangan yang diatur  pada awal tahun nampaknya tak menjadi pulak. Mana taknya , sorang anakku Izzat Hakimi terpilih ke Pertandingan Bola  Tampar Bawah 12 Tahun Peringkat Negeri di Teluk Intan. Cuti-cuti tu dah kena berangkat ke sana. Camno nak g Hatyai  sorang anak tak ikut. So, semua tak jadi pergilah nampak gayanya. Mungkin kami sekeluarga bercuti ke Teluk Intan pulak. Seumur hidup belum sampai lagi ni. Ini mungkin peluang untuk aku menjejak kaki ke sana.

03 March 2011

Kesukaaanku.

Kenapa ya , kalau nak beli kain untuk buat baju ,mataku selalu terbekenan dengan warna biru atau hijau.  Pilihan aku lebih suka warna merah terang atau marron. Kalau baju biru sepanjang hari suka ja. Citarasa masing -masing bukannya sama. Kalau tak,tak lakulah kain kat Nagoya tu kan.

Mungkin juga aku dapat tempias dari mak aku. Sebab dia pun suka warna biru. Lagi satu kesukaannya ialah , mak suka perhiasan dari batu permata. Macam cincin yang diikat dengan batu zamrud ke, batu merah (lupa dah nama batu merah tu) berlian apatah lagi. Suker sangat.

Pengalaman aku sendiri , cincin yang ada batu hilang tiga kali. Pertama, masa baru-baru kahwin, suami belikan cincin berbatu biru .Suka sangat . Sebab muat-muat jari jadi selalulah cincin ni  kehulu-kehilir aku pakai.  Tup-tup masa balik Langkawi hilang di curi orang. Nampak orang tu masuk  bilik  dan keluar.Tapi tak syak lagi. Sedar- sedar tak tak ada.

Lepas tu suami gantikan dengan yang lain . Seakan-akan dengan hilang dulu.Pun hilang juga kena curi. Sebabnya diri sendiri yang lalai. Bila balik kerja , buka letak merata-rata di tempat terbuka.
Kali ketiga tak ingat ,suami beli atau beli sendiri. Selalu cincin ni pakai pergi sekolah. Alih-alih satu hari tu nak jadi cerita , sorang budak tertolak pintu terkena cincin batu ku ini. Mula-mula kena , permata biru tu masih ada. Akhirnya jatuh juga batu tu . Tinggal rangka cincin saja. Hanya tahun lepas aku gantikan dengan batu warna merah pula masa berkunjung ke Terengganu.
Panjang pula malam ni.  Jangan jemu ya . Lepas gian lama tak berbloging. Layannnnn.

02 March 2011

Makan roti di hujung minggu

Terima kasih kepada sifu IT , cikgu Lan SEKUGA , kalau tak Cempaka Biru ni harus berkubur begitu saja. Seminggu tak dapat post N3 , rasa tak seronoknya. Rupa-rupanya Explorer ada masalah sikit , jadi kena tukar guna Mozilla firefox pula. Alhamdullillah dapat bersiaran semula.

Hujung minggu lalu, (dah berabuk tapi baru nak keluar hati ni) saya dan beberapa kawan yang lain belajar buat roti di rumah  cikgu Isma nazaisma.blogspot.com. Dia pakar kek. Kami belajar dengan Cikgu Ann dari Parit.

Ada 12 jenis roti , yang kami belajar. Dari pagi samapai ke petang. Menguli sakan kami hari tu. Puas hati dapat bawa balik roti banyak dan menjadi. Dah tahu nak buat cinnimon rolls, sosej rolls, roti dandan dan lain-lain. Tapi anak-anak memang suka makan mini pizza tu.

01 March 2011

Wah leganya!!

Seminggu tak bersiaran hidup seakan tak bermakna. Chewah! Ya, seminggu berlalu begitu sahaja. Memeri penting tak tercatat. Gambar tak berambil. Segalanya tak tersimpan.Gara-gara blog ini tak dapat nak postkan N3.

Namun , hari segalanya berubah. Blog Cempaka Biru ini dapat diakses semula. Oh, alangkah leganya hatiku. Blogging tetap berblogging. Hidup bermakna semula.Hati semakin ceria.

Eh, kena tidur awal . Esok nak hantar anak buat latihan pusat Bola Tampar pasukan sekolah yang berjaya masuk peringkat Negeri bawah 12 tahun. Tumpang bangga. Semoga segala dipermudahkan hendaknya.

Wah leganya!!